5 Perkara Yang Boleh Nego Selain Gaji Semasa Interview
Selalunya dalam sebuah interview, kita akan ditanya atau mungkin berminat untuk mengetahui jumlah gaji yang ditawarkan syarikat bagi jawatan yang dimohon. Dari situ kita boleh nego penawaran gaji mengikut kemahuan berdasarkan pengalaman sedia ada.
Ia merupakan soalan standard dalam interview dan tidak salah untuk anda tanyanya. Namun, terdapat beberapa soalan lain yang boleh ditanya semasa dalam interview dan nego selain daripada gaji.
Soalan Yang Boleh Ditanya Dan Nego Dalam Interview
Tentunya semasa dalam interview terdapat beberapa soalan yang tidak patut ditanya dan pantang larang taboo yang perlu diikuti. Namun sebagai pekerja ini tidak bermakna anda tiada hak untuk mengetahui perkara-perkara penting yang ditawarkan oleh syarikat.
Malah, anda juga sebagai individu yang bakal bekerja dengan syarikat memiliki hak untuk bekerja dengan selesa dan senang hati. Oleh itu, ini beberapa pekerja yang anda boleh nego semasa interview selain daripada gaji.
- Flebsibiliti Waktu Bekerja
Sebenarnya ramai orang tidak tahu atau takut untuk nego dengan interviewer berkenaan waktu kerja. Hal ini kerana kita mungkin sudah terbiasa untuk bekerja mengikut waktu yang ditetapkan oleh syarikat sahaja.
Tetapi anda boleh nego waktu bekerja seperti memaklumkan kepada interviewer bahawa anda mahukan fleksibiliti bekerja dari rumah. Ini kerana ramai pekerja zaman sekarang mahukan waktu bekerja hybrid jadi tidak salah untuk cuba nego dengan bakal majikan.
- Jumlah Cuti Tahunan
Jika diikutkan pada Akta Kerja 1955, jumlah cuti tahunan bagi pekerja sudah ditetapkan pada,
- 8 hari untuk pekerja kurang dari 2 tahun
- 12 hari untuk pekerja genap 2 tahun tetapi kurang 5 tahun
- 14 hari untuk pekerja lebih 5 tahun
Tetapi banyak syarikat kini memberikan faedah cuti tahunan lebih seperti 14 hari kepada pekerja yang baru, berdasarkan polisi syarikat. Oleh itu, anda boleh bertanya dan cuba nego berkenaan jumlah cuti tahunan jika mahu.
- Tanggungjawab Kerja
Semasa dalam interview perekrut biasanya akan menerangkan tentang job scope. Pada sesetengah kes apa yang diterangkan tersebut mungkin berbeza dengan apa yang ditulis pada diskripsi tanggungjawab kerja untuk jawatan yang dimohon.
Oleh itu, anda berhak untuk bertanya tentang job scope bagi jawatan yang dimohon dan nego jika tidak bersetuju dengan tanggungjawab kerja yang diterangkan. Tentunya anda tidak mahu buat kerja tambahan diluar bidang kemahiran diri.
- Faedah-Faedah Sampingan
Antara perkara yang sering dibincangkan antara pekerja dan interviewer selain gaji adalah nego faedah-faedah sampingan yang syarikat tawarkan. Tidak kira sama ada melibatkan imbuhan wang atau tidak anda boleh nego berdasarkan kemampuan syarikat.
Contoh faedah-faedah sampingan yang boleh nego adalah jumlah elaun, kos pengangkutan, kos rawatan, jumlah hari bekerja dari rumah, peralatan bekerja atau job title. Namun suka diingatkan bahawa ia bergantung kepada polisi dan kemampuan syarikat untuk tawarkannya.
- Tempoh Percubaan
Secara asasnya setiap syarikat di Malaysia mengamalkan tempoh percubaan (probation period) terhadap pekerja yang baru menyertai syarikat. Tempoh probation biasanya adalah selama 3 bulan atau 6 bulan, bergantung dengan polisi syarikat.
Jadi anda boleh nego untuk mengurangkan tempoh probation mengikut kesesuaian diri. Walaupun tiada perbezaan antara pekerja probation dengan pekerja biasa, tetapi selalunya selepas tempoh probation syarikat akan beri sedikit kenaikan pada gaji.
Namun, ia bergantung kepada polisi sesebuah syarikat itu juga. Hal ini kerana ada situasi di mana syarikat tidak memberi kenaikan gaji selepas tempoh probation tetapi sebaliknya memberi kenaikan selepas setahun bekerja.
Cari Kerja Idaman Anda Di MySyarikat JOBS Sekarang
Kesimpulannya, terdapat banyak soalan lain yang boleh nego selain daripada gaji. Kuncinya di sini adalah untuk mendapatkan titik tengah yang memberi kepuasan hati untuk kedua-dua pihak sebelum mula bekerja.
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja!
Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!