Pros dan Cons Bekerja di Syarikat Startup
Semua syarikat-syarikat gergasi global bermula dari sebuah syarikat pemula (startup) yang diusahakan oleh 2 atau 3 individu sahaja. Ambil contoh Google yang diasaskan oleh Larry Page dan Sergey Brin pada tahun 1998.
Bermula dari kecil dengan berkat usaha, ketabahan dan pengalaman sebuah perniagaan boleh berkembang ke tahap lebih tinggi. Namun, kejayaan tersebut tidak boleh dicapai tanpa ada team pekerja yang sanggup harungi masa sukar bersama.
Kebanyakan pekerja tidak kira fresh grad atau yang berpengalaman seboleh-bolehnya mahu elak daripada bekerja dengan syarikat startup. Rata-rata daripada kita mungkin akan pilih syarikat yang well-establish dan berstatus kukuh.
Tapi apakah kekurangan bekerja dengan syarikat startup? Dan apakah kelebihan bekerja dengan syarikat startup? Mari ikuti fakta-fakta yang boleh membantu anda buat keputusan sama ada untuk pilih bekerja dengan syarikat startup atau well-establish.
Risiko Bekerja di Syarikat Startup
Sebagai sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pastinya jumlah pekerja yang ada sangat sikit dan keuntungan hasil perniagaan juga tidak kukuh. Jadi, jika anda berminat untuk bekerja dengan syarikat startup anda boleh pertimbangkan beberapa risiko tersebut:
- Gaji Rendah
Perkara pertama yang anda perlu pertimbangkan adalah gaji kerana syarikat baru yang tiada keuntungan kukuh, sukar untuk menawarkan upah tinggi kepada pekerja. Anda mungkin akan dapati jumlah gaji yang ditawarkan rendah dan tidak berbaloi dengan hasil usaha kerja anda.
- Kerja Bertambah
Disebabkan kekurangan staff anda mungkin terpaksa cover kerja orang lain, lebih-lebih lagi bagi syarikat yang sedang membangun. Apabila syarikat ambil banyak project tapi kekurangan tenaga pekerja, maka menjadi tanggungjawab anda untuk kerja lebih masa.
- Tempat Kerja Tidak Mewah
Salah satu kelemahan syarikat startup adalah mereka kebanyakannya bermula dari rumah dan tiada kelengkapan kerja yang betul. Ini bermakna ada mungkin terpaksa menggunakan peralatan peribadi dan sesetengahnya mungkin mengeluarkan kos sendiri untuk berasa selesa.
- Risiko Syarikat Ditutup
Dalam perniagaan, 2 ke 3 tahun pertama adalah tempoh yang sukar sehingga ada sesetengahnya mungkin gagal menampung kerugian dan terpaksa ditutup. Oleh itu, risiko kehilangan kerja ketika bekerja dengan startup adalah besar berbanding bekerja dengan syarikat well establish.
Kelebihan Bekerja di Startup
Sungguhpun syarikat startup memiliki kelemahan ini tidak bermakna ia tidak bagus. Setiap syarikat bermula dari bawah dan bekerja di startup boleh membantu anda, terutamanya fresh grad menimba pengalaman.
Hal ini kerana berbeza yang dengan syarikat well establish yang lebih pentingkan pekerja pengalaman, startup boleh jadi pilihan terbaik untuk pekerja baru untuk menimbang pengalaman sebelum kembangkan kerjaya anda.
Antara kelebihan syarikat startup adalah:
- Tempat Terbaik Timba Pengalaman
Tidak dinafikan startup adalah tempat terbaik untuk anda timba pengalaman. Dengan kebanyakan syarikat sekarang ini mementingkan pengalaman, syarikat yang baru ditubuhkan adalah medium terbaik untuk memperkasakan skill dan kemahiran baru.
- Setiap Kerja Akan Dihargai
Apabila bekerja dalam team yang kecil, setiap pencapaian anda pasti akan dihargai. Lebih-lebih lagi untuk syarikat pemula yang sememangnya kuat ukhuwah mereka. Ini boleh meningkatkan keyakinan diri anda dan rasa dihargai.
- Peluang Networking
Mungkin disebabkan culture syarikat startup yang selalu mencari peluang bekembang, anda juga berpeluang mengembangkan network dengan syarikat-syarikat lain. Ia bukan sahaja dapat bantu anda kenal seluk belok perniagaan tapi mencipta perhubungan dengan pelanggan.
- Potensi Kenaikan Pangkat
Berbeza dengan syarikat gergasi yang memiliki pekerja di setiap jawatan, peluang kenaikan pangkat dalam startup adalah lebih besar kerana setiap kali ada pekerja baru menyertai, anda yang lama berkemungkinan diberi jawatan lebih tinggi.
Cari Syarikat Pilihan Anda Di MySyarikat JOBS
Walau apa pun keputusan anda sama ada bekerja dengan syarikat startup atau yang well establish, anda perlu berikan seratus peratus dalam membuat tugasan yang diberi. Jadilah seorang pekerja yang boleh menyumbang kepada perkembangan syarikat.
Mari gunakan MySyarikat JOBS,portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda! Terdapat pelbagai syarikat-syarikat dari startup sehingga yang tertaraf global mencari calon pekerja yang sesuai.
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!