Tip Jadikan Office Selesa Seperti Di Rumah

Salah satu punca anda jadi kurang bersemangat di tempat kerja adalah disebabkan persekitaran yang berbeza dan di luar comfort zone. Mana tidaknya tempat kerja bukan seperti di rumah, tempat di mana anda berasa selesa dan bebas melakukan apa sahaja tanpa berada di bawah pengawasan boss

Walaupun terdapat usaha sesetengah syarikat untuk jadi kawasan tempat kerja selesa seperti di rumah, tetapi realiti pada mindset kita pejabat adalah tempat bekerja dan jauh beza daripada di rumah.

Jadi bagi anda yang baru memasuki tempat kerja baru atau baru mula bekerja dan berasa kekok, mari ikuti tip cara menjadikan tempat kerja lebih selesa supaya produktiviti kerja anda tidak terganggu.

Tip Jadikan Tempat Kerja Lebih Selesa

1. Kemas dan Susun Meja Kerja Anda

Secara asasnya anda menghabiskan masa hampir 8 jam sehari di tempat kerja, jadi menjaga kebersihan kawasan meja kerja adalah penting. Anda mesti tidak mahu bekerja di dalam persekitaran yang kotor apatah lagi berserabut.

Oleh itu, anda boleh mengemas dan menyusun kawasan meja kerja anda. Bagi sesetengah orang mengemas boleh menjadi satu terapi dan ia dapat membantu anda untuk berasa lebih semangat bekerja.

Apabila kawasan tempat meja kerja kemas dan tersusun, anda akan berasa lebih selesa seperti di rumah dan ia secara tidak langsung meningkatkan mood untuk bekerja.

2. Hias Meja Kerja Mengikut Keselesaan

Di sini anda perlu ambil maklum bahawa jika syarikat berikan anda meja kerja, ia adalah tanggungjawab anda untuk menjaganya dan menghiasnya.

Dengan ini anda bebas untuk hias meja kerja dengan citarasa kesukaan anda asalkan ia tidak mengganggu pekerja lain atau menghalang anda daripada menjalankan tugasan diberi.

Perhiasan ringkas yang boleh anda letak pada meja kerja bagi mengingatkan anda kepada rumah adalah seperti gambar keluarga atau cawan kegemaran.

3. Cipta ‘Happy Space’ Anda

Istilah happy space ini boleh merujuk kepada kepada banyak benda, dalam sudut tempat kerja ia boleh dikaitkan dengan suasana pejabat yang membuatkan anda berasa selesa serta selamat untuk bekerja.

Bagi mencipta happy space ini anda boleh mendengar lagu atau makan makanan ringan ketika membuat kerja supaya anda berasa selesa seperti di rumah, tetapi penting untuk pastikan ia tidak menganggu rakan kerja lain.

Kajian juga mendapati mereka yang memiliki happy space sendiri di tempat kerja berjaya meningkatkan produktiviti kerja sebanyak 10% kerana mereka lebih seronok ketika melakukan tugasan.

4. Gunakan Pewangi Menyegarkan

Jangan abaikan kelebihan bau-bauan dalam membantu anda berasa selesa dan meningkatkan daya kerja. Apabila bekerja dalam persekitaran tertutup, bau-bauan segar dapat membantu merangsang kesegaran kepada otak anda.

Tetapi sekali lagi diingatkan bahawa bauan pilihan anda mesti tidak mengganggu rakan kerja lain. Mungkin bagi anda bau pilihan anda sudah cukup menyegarkan tetapi rakan kerja lain mungkin berpendapat berbeza.

Jadi anda dinasihatkan untuk memilih bauan universal atau pewangi kecil yang khas hanya untuk anda gunakan sahaja.

5. Jangan Takut Bawa Barang Dari Rumah

Seperti dikatakan awal tadi mindset kita sudah diprogramkan tempat kerja adalah untuk bekerja tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh berasa selesa di sana. Anda boleh membawa barangan dari rumah yang mengingatkan anda kepada keselesaan.

Sentimen yang kita ada terhadap sesuatu barang di rumah dapat membantu menukar mindset dan mencipta keselesaan. Pada sesetengah kes anda juga boleh bawa pakaian sejuk atau perkakasan makanan sendiri jika tidak suka berkongsi.

Tidak kira apa barangan yang anda bawa asalkan ia tidak terlalu besar sehingga mengganggu rakan kerja dan memberi kesan kepada tugasan harian anda. Ingat bawa barang untuk tingkatkan keselesaan dan produktiviti kerja sahaja.

Cari Syarikat Yang Berikan Keselesaan Untuk Kerjaya Idaman Dengan MySyarikat JOBS

Segala-galanya terletak pada anda dalam menjadikan tempat kerja terasa selesa seperti di rumah. Jika anda mencari jawatan atau syarikat yang menawarkan keselesaan di tempat kerja, boleh cuba MySyarikat JOBS sekarang!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari jawatan idaman dengan mudah, semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!