Kerja Paling ‘Hot’ Dan ‘Popular’ Tahun 2024

Dengan berbaki empat bulan sahaja lagi untuk memasuki tahun 2024 pasti ada antara anda sudah mula mencari kerja baru atau graduan baru yang ingin memasuki dunia pekerja mula mencari bidang kerja bersesuaian.

Tetapi perlu diingatkan landskap pekerjaan di Malaysia telah berubah sejak pandemik Covid-19 melanda hampir tiga tahun lalu. Walaupun kini keadaan mula memulih dan bergerak ke fasa pemulihan, perubahan yang terjadi masih lagi dapat dirasai.

Jadi sebagai persediaan apakah jenis pekerjaan yang bakal menjadi pilihan pada tahun 2024 dan tahun-tahun mendatang nanti? Mari ikuti beberapa pilihan pekerjaan yang diramal mungkin menjadi ‘high-demand’ pada tahun depan di bawah.

Sektor Pekerjaan Di Malaysia

Sebelum itu, penting untuk ketahui dahulu sektor-sektor pekerja yang ada di dalam Malaysia. Tentunya setiap sektor memiliki perbezaan dari segi faedah dan imbuhan tetapi asasnya tetap sama iaitu menawarkan pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Terdapat 2 jenis sektor pekerjaan di Malaysa iaitu Sektor Awam dan Sektor Swasta

  • Sektor Awam
    • Pemilikan penuh di bawah kawalan pemerintah kerajaan, kerajaan pusat, negeri atau tempatan
    • Contoh pekerjaan adalah polis, tentera, pegawai pendidikan, pegawai kesihatan, pegawai pertanian dan lain-lain 
  • Sektor Swasta
    • Pemilikan penuh di bawah individu atau syarikat bukan kerajaan dan persendirian
    • Contoh pekerjaan adalah pegawai bank, ahli farmaseutikal persendirian, pegawai pemasaran dan lain-lain

Ramalan Pekerjaan Yang Dapat Permintaan Tinggi Pada 2024

1. Digital Marketing

Arena pemasaran (marketing) dilihat terus mendapat permintaan yang tinggi lebih-lebih lagi dengan banyak syarikat sedang dalam proses permulihan untuk mengembali keuntungan selepas terpaksa ditutup akibat pandemik.

Tidak dilupakan juga dengan perubahan trend pembelian barangan secara online, pengaruh platform e-dagangan semakin berkembang ekoran daripada peningkatan permintaan oleh pengguna.

2. Data Science

Perubahan landskap dunia ke arah digitalisasi menjadikan kerjaya data science terus mendapat permintaan tinggi dengan syarikat mahu mengumpul, mengatur dan menganallisis data untuk membuat keputusan bagi perniagaan mereka.

Kewujudan data saintis ini membantu syarikat mengoptimumkan kerangka kerja syarikat untuk memperolehi data berguna yang boleh digunakan untuk mengenal pasti trend pengguna global.

3. Cybersecurity

Seiring peningkatan trend digitalisasi global, kerjaya dalam cybersecurity memainkan peranan penting dalam melindungi data pengguna serta sebarang ancaman siber dengan mencipta infrasturktur keselamatan.

Maka, kerjaya dalam bidang ini semakin mendapat tempat dan dijangka akan terus mendapat permintaan tinggi untuk tempoh sedekad akan datang.

4. Software and Web Developer

Sekali lagi diingatkan bahawa landskap pekerjaan global sudah berubah dan lebih banyak terarah kepada digitalisasi, jadinya kerjaya melibatkan pembangun perisian dan laman web terus menjadi pilihan.

Dengan tumpuan terarah kepada pembangunan, semestinya software developer sehingga ke app developer terus dicari majikan untuk bantu membangunkan syarikat dalam arena teknologi.

5. Graphic Design

Kerjaya ini saling berkait dengan kerjaya lain lebih-lebih lagi dalam membantu mencipta identiti kepada produk dan syarikat. Pereka grafik terus mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran dan dijangka akan terus meningkat untuk tempoh lima tahun akan datang.

Dengan perkembangan teknologi 3D, maka pereka grafik perlu sentiasa kekal up-to-date dengan kemahiran yang diperlukan dalam pasaran. Kerjaya ini diramal terus mendapat permintaan tinggi untuk sedekad akan datang.

6. Engineer

Sudah menjadi impian untuk semua orang menjadi jurutera dan tidak dinafikan juga skop bidang ini sangat besar, merangkumi hampir segala aspek dalam pembangunan termasuk kesihatan.

Kerja yang tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas ini kekal utuh dengan permintaan terhadapnya kekal tinggi walaupun semakin ramai yang menjadi jurutera. Dengan persaingan yang tinggi, kerjaya ini juga menawarkan pulangan yang tinggi.

Jom Apply Kerja Idaman Dengan Mudah Di MySyarikat JOBS

Jika anda tercari-cari kerja yang tinggi permintaannya, tidak perlu pergi jauh kerana semuanya boleh didapati pada MySyarikat JOBS! Daripada jawatan pegawai pemasaran sehingga jurutera semuanya ada, dan bersedia untuk di apply oleh anda.

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari jawatan idaman dengan mudah, semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!