Sebab Kenapa Pekerja Cepat Bosan Bekerja

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pekerja sama ada fresh grad atau berpengalaman adalah perasaan bosan untuk bekerja. Pada sesetengah kes ada antara pekerja juga rasa nak give up dan penat untuk terus bekerja.

Antara penyebab utama kepada perasaan bosan, nak give up dan penat bekerja ini adalah kerana rutin harian yang sama serta berulangan setiap hari. Bangun pagi bersiap untuk pergi kerja, pergi ke tempat kerja kemudian buat kerja, dan habis kerja balik rumah.

Perasaan bosan merupakan fenomena semula jadi manusia. Kita selalunya akan berasa bosan apabila melakukan suatu perkara secara berulang kali. Lebih-lebih lagi di tempat kerja, kehidupan berutin boleh menyebabkan kita cepat berasa bosan.

Salah Ke Rasa Bosan Bekerja?

Rentetan daripada perasaan bosan ini, ia sebenarnya boleh memberi kesan negatif kepada kualiti dan produktiviti kerja kita. Ada kalanya ia boleh membawa kepada burnout dan menjadikan kita pekerja toxic.

Contoh mudahnya apabila kita sering melakukan kerja yang sama berulang kali dan pada masa sama rakan sekerja pula asyik dapat task baru. Ini boleh mendatangkan satu perasaan tidak berpuas hati sehingga menyebabkan kita menjadi seorang negatif.

Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada psikologi kita dan mengubah perspektif terhadap tugasan semasa yang dibuat. Daripada tugasan harian yang mudah dan sudah mahir dilakukan boleh bertukar menjadi satu tekanan tanpa disedari.

Antara tanda-tanda utama yang menunjukkan anda mula berasa bosan dengan kerja adalah seperti berikut:

  • Anda tidak rasa seperti diri sendiri
    • Rasa kebimbangan melampau
    • Rasa kegelisahan tidak bersudah
    • Rasa keraguan diri tertambah
    • Rasa kejengkelan terhadap semua benda
  • Anda rasa tidak bertenaga
    • Rasa kurang bermotivasi untuk pergi kerja
    • Rasa kurang bersemangat untuk cuba perkara baru
  • Anda rasa tertekan tanpa mengira bebanan kerja
    • Rasa tertekan apabila terpaksa buat overtime (OT)
    • Rasa tugasan kerja semasa terlalu mudah atau berat
  • Anda rasa iri hati dengan pencapaian orang lain
    • Rasa kurang keyakinan terhadap kemampuan diri
    • Rasa cemburu lihat kerja orang lain

Cara Atasi Rasa Bosan Bekerja

Sebenanrya setiap orang memiliki sebab tersendiri dan berbeza-beza untuk bekerja. Objektif utama bekerja tentunya adalah untuk perolehi rezeki bagi menampung kehidupan, tetapi terdapat matlamat samping yang mendorong seseorang untuk terus bekerja setiap hari.

Jika kita sudah berasa bosan untuk bekerja, terdapat beberapa cara mudah yang boleh dibuat bagi menghidupkan semula spark atau minat untuk bekerja. Antara caranya adalah,

  1. Renung semula matlamat bekerja anda

Langkah pertama untuk menghilangkan perasaan bosan bekerja adalah dengan reflect semula matlamat anda bekerja. Tanyakan beberapa soalan kepada diri sendiri tentang kenapa anda masih bekerja, berapakah tanggungan anda, apakah end goal untuk career anda dan apakah yang anda suka buat.

  1. Cari makna dalam pekerjaan anda

Selepas mengenal pasti semula matlamat anda bekerja, penting untuk cari makna dalam pekerjaan tersebut. Pada kebanyakan kes anda berasa bosan kerana melakukan tugasan yang berulang setiap hari, jadi cari makna disebalik kerja tersebut adakah ia untuk pertumbuhan career atau berkait dengan minat anda.

  1. Kongsikan perasaan anda

Bosan merupakan satu perasaan yang berkaitan dengan emosi. Jangan takut untuk mengakui bahawa anda berasa bosan dan bincangkannya dengan supervisor atau pihak pengurusan. Ini dapat membantu anda dan syarikat untuk mencari jalan penyelesaian baru yang boleh menguntungkan semua pihak.

  1. Belajar skill baru atau ambil tanggungjawab baru

Cara paling mudah untuk hilangkan rasa bosan bekerja adalah dengan mengambil cabaran baru melalui tanggungjawab kerja yang lebih berat. Dinasihatkan untuk pekerja dan boss menambah scope kerja baru setiap tahun secara berkala bagi memastikan pekerja dapat peroleh skill baru.

  1. Ambil masa untuk berehat

Sama seperti menghadapai masalah-masalah lain, jangan takut untuk take a break seketika. Disebabkan itu Akta Kerja 1955 ada menekankan hak pekerja untuk mengambil cuti kerana ia dapat membantu pekerja untuk berehat dari rutin harian dan kembali bekerja dengan perasaan baru yang fresh.

  1. Cari kerja baru

Pilihan terakhir yang boleh dibuat jika anda masih berasa bosan untuk bekerja adalah dengan mencari kerja baru di suasana baru. Hal ini kerana mengikut kajian seseorang individu biasanya akan berasa bosan selepas melakukan perkara yang sama selama 3 tahun berturut-turut. Jadi jika tiada improvement maka adalah dinasihatkan untuk anda cari kerja baru.

Cari Kerja Idaman Anda Di MySyarikat JOBS Sekarang

Kesimpulannya, perasan bosan merupakan satu fenomena semula jadi manusia yang tidak dapat dielakkan. Jika anda berasa bosan dengan kerja semasa, jangan takut untuk lakukan perkara baru yang boleh hidupkan semula spark dan minat bekerja.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!