Tip Tulis Description Kerja: Digital Marketing
Jawatan digital marketing adalah antara yang paling mendapat permintaan dalam pasaran kerja semasa. Hal ini kerana kebanyakan syarikat kini turut memberi fokus kepada digitalisasi dalam mempromosikan produk mereka.
Sebagai pengetahuan tugas sebagai digital marketing bukan hanya meningkatkan kesedaran pelanggan tentang sesuatu produk atau perkhidmatan tetapi dalam masa membantu proses membuat keputusan untuk membeli.
Atas faktor itu kebanyakan syarikat sangat memerlukan digital marketing dalam meningkatkan sale. Jadi bagi anda yang ingin bekerja sebagai digital marketer penting untuk tahu keyword-keyword untuk ditulis dalam resume.
Pihak syarikat juga perlu tahu keyword-keyword yang diperlukan untuk digital marketing dalam menulis diskripsi kerja dan selaraskannya dengan sistem ATS.
Infomasi Asas Yang Perlu Ada
Sama seperti menulis sebuah resume, deskripsi kerja untuk digital marketing juga memerlukan keyword. Hal ini kerana kebanyakan syarikat di Malaysia minta pekerja untuk hantar resume, jadi terdapat kebarangkalian tinggi majikan akan guna sistem ATS untuk buat saringan.
Jadi sebagai digital marketer anda perlu tahu dan kenal pasti keyword-keyword yang penting untuk meningkatkan kadar keberkesanan sistem ATS membaca, sementara syarikat juga perlu tahu kata kunci yang relevan supaya sistem dapat menyaring resume dengan lebih tepat.
Antara maklumat asas yang perlu diletakkan adalah,
- Tanggungjawab (Responsibilities)
- Kemahiran dan Keperluan Skill (Skills dan Requirements)
Cara Tulis Description Kerja – Digital Marketing
Bagi pihak majikan yang mencari digital marketer, bawah adalah contoh penerangan kerja yang boleh ditulis. Suka diingatkan ini adalah panduan semata-mata, anda boleh mengubahnya mengikut keperluan syarikat.
‘Kami mencari digital marketer yang berpengalaman dan memiliki kepakaran meluas dalam mempromosi produk dan perkhidmatan, membina kempen dan menggunakan marketing tools. Anda akan bekerjasama rapat dengan bahagian produk dan bahagian jualan untuk meningkatkan kesedaran produk kepada pelanggan.
Untuk jawatan ini anda perlukan kemahiran menggunakan marketing tools, mencipta kandungan yang pelbagai, membaca data dan membuat analisis trend semasa. Anda bertanggungjawab untuk jalankan kempen berkaitan produk milik syarikat.’
Seterusnya, mari lihat cara tulis responsibilities dan skills kerja untuk jawatan sebagai digital marketer.
- Tanggungjawab (Responsibilities)
- Rancang dan laksana kempen pemasaran digital seperti SEO/SEM, data pemasaran, e-mel, media sosial dan iklan
- Bina, reka dan jaga imej media sosial produk
- Ukur dan lapor prestasi kempen digital termasuk pencapaian
- Kenal pasti trend semasa dan optimumkan perbelanjaan
- Hasilkan strategi pemasaran baru dan kreatif
- Rancang, laksana dan ukur conversion
- Kolaborasi dengan bahagian lain untuk bina landing page
- Analisis pengalaman pelanggan dengan membina saluran-saluran pemasaran
- Kemahiran dan Keperluan (Skills and Requirement)
- Memiliki degree dalam pemasaran BS/MS atau berkaitan
- Memiliki pengalaman dalam bidang digital marketing
- Memiliki kemahiran menggunakan digital marketing tools termasuk SEO/SEM, data pemasaran, e-mel, media sosial dan iklan
- Memiliki kemahiran analisis trend semasa, kenal pasti sasaran pelanggan dan bina kempen yang menarik perhatian
- Memiliki kemahiran menggunakan pelbagai saluran pemasaran, bina landing page dan analytics tool (Google Analytics)
- Memiliki pengetahuan dalam menguruskan kempen pemasaran digital
- Memiliki kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran analitik
- Sentiasa up-to-date dengan perkembangan semasa
Cari Jawatan Digital Marketing di MySyarikat JOBS
Suka diingatkan jawatan sebagai digital marketer ini tidak terhad kepada mereka yang berpengalaman sahaja. Terdapat juga jawatan tahap junior yang boleh dimohon oleh mereka yang masih baru dan ingin belajar digital marketing.
Oleh itu, sebagai pekerja penting untuk anda belajar skill–skill pemasaran asas dalam membantu anda tebusi arena digital marketing yang mainstream. Bagi pihak majikan pula jawatan sebagai digital marketing sangat penting jadi jangan pandang ringan dalam proses pengambilan pekerja.
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja atau pekerja dalam digital marketing kami syorkan untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!