Waktu-Waktu Terbaik Untuk Hantar Resume

Antara persoalan yang sering ditanya-tanya calon pekerja adalah ‘bilakah timing yang sesuai untuk hantar resume’. Mungkin bagi kebanyakan orang resume boleh dihantar pada bila-bila masa tetapi tidak kurang juga ada yang rasakan waktu terbaik hantar resume adalah pada hari Rabu.

Jadinya artikel kali ini akan membincangkan bilakah waktu-waktu yang sesuai untuk hantar resume bagi meningkatkan lagi peratusan pihak majikan review resume anda, dan seterusnya membuka peluang lebih tinggi untuk diambil bekerja.

Bilakah Masa Terbaik Hantar Resume?

Secara asasnya timing terbaik untuk anda hantar resume bergantung pada pelbagai aspek termasuk jenis jawatan yang dimohon dan ketersediaan syarikat untuk mengambil pekerja. Namun secara teorinya waktu sesuai adalah ketika diluar waktu puncak pejabat.

Contohnya jika resume dihantar pada pada hari Isnin jam 10 pagi, maka kebarangkalian untuk pengurus atau HR review resume anda kurang kerana mereka sedang sibuk menyelesaikan dan merancang tugasan mingguan.

Oleh itu, besar kemungkinan resume yang anda hantar akan disimpan sehingga pengurus atau HR mungkin lupa untuk review-nya pada kemudian hari. Jadi penting untuk anda ambil maklum waktu-waktu menghantar resume di bawah.

  1. Hantar Resume Luar Peak Hour

Maksud peak hour di sini adalah tempoh waktu puncak pejabat seperti antara jam 10 pagi sehingga 12 tengahari. Pada waktu-waktu seperti ini biasanya pengurus atau HR sedang sibuk dengan tugasan hakiki masing-masing.

Sebaliknya masa terbaik untuk hantar resume mengikut kajian adalah antara jam 6 ke 9 pagi atau dari jam 1 hingga 2 petang. Hal ini kerana waktu-waktu tersebut bukan peak hour yang membolehkan pengurus atau HR mengambil masa untuk baca resume pekerja.

  1. Hantar Resume Pada Minggu Bekerja

Pada kebanyakan waktu hari Isnin sehingga Rabu adalah masa paling sesuai untuk hantar resume. Hal ini kerana pada awal minggu HR atau perekrut selalunya akan check emel dan kebarangkalian untuk mereka baca resume adalah tinggi.

Waktu paling kurang sesuai untuk hantar resume mungkin pada hari Khamis dan Jumaat kerana dalam waktu ini biasanya semua orang akan sibuk menyelesaikan tugasan. Hantar resume pada hujung minggu juga kurang sesuai kerana ia akan ditenggelam dengan emel pada awal minggu seterusnya.

  1. Hantar Resume Pada Awal Bulan atau Hujung Bulan

Bergantung kepada sesetengah syarikat dan industri, waktu terbaik untuk menghantar resume adalah pada awal bulan atau hujung bulan. Hal ini kerana tempoh masa seperti awal bulan mereka masih fresh dan lebih terbuka untuk baca resume.

Begitu juga pada hujung bulan kerana mereka mungkin perlukan tenaga kerja baru pada bulan berikutnya. Jadi pengurus dan HR akan hustle untuk cari pekerja pada hujung bulan bagi mengisi jawatan sebaik memasuki bulan baru.

  1. Hantar Resume Pada Waktu Bekerja

Antara kesalahan utama ramai pekerja buat adalah menghantar resume di luar waktu bekerja seperti pada hujung minggu atau pada malam hari minggu. Menghantar resume pada luar waktu bekerja ini berisiko untuk dimasukan dalam spam jika syarikat menetapkan untuk tidak mahu diganggu selepas waktu kerja.

Jadinya penting untuk hantar resume semasa dalam waktu bekerja seperti yang diterangkan pada point nombor 1 dan 2. Objektifnya adalah untuk memastikan emel yang dihantar dapat dibaca dan sampai ke tangan HR serta perekrut.

  1. Hantar Resume Sebelum Deadline

Akhir sekali pastikan resume yang dihantar tidak melepasi tarikh deadline yang ditetapkan. Ini kerana kemungkinan besar syarikat sudah jumpa pekerja yang diperlukan atau tidak memerlukan lagi pekerja pada jawatan ditawarkan tersebut.

Paling bagus anda hantar resume dalam lingkungan masa 5 hari selepas jawatan tersebut diiklankan. Selalunya syarikat aktif mencari pekerja dalam tempoh masa sebulan selepas sesuatu jawatan itu diiklankan.

Gunakan Resume Anda Untuk Mohon Kerja di MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, terdapat waktu-waktu tertentu yang sesuai untuk hantar resume bagi meningkatkan lagi peratusan untuk diambil bekerja. Tentunya memiliki resume sahaja tidak berguna jika tiada platform mencari kerja yang boleh menghubungkan anda dengan bakal majikan dan begitu juga sebaliknya untuk majikan mencari pekerja.

Gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!