Kerja-Kerja Yang Tidak Perlu Degree Tapi Gaji Besar

Setiap orang telah ditulis rezeki masing-masing. Ada yang terus dapat kerja dengan menggunakan sijil SPM selepas habis sekolah dan ada juga yang dapat kerjaya selepas perolehi segulung ijazah pendidikan tinggi (bachelor degree).

Jadi adalah tidak adil untuk judge pekerjaan seseorang itu dengan hanya berpandukan sijil kelayakan yang mereka perolehi. Malah terdapat beberapa pekerjaan yang tidak memerlukan sijil pendidikan yang tinggi namun masih menawarkan pulangan gaji yang besar.

6 Career Bergaji Tinggi Tanpa Perlu Sijil Degree

Dalam dunia pekerjaan, sijil pendidikan dilihat sebagai tiket semata-mata yang membuktikan kredibilit seseorang itu terhadap kerja yang dimohon. Namun apa yang betul-betul dinilai bukanlah sijil tetapi kemahiran (skill) dan pengalaman dimiliki individu itu.

Betul, tidak semua career perlukan sijil pendidikan tahap tinggi untuk berjaya. Ini antara career yang menawarkan gaji lumayan tanpa memerlukan sijil pendidikan tahap tinggi yang boleh cuba diterokai.

  1. Ejen Hartanah

Manjadi seorang ejen hartanah (property) merupakan antara kerja sampingan (side job) yang paling ramai orang buat kerana ia mendatangkan pulangan hasil yang besar. Malah, ada juga orang yang jadikan career ini sebagai kerjaya utama mereka.

Untuk career sebagai ejen hartanah ini anda memerlukan skill berkomunikasi dan persuasion untuk tarikh perhatian pelanggan untuk close deal. Selain itu, career ini juga sangat future proof di mana semakin banyak pengalaman semakin mudah untuk merunding dengan pelanggan.

  1. Ejen Insuran

Sama seperti ejen hartanah, career sebagai ejen insuran juga antara career yang popular bagi mereka yang mencari side job atau sebagai kerjaya utama. Hal ini kerana pulangan gaji sebagai ejen insuran ini agak tinggi apabila dicampurkan dengan komisen.

Bagi yang berminat untuk menjadi ejen insuran, ia tidak memerlukan sijil pendidikan yang tinggi sebaliknya skill berkomunikasi dan kemahiran mempengaruhi orang lain adalah sangat dihargai. Malah, ia juga salah satu career yang lebih pentingkan experience dari education.

  1. Wakil Jualan

Bidang kerja wakil jualan ini sebenarnya besar, ia merangkumi sales agent sehingga customer support (CS). Pada zaman kini jawatan sebagai wakil jualan sangat popular kerana ia menawarkan gaji yang sangat lumayan apabila dicampurkan dengan komisen.

Antara kemahiran yang diperlukan adalah interperosnal skill yang kuat, berfikir dengan berorientasikan matlamat dan memiliki pengetahuan produk yang baik. Selalunya jawatan dalam wakil jualan tidak memerlukan sijil pendidikan yang sangat tinggi.

  1. Pengusaha Mekanik

Kerja sebagai mekanik kereta atau motor merupakan career yang paling underrated di Malaysia. Hal ini kerana ramai orang berpendapat kerja ini kotor dan sukar tanpa menyedari bahawa gaji yang diterima seorang foreman agak lumayan.

Bergantung kepada jenis kenderaan yang diselenggara, seorang foreman boleh raih sehingga beribu-ribu ringgit dengan berbekalkan dengan hanya sebuah sijil penyelenggaraan sahaja. Lebih banyak pengalaman maka lebih tinggi gaji yang diterima foreman.

  1. Penyelenggara Elektrik

Tugasan sebagai penyelanggara elektrik juga antara yang sering dipandang sebelah mata oleh masyarakat. Bidang kerja ini tidak memerlukan pendidikan tinggi, cukup dengan hanya skill kecekapan dalam mengendalikan sistem elektrik yang complicated.

Bergantung kepada pengalaman dan skill yang ada seorang wireman boleh raih pendapatan sangat lumayan. Jika wireman itu bekerja dalam bidang pembinaan atau penyelenggaraan industri berat, mereka boleh terima bayaran dua kali ganda daripada jumlah asas pasaran.

  1. Berniaga  

Berniaga merupakan antara career yang paling ramai minati. Tidak kira apakah perkhidmatan atau produk yang dijual, seorang businessman boleh raih keuntungan pendapatan sehingga tiga kali ganda daripada pekerja bermajikan biasa.

Ia tidak memerlukan sijil pendidikan tinggi tetapi sangat value pengalaman dan ilmu perniagaan yang solid. Selain itu, career dalam dunia perniagaan ini sangat luar dan berpotensi besar dalam membantu anda untuk ceburi pelbagai industri lain.

Cari Kerja Idaman Anda Di MySyarikat JOBS Sekarang

Kesimpulannya, terdapat banyak kerja diluar sana yang tidak memerlukan sijil pendidikan tinggi untuk bantu menyara kos sara hidup. Setiap orang telah ditetapkan rezeki masing-masing dan perlu berusaha untuk dapatkannya.

Namun, suka diingatkan bahawa walaupun sijil pendidikan bukan menjadi penanda aras untuk sesetengah pekerjaan, memiliki ilmu sangat penting dalam menceburi mana-mana bidang di dalam dunia ini.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!