Boleh Ke Belajar Bidang Lain Tapi Kerja Bidang Lain?

Ramai antara kita memilik untuk belajar course apa di universiti sehingga ada yang sanggup ambil kursus tertentu tanpa mengikut minat bagi memastikan dapat kerja bila grad nanti.

Tetapi realitinya hampir 50% pekerja di Malaysia kini bekerja dalam bidang berbeza daripada course yang diambil semasa belajar. Lebih memeranjatkan lagi adalah kebanyakan mereka mula bekerja dalam bidang tersebut dengan zero pengetahuan tentangnya.

Salah Ke Belajar Bidang Lain dan Kerja Bidang Lain?

Jawapan untuk persoalan belajar bidang lain dan kerja bidang lain terletak kepada anda sendiri. Ia boleh jadi SALAH jika anda berasa stress belajar dan bekerja sehingga mengganggu kesihatan tetapi boleh juga jadi TIDAK SALAH kalau anda menyukainya.

Segalanya terletak kepada anda sendiri kerana sebarang sijil adalah sekadar dokumen sokongan yang membuktikan kelayakan seseorang. Pengalaman dan kemahiran mungkin adalah yang lebih dinilai oleh sesebuah syarikat.

Jadi mari lihat senarai course serta bidang kerja yang hangat dan antara yang paling diminat oleh kebanyakan syarikat dalam Malaysia.

  • Bidang Pemasaran (Marketing)

Course marketing adalah antara yang paling ramai graduannya dan paling banyak demand dalam pasaran. Tugas ini bukan sahaja melibatkan perancangan tetapi perlaksanaan kempen pemasaran yang dapat membawa keuntungan kepada syarikat.

Bagi yang tidak tahu mereka yang belajar course reka bentuk dan komunikasi juga boleh ceburi bidang marketing kerana ia fleksibel dan memerlukan banyak kepakaran selain skill menjual sahaja.

  • Bidang Perubatan (Medicine)

Mereka belajar course melibatkan perubatan tidak perlu risau kerana terdapat banyak juga peluang pekerjaannya dalam pasaran. Bidang kerja ini bukan sahaja fokus kepada doktor tetapi veterina dan farmasi juga perlukan pengetahuan perubatan.

Jika anda meminati dunia perubatan atau kebajikan sosial, boleh belajar course perubatan. Ingat bidang kerja ini besar tidak semestinya anda perlu menjadi pakar bedah otak atau bekerja di hospital sahaja.

  • Bidang Seni Bina (Architecture)

Satu lagi bidang dan course yang banyak demand dalam pasaran di Malaysia. Bagi anda yang bimbang arkitek tiada kerja kerja, jangan risau bidang ini bukan sekadar lukis bangunan sahaja. Ia juga merangkumi perancangan bandar dan lankskap.

Tugasan ini melibatkan banyak perkara dari perancangan, pembuatan dan perlaksanaan di pelbagai industri. Jika anda seorang yang berminat pakai topi keselamatan putih seperti dalam drama boleh juga memasuki bidang ini, tapi tidak janji setiap arkitek memakainya.

  • Bidang Kejuruteraan (Engineering)

Sama seperti architecture, bidang dan course ini paling diminati oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Penawaran gaji untuk jawatan engineer agak tinggi dan merangkumi pelbagai bidang dari sivil ke pembinaan.

Jika anda impikan untuk menjadi seorang engineer maka course kejuruteraan sangat sesuai untuk anda. Tidak dilupakan juga hampir semua universiti di Malaysia menawarkan course ini dari awam ke swasta.

  • Bidang Teknologi (IT)

Bidang IT mungkin antara bidang yang sangat luas dalam senarai ini, ia merangkumi segala perkara yang melibatkan internet dan online. Jadi jika anda berminat dengan dunia maya course it sesuai untuk anda.

Menariknya, permintaan kerja dalam bidang ini semakin bertambah seiring peredaran zaman. Maka tidak perlu risau untuk dapatkan kerja lepas habis belajar kerana hampir semua syarikat gunakan teknologi.

  • Bidang Pendidikan (Education)

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’ adalah peribahasa yang sesuai untuk mengambarkan bidang ini. Dari sekolah rendah sehingga peringkat univerisiti semuanya memerlukan seorang guru yang boleh mendidik modal insan negara.

Mereka yang belajar course ini tidak perlu risau dengan permintaan kerja lepas habis belajar. Anda yang berminat dalam bidang ini juga boleh ambik course lain yang berkaitan dan jangan risau penawaran gajinya kompetitif.

  • Bidang Perniagaan (Business)   

Boleh dikatakan bidang ini paling ramai pekerjanya yang datang dari course belajar lain. Ilmu perniagaan ini tidak semestinya memerlukan anda belajar course perniagaan semata-mata. Ia bergantung kepada pengalaman dan minat.

Ramai antara usahawan yang berjaya di Malaysia memiliki latarbelakang pendidikan berbeza, dan ini yang menjadikannya menarik. Anda mungkin belajar engineering tetapi boleh berjaya dalam bidang business jika ada minat dan usaha.

Sudah Ada Bidang Yang Anda Minat? Mari Cari Kerja di MySyarikat JOBS

Kejayaan bukan bergantung kepada tahap pendidikan sahaja tetapi minat dan kesungguhan memainkan peranan penting untuk anda terus maju kehadapan. 

Jika anda sudah buat keputusan bidang apa yang anda minat dan ingin ceburi jom gunakan MySyarikat JOBS,portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!