Soalan-Soalan Interview Yang Tidak Patut Ditanya

Antara tip yang selalu diberikan semasa menghadiri sesi temuduga (interview) kerja adalah calon pekerja dinasihatkan untuk banyakan bertanya soalan kepada perekrut atau interviewer bagi menunjukkan minat untuk menyertai syarikat.

Ini kerana sesebuah interview yang baik berjalan dengan cara komunikasi dua hala (two way communication), di mana kedua-dua pihak saling membalas persoalan dan jawapan. Anda pastinya tidak mahu sesi interview tersebut berjalan seolah-olah ia satu sesi soal siasat.

Namun, disebalik keterujaan saling membalas persoalan dan jawapan dengan interviewer terdapat beberapa soalan yang perlu dielakkan. Jadi artikel kali ini akan membincangkan soalan-soalan yang patut calon pekerja elakkan dari bertanya kepada interviewer.

5 Soalan Interview Yang Perlu Dielakkan

Suka diingatkan dalam bertanya soalan semasa interview, tidak kira sama ada sebagai calon pekerja atau interviewer, anda perlu faham tujuan utama sesi temuduga diadakan. Interview diadakan bagi membolehkan kedua-dua pihak lebih mengenali antara satu sama lain.

Maka, tidak menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak sama ada calon pekerja atau interviewer untuk mengajukan soalan semasa sesi interview. Tetapi ini adalah beberapa contoh soalan yang calon pekerja sebaiknya elak daripada bertanya kepada interviewer.

  1. Apakah yang dilakukan oleh syarikat ini?

Soalan pertama yang calon pekerja perlu elakkan adalah jangan sesekali bertanya tentang business nature syarikat. Hal ini kerana menjadi tanggungjawab calon pekerja itu sendiri untuk buat research tentang syarikat sebelum menghadiri interview.

Jika anda sebagai calon pekerja bertanyakan soalan seperti ini semasa interview, ia memberi gambaran kepada interviewer bahawa anda tidak bersedia atau kurang berminat dan sekadar hadir interview semata-mata.

  1. Adakah terdapat jawatan kosong lain di syarikat ini?

Soalan seterusnya yang perlu dielakkan adalah untuk tidak bertanya jika terdapat jawatan kosong lain yang syarikat tawarkan. Hal ini kerana ia akan memberi gambaran kepada interviewer bahawa anda tidak kisah dengan jawatan yang dimohon, asalkan ada.

Selain itu, ia juga boleh memberi gambaran kepada majikan bahawa anda tidak memiliki memiliki matlamat kerjaya jangka panjang dan memberikan red flag bahawa anda seorang pekerja yang berisiko untuk berhenti.

  1. Berapakah peratus kenaikan gaji tahun selepas probation dan tahunan?

Antara soalan maut yang perlu dielakkan dalam mana-mana interview adalah bertanya megenai pampasan, faedah atau kenaikan gaji tahunan secara terbuka. Seperti yang semua sedia tahu maklumat gaji adalah privasi setiap pekerja dan tidak boleh dibincangkan.

Oleh itu, bertanya soal kenaikan gaji sebelum anda betul-betul masuk bekerja adalah perkara taboo yang perlu dielakkan. Tetapi tidak menjadi kesalahan untuk bertanya tentang penawaran gaji yang ditawarkan untuk jawatan yang dimohon. 

  1. Berapa lama bekerja sebelum naik pangkat?

Sama seperti soalan di atas, soalan ini juga sama. Anda sebagai calon pekerja sebaiknya jangan bertanya tentang berapa lama masa yang diambil untuk dinaikkan pangkat. Sebaliknya anda boleh bertanya tentang prospek kerjaya yang ditawarkan.

Perlu difahamkan perbezaan antara ‘berapa lama’ dan ‘apakah prospek’ kenaikan pangkat yang sesebuah syarikat tawarkan. Jika anda bertanyakan soalan yang salah ia bukan sahaja menampakkan anda sebagai biadap tetapi mungkin sebagai seorang yang sombong. 

  1. Bilakah boleh guna cuti?

Cuti merupakan faedah yang digariskan dalam Akta Kerja 1955 dan setiap pekerja yang memasuki kontrak kerja layak untuk menerimanya. Kata kunci di sini adalah ‘memasuki kontrak kerja’.

Jika ada sebagai calon pekerja yang hadiri interview, anda belum lagi masuki kontrak kerja dan ini bermakna ada belum layak menerima faedah cuti. Namun, anda masih boleh bertanya berapakah jumlah cuti yang syarikat tawarkan kepada anda semasa interview.

Mula Mohon Kerja dan Hadiri Interview Dengan MySyarikat JOBS

Tentunya dalam apa-apa yang diceburi sekali pun, terutama untuk interview anda dinasihatkan untuk sentiasa membuat persediaan awal. Ambil masa untuk buat research tentang syarikat dan jawatan yang anda mohon, kemudian practice jawab soalan-soalan interview.

Segala maklumat berkaitan syarikat dan jawatan kosong dalam pasaran boleh didapati di MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja di hujung jari!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari jawatan idaman dengan mudah, semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!