Idea Kerja Part Time Sesuai Untuk Lepasan SPM Malaysia

Antara kenangan terindah lepas habis sekolah dulu adalah lakukan kerja part-time sementara tunggu tawaran sambung belajar ke universiti. Tentunya ketika itu tiada banyak pilihan memandangkan kita masih berstatus pelajar, namun ia tidak jadi penghalang.

Berbezanya zaman kini terdapat banyak pekerjaan yang boleh dibuat oleh mereka yang baru habis sekolah untuk raih duit pocket sementara tunggu tawaran sambung belajar. Ini antara kerja-kerja yang sesuai untuk dibuat oleh lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2024. 

5 Pekerjaan Sesuai Untuk Lepasan SPM

Tentunya sebagai lepasan SPM anda tidak mempunyai banyak pengalaman kerja apatah lagi kemahiran tertentu yang diperlukan dalam pasaran kerja. Oleh itu, rata-rata syarikat enggan ambil lepasan SPM bekerja untuk jawatan yang tinggi.

Namun, ini juga tidak bermakna lepasan SPM tidak laku dalam pasaran. Hal ini kerana terdapat peningkatan peratusan lepasan SPM yang tidak melanjutkan penggajian dan terus bekerja sejak beberapa tahun lalu.

Ini antara kerja-kerja yang boleh dibuat tanpa perlukan pengalaman, namun berpotensi besar untuk jamin masa depan dalam pasaran kerja semasa.

  1. e-Hailing dan p-Hailing

Ramai sebenarnya lepasan SPM pilih untuk bekerja dalam sektor e-hailing atau p-hailing sementara tunggu tawaran belajar. Malah ada juga sedang sambung belajar melakukannya semasa waktu hujung minggu.

Untuk kerja sebagai e-hailing dan p-hailing ini anda hanya memerlukan kenderaan sendiri dan lesen memandu atau menunggang. Tiada pengalaman diperlukan mahupun kelayakan. Anda boleh buatnya secara penuh masa atau separuh masa.

  1. Barista

Kerja sebagai barista antara yang paling menarik dalam senarai ini. Ia boleh dimulakan boleh sesiapa sahaja yang berminat dan memiliki kemahiran membancuh air. Menariknya, kebanyakan kafe akan hantar barista mereka untuk jalani latihan bagi meningkatkan kemahiran.

Kerja sebagai barista ini juga menawarkan gaji yang kompetitif, lebih mahir anda membancuh maka lebih tinggi gaji yang boleh diperolehi. Tidak dilupakan juga ramai lepasan SPM pilih untuk jadi barista sebelum bertukar ke bidang lain.

  1. Tutor

Tugasan sebagai tutor mungkin antara yang paling ramai lepasan SPM buat sebelum melangkah masuk ke universiti. Sama ada tutor untuk adik-adik sendiri atau orang lain, pekerjaan ini tidak perlukan pengalaman yang banyak.

Kebanyakan para guru juga memulakan kerjaya mereka dengan jadi tutor selepas habis SPM. Jadi kerjaya ini adalah antara yang memberi jaminan masa depan tinggi memandangkan tugasan untuk mengajar bukan sahaja baru diri tetapi anak bangsa masa hadapan negara.

  1. Admin

Bahagian pentadbiran atau admin merangkumi tugasan seperti urus dokumen, susun jadual sehingga menulis laporan. Ia berkait rapat dengan tugasan dalam office yang hampir tidak memerlukan pengalaman.

Maka, tidak hairan kerja sebagai admin sama ada untuk syarikat atau sekolah menjadi pilihan terbaik untuk lepasan SPM bekerja. Lebih lama anda bekerja sebagai admin, lebih banyak pengalaman diperolehi dan lebih tinggi gaji boleh diterima.

  1. Pekerja Hotel

Sektor perhotelan antara tempat kerja terbaik untuk mana-mana individu menimba pengalaman. Hal ini kerana pekerja perhotelan boleh belajar cara banyak benda dari cara berkomunikasi dengan pelanggan sehingga pengurusan dan pentadbiran.

Jumlah pendapatan untuk yang berkerja dalam bidang perhotelan juga agak lumayan dan boleh dimohon oleh lepasan SPM. Selain itu, pihak hotel selalunya juga akan hantar pekerjanya untuk hadiri latihan bagi meningkatkan pengalaman dan skill.

  1. Pegawai Perkhidmatan Pelanggan

Sebuah lagi kerja yang tidak memerlukan pengalaman luas untuk dimulakan, dan sesuai untuk lepasan SPM. Pegawai khidmat pelanggan atau customer service (CS) secara minimum hanya memerlukan kelayakan minimum SPM tetapi boleh menawarkan gaji lumayan.

Bergantung kepada syarikat, CS boleh peroleh gaji hampir RM8,000 dan jika memiliki penguasaan bahasa asing anda boleh terima hampir RM10,000 sebulan. Tetapi perlu diingatkan kerja sebagai CS perlukan kesabaran tinggi dan kemahiran penyelesaian masalah yang baik.

Sedang Cari Kerja? Jom Guna MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, terdapat banyak kerja diluar sana yang tidak memerlukan pengalaman banyak dan sesuai untuk mereka yang baru nak sertai dunia pekerjaan. Setiap kerja ada cabaran tersendiri dan rezeki masing-masing.

Berita baik kepada anda yang baru lepas habis SPM atau yang sedang mencari kerja di MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja terdapat banyak jawatan kerja untuk anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!