Kerjaya Dengan Gaji Tertinggi Di Malaysia

Tidak boleh dinafikan gaji adalah sumber motivasi dan panduan utama seseorang individu itu dalam mencari kerja. Anda mesti mahu dibayar gaji tinggi seiring dengan tugasan dan hasil usaha yang diberikan.

Jadinya tidak salah untuk ‘selek’ dalam memilih kerjaya yang sesuai dengan permintaan gaji dan minat anda. Oleh itu mari tengok beberapa kerjaya yang menawarkan gaji tinggi dan ‘masyuk’ di Malaysia.

Suka diingatkan bahawa senarai pekerjaan di bawah adalah panduan semata-mata dan nilainya mungkin berubah mengikut keadaan semasa serta situasi ekonomi.

Pekerjaan Dengan Gaji Tertinggi di Malaysia

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada suatu pekerjaan itu menawarkan gaji tinggi. Selain kemahiran, pengalaman seorang pekerja itu juga memainkan peranan kepada syarikat untuk berikan gaji yang tinggi.

Berikut adalah beberapa kerjaya yang menawarkan gaji tinggi, dan sesetengahnya untuk anda yang fresh grad.

1. Doktor dan Pakar Perubatan

Senarai ini dimulakan dengan kerjaya idaman para ibu yang mahukan anak-anak mereka berjaya. Tidak dinafikan walaupun kerjaya ini kedengaran klise ia adalah antara yang menawarkan gaji paling tinggi.

Secara purata gaji seorang doktor adalah antara RM10,000 ke RM30,000 sebulan. Bagi doktor pakar bedah pula mereka mungkin menerima gaji sekitar RM600,000 setahun bergantung pada bidang dan pengalaman.

Tetapi perlu diingatkan pendapatan yang tinggi datang dengan tanggungjawab yang besar. Tidak dilupakan juga untuk jadi seorang doktor anda perlukan tahap ilmu yang tinggi, serta kos pendidikannya antara yang termahal.

2. Jurutera

Satu lagi kerjaya idaman para ibu yang mahu melihat anak-anak mereka berjaya. Boleh dikatakan kerja sebagai jurutera (engineer) ini adalah jawapan yang sering diberi semasa kita kecil dahulu.

Bergantung kepada bidang kejuruteraan yang dipilih, seorang engineer boleh menerima gaji antara RM8,000 ke RM20,000 sebulan. Malah, bagi engineer berpengalaman mereka dianggarkan menerima sekitar RM180,000 setahun.

Tugas sebagai engineer ini sebenarnya bukan mudah. Ia merangkumi perancangan, pembangunan dan menguji sistem atau produk untuk pelbagai bidang sama ada mekanikal, elektrikal atai sivil.

3. Peguam

Jawatan peguam ini sering dipertontonkan dalam drama-drama dan antara kerjaya yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Menariknya, course perundangan adalah antara yang paling popular di Malaysia.

Gaji seorang peguam di Malaysia adalah antara RM8,000 ke RM26,000 sebulan, atau bersamaan sekitar RM180,000 setahun. Ia bukan sahaja memerlukan tahap pendidikan yang tinggi tetapi pengalaman dan kepakaran luas dalam bidang perundangan.

Tidak kira sama ada seorang peguam bela atau peguam cara, kerjaya ini sangat mencabar kerana ia bukan sahaja melibatkan perbicaan jenayah tetapi juga sivil yang memerlukan kefahaman mendalam terhadap sesuatu fakta.

4. Akauntan dan Pengurus Kewangan

Kerjaya sebagai seorang akauntan dan pengurus kewangan ini adalah antara yang sering mendapat permintaan tinggi dalam pasaran. Ia juga mungkin antara kerja yang memiliki tanggungjawab besar kerana melibatkan wang.

Purata gaji seorang akauntan adalah antara RM8,000 ke RM20,000 sebulan, dan berita baiknya fresh grad yang bekerja untuk jawatan ini juga boleh menerima pendapatan sekitar RM60,000 setahun.

Tentunya, untuk menjadi seorang akauntan anda perlu melepasi ujian ACCA yang merupakan antara ujian paling sukar. Selain itu, tugas sebagai pengurus kewangan juga sukar namun berbaloi bagi mereka yang meminati bidang kewangan.

5. Juruterbang

Jika anda suka melancong ke tempat-tempat baru maka kerjaya sebagai juruterbang sangat sesuai dengan anda. Laluan kerjaya ini mungkin kedengaran mudah tetapi realitinya sukar kerana melibatkan pesawat besar dan berat.

Seorang pilot boleh meraih pendapatan sekitar RM15,000 sebulan dan itu belum ditambah elaun-elaun lain yang boleh membawa kepada RM40,000 setahun. 

Sama seperti kerjaya akauantan, seorang pilot juga perlu mendapatkan sijil atau lesen untuk mengendalikan pesawat. Tanggungjawab juruterbang bukan sekadar menerbangkan pesawat tetapi perlu memastikan keselamatan ratusan penumpangnya.

6. Pengurus Pemasaran

Dengan peralihan ke arah digitalisasi tugasan pengurusan pemasaran (marketer) bukan sahaja mendapat permintaan yang tinggi, tetapi turut menerima gaji yang ‘masyuk’ apabila syarikat beri bonus.

Seorang marketer, bergantung kepada pengalaman boleh menerima gaji antara RM5,000 ke RM15,000 sebulan. Bagi yang fresh grad dengan kelayakan dalam bidang ini boleh peroleh sekitar RM40,000 setahun.

Tugasan ini memerlukan pemahaman seseorang itu tentang trend pengguna, kemahiran mengatur strategi dan membawa masuk keuntungan kepada syarikat. Oleh itu, team marketing sangat penting untuk membantu pengurus pemasaran membawa keuntungan syarikat.

7. Data Sains

Kerjaya dalam data sains ini bukan benda baru tetapi semakin mendapat tempat lebih-lebih lagi dengan peredaran zaman yang memasuki era digitalisasi kini. Pakar data sains dijangka akan menjadi jawatan paling hot pada tahun-tahun mendatang.

Setakar ini seorang data sains mungkin menerima sekitar RM90,000 ke RM144,000 setahun bergantung kepada pengalaman. Tetapi kerjaya ini diramal bakal menerima pendapatan yang lebih besar sering permintaan semasa.

Bagi yang tidak tahu kerja sebagai data sains ini melibatkan pengumpulan, analisis dan interpretasi data raw yang dikumpul menjadi bahan yang mudah dibaca kepada syarikat. Kerja ini melibatkan kemahiran yang tinggi.

Jom Cari Kerjaya Pilihan Yang Bergaji Tinggi Di MySyarikat JOBS

Walau apa pun keputusan penting untuk anda tanya kepada diri adakah kerjaya yang dipilih itu bersesuaian dengan minat diri. Tips dalam memilih kerja adalah jangan sesekali lowball kemampuan diri. 

Gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda! Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja.

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!