Panduan Cara Reply Email Recruiter

Anda apply suatu jawatan, kemudian dipanggil untuk interview, dan selepas selesai anda berasa yakin untuk dapat kerja tersebut. Namun, selepas berminggu-minggu tunggu tiada sebarang panggilan diterima daripada recruiter.

Pada kebanyakan kes calon pekerja mungkin menganggap mereka gagal disenarai pendek untuk jawatan tersebut, atau mungkin sesetengahnya sudah putus harapan dan move on dengan apply pada syarikat lain.

Tetapi bagi anda yang masih belum putus harapan untuk mendapatkan jawatan idaman yang dimohon, mari belajar cara hantar emel follow-up dan cara hantar respons kepada sebarang emel yang diterima berkaitan kerja.

Cara Hantar Follow-Up Email

Secara asasnya 14 hari selepas anda menghadiri interview dan jika tiada sebarang update diterima, anda dinasihatkan untuk menghantar emel follow-up kepada recruiter.

Tujuan menghantar emel ini adalah untuk beri notifikasi kepada recruiter bahawa anda masih berminat dengan jawatan yang dimohon, dan sebagai penghargaan kepada interviewer kerana ambil masa untuk interview anda.

Cara menulis emel follow-up tidak perlu panjang, jadikannya ringkas dan bernada professional untuk menunjukkan anda seorang yang serius dalam memohon jawatan tersebut.

Contoh emel follow-up yang ringkas adalah seperti berikut:

Tuan/Puan,

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa temuduga saya, [nama] pada [tarikh interview] untuk [jawatan dimohon]. Saya sangat berbesar hati untuk ditemuduga dan diberi peluang mengenali [nama syarikat].

Tujuan saya menulis ini adalah untuk bertanya jika ada sebarang kemaskini berkaitan permohonan saya sebagai [jawatan dimohon]. Selepas daripada sesi temuduga tempoh hari saya rasakan [nama syarikat] selari dengan visi dan misi saya. Saya percaya dengan pengalaman yang saya ada syarikat juga pasti boleh dapat manfaatnya.

Harap pihak [nama syarikat] dapat memberi maklumat lebih lanjut berkenaan permohonan saya, dan jika ada sebarang perkara yang saya boleh bantu boleh terus hubungi saya. Terima Kasih.

Yang Benar,

[Nama]

Cara Respons Emel Recruiter

Kini mari lihat cara menghantar emel respons kepada recruiter untuk tujuan interview, menerima tawaran atau menolak tawaran secara professional. Perlu diingatkan yang sebarang emel dihantar perlu ditujukan kepada invididu yang bertanggungjawab seperti recruiter atau pegawai HR. Selain itu, contoh yang diberikan adalah sekadar panduan semata-mata untuk anda.

1. Contoh emel respons kepada interview:

Tuan/Puan,

Terima kasih kerana menghubungi saya dan menunjukkan minat terhadap permohonan saya. Saya sangat berbesar hati kerana [nama syarikat] ingin mengundangkan saya untuk hadiri temuduga.

Tujuan saya menulis ini adalah untuk memaklumkan tarikh dan masa yang sesuai untuk hadiri temuduga/ Tujuan saya menulis ini adalah untuk memaklumkan bahawa saya setuju untuk hadiri temuduga pada tarikh dan masa yang pihak [nama syarikat] berikan.

Jika ada sebarang perubahan boleh hubungi saya untuk makluman. Terima kasih sekali lagi saya ucapakan kerana berminat dengan permohonan saya.

Yang Benar,

[nama]

2. Contoh emel respons setuju menerima tawaran kerja:

Tuan/Puan,

Terima kasih kerana menghubungi saya dan menerima permohonan saya untuk [jawatan dimohon]. Saya sangat berbesar hati kerana [nama syarikat] sudi menerima saya sebagai tenaga kerja syarikat.

Tujuan saya menulis ini adalah untuk mengatakan persetujuan saya untuk menyertai syarikat, dan akan melaporkan diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada [nama syarikat] kerana memilih saya.

Jika ada sebarang perubahan mengenai proses lapor diri boleh hubungi saya untuk makluman. Terima kasih dan saya tidak sabar untuk mula menyertai syarikat.

Yang Benar,

[nama]

3. Contoh emel respons menolak tawaran kerja:

Tuan/Puan,

Terima kasih kerana menghubungi saya dan menerima permohonan saya untuk [jawatan dimohon]. Saya sangat berbesar hati kerana [nama syarikat] menyenarai pendekkan saya untuk jawatan tersebut.

Namun, dukacita dimaklumkan saya terpaksa menolak tawaran yang diberikan syarikat atas [alasan penolakkan]. Saya harap [nama syarikat] akan mendapat calon yang lebih baik daripada saya dalam membantu syarikat berkembang.

Sekali lagi, pihak saya memohon maaf atas penolakkan yang dibuat. Jika ada sebarang masalah yang boleh dibantu, pihak syarikat boleh hubungi saya.

Yang Benar,

[nama]

Sudah Bersedia Masuk Dunia Pekerjaan? Mari Apply Kerja Dengan MySyarikat JOBS

Kini anda sudah tahu cara respons kepada emel-emel recruiter dengan betul, jadi sudah tiba masanya untuk mula mencari kerja dan dapatkan kerjaya impian anda. Tidak perlu pening kepala mencari jawatan kosong kerana MySyarikat JOBS mengumpulkan semuanya dalam satu portal!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari jawatan idaman dengan mudah, semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!