6 Kerja Future Proof dan Menjamin Masa Depan

Zaman kini pasaran kerja berubah-ubah dengan sangat cepat dan ini memaksa kita untuk membuat career planning masa hadapan dengan betul. Pada sesetengah kes terdapat pekerjaan yang mungkin tidak diperlukan, seterusnya dimansuhkan. 

Atas faktor itu, penting untuk kita membuat career planning untuk menghindarkan diri daripada sebarang risiko kehilangan kerja di masa depan selain menjamin kestabilan kerja jangka masa panjang. 

Jadi bagi yang mencari keterjaminan kerja, artikel kali ini akan menyenaraikan beberapa jenis pekerjaan yang future proof dalam pelbagai bidang untuk pekerja fresh grad serta mereka yang ingin mencari pengalaman baharu. 

Jenis Pekerjaan Releven, Future Proof dan Menjamin Masa Depan

Secara umumnya career planning bermula seawal di peringkat universiti lagi. Merancang kerjaya pada awal bukan sahaja dapat bantu kita kuasai bidang kerja dipilih tetapi turut memberi informasi tentang hala tuju sesuatu pekerjaan tersebut.

Suka diingatkan career planning ini bukan sahaja penting untuk mereka yang fresh grad, malah sangat diperlukan untuk pekerja berpengalaman dalam menyusun semula hala tuju kerjaya yang dipilih.

Bawah ini merupakan antara bidang pekerjaan yang releven sepanjang zaman, future proof dan menjamin masa depan.

  • Cikgu

Tenaga pengajar adalah sangat penting tanpa mengira zaman. Tanpa tenaga pengajar untuk mendidik dan mendorong anak-anak muda, generasi yang akan datang terdedah kepada risiko seperti kurang berpendidikan atau tidak berpendidikan.

Sungguhpun terdapat kemajuan teknologi terutamanya dengan wujud Artificial Intelligence (AI) yang sangat menakjubkan, namun ia tidak mampu jadi pengganti kepada jawatan pengajar seperti cikgu dalam mendidik generasi muda.

Tambahan lagi AI ini tidak mempunyai etika, emosi mahupun common sense yang sama seperti manusia. Maka, cara mengajar dan approach yang akan disampai cikgu kepada murid semestinya berbeza dan lebih efektifk berbanding robot.

  • Saintis Data

Bagi yang tidak tahu, saintis data bertanggungjawab untuk menganalisis data kemudian mencorakkan model bisnes baharu kepada perniagaan bagi meningkatkan sales. Selain itu, data juga dikumpulkan untuk tujuan kenal pasti strategik marketing yang lebih efektif. 

Misalnya saintis data akan menggunakan data yang dikumpul untuk menambah baik strategi perniagaan, berdasarkan prestasi untuk suatu tempoh tertentu yang terkandung dalam rekod perniagaan syarikat. 

Maka, majoriti perniagaan akan mengajikan saintis data untuk bantuk memaksimalkan profit syarikat. Ini jelas dilihat dengan hiring rate untuk jawatan tersebut meningkat dan kekal menjadi permintaan untuk jangka masa panjang. 

  • Pakar Keselamatan Siber

Mahupun saintis data penting dalam menganalisa data, mereka tidak mempunyai kemahiran untuk menjaga data tersebut dengan rapi. Maka, tugas pakar keselamatan siber adalah untuk memastikan data company sentiasa selamat dan tidak tersebar ke dunia luar. 

Tambahan lagi, data syarikat terdiri daripada pelbagai jenis seperti data pekerja dan data kewangan syarikat. Kedua-duanya merupakan data yang melibatkan privacy kepada majikan dan pekerja company

Demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, syarikat mengajikan pakar keselamatan siber ini untuk menjaga dan mengawasi data-data tersebut daripada dicuri oleh orang yang ingin sabotaj syarikat atau individu dalam syarikat itu sendiri. 

  • Doktor

Kemajuan, kepesatan dan penaik tarafan teknologi dalam pelbagai bidang dapat kita saksikan termasuk dalam bidang perubatan. Meskipun bidang perubatan terus maju, kita masih perlukan individu yang pakar dalam bidang itu.

Dengan itu, tugasan sebagai Doktor akan sentiasa menjadi relevan pada setiap zaman. Tanpa mereka, kita akan sukar untuk diagnosis penyakit yang dijangkiti oleh seseorang individu itu.

Tambahan lagi, kegunaan alatan perubatan dan perubatan perlu digunakan dengan berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan pesakit. Jika ada error dalam sistem atau kesilapan kalkulasi oleh AI atau robot, ia boleh mengakibatkan kemalangan nyawa. 

  • Pencipta Kandungan (Content Creator)

Kebanyakkan hal bisnes kini berorentasi untuk menggunakan platform digital bagi memasarkan produk mereka. Jadi, tidak hairanlah kerja sebagai content creator sangat direbut oleh ramai pada masa kini. 

Antara tugas mereka adalah seperti mengendalikan live di media sosial untuk promote barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat. Selain itu, mereka juga buat iklan untuk dipaparkan kepada khalayak ramai demi mendapatkan perhatian pelanggan.

Content creator dilihat sebagai aset yang sangat penting bagi sesebuah syarikat dan sangat mendapat permintaan. Semestinya akan wujud satu pasaran yang lebih besar untuk content creator pada masa akan datang. 

  • Pakar Prompt AI

Pekerjaan ini belum lagi nampak kepentingannya terutama dalam masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana kegunaan AI belum lagi sampai ke tahap kemuncak dan digunakan secara umum oleh orang ramai. 

Jika kita ikuti trend sekarang, AI adalah “the next big thing” yang akan menjadi asas dan backbone untuk kebanyakkan sistem dan syarikat di seluruh dunia. Buktinya, sudah ada kewujudan peranti yang berasaskan AI. 

Company seperti Chatopenai sudah menunjukkan kebolehan yang tidak dijangka dalam kecerdasan buatan ini. Dalam beberapa tahun lagi, AI ini akan jadi lebih maju dan reliable untuk kegunaan awam di seluruh dunia. 

Jom Cari Kerja Yang Menjamin Masa Depan di MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, penting untuk kita buat career planning dan kenal pasti potensi pekerjaan yang ada untuk kekal relevan dalam bidang kerja yang diceburi. Bagi generasi pekerja baru, dinasihatkan untuk aware dengan pilihan dalam membina kerjaya yang tepat dengan peredaran zaman.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!