Tip Memilih Kerjaya Yang Sesuai Dengan Anda

Pemilihan kerjaya adalah perkara paling sukar dalam kehidupan kerana ia akan menjadi penentu masa depan seorang pekerja dan industri kerjanya. Kalau salah pilih kerjaya yang anda tidak minat boleh jadi murung dan hilang motivasi kerja.

Disebabkan itu penting untuk anda buat keputusan dengan tenang dan berfikiran jauh supaya tidak menyesal di kemudian hari. Jika bagi fresh grad yang baru nak memasuki alam pekerjaan, mari ikuti beberapa tip dalam memilih kerjaya pertama anda.

  • Kenali minat, potensi dan kemahiran diri

Tidak kira sama ada anda seorang fresh grad atau pekerja berpengalaman, pasti mahu bekerja dalam bidang kerja yang anda minat. Apabila anda suka apa yang dilakukan mesti lebih bersemangat untuk membuatnya. Lagi seronok jika kerja anda berkait rapat dengan hobi.

Selain itu, anda patut pilih kerja berdasarkan kemahiran diri contohnya minat membaca atau menulis boleh pertimbangkan kerjaya sebagai penulis kandungan (content writer). Bayangkan anda buat kerja yang sememangnya anda sudah mahir tentu berasa seronok.

Jangan sesekali pilih kerjaya mengikut pendapatan orang lain kerana apa yang baik untuk orang itu mungkin tidak sesuai dengan anda. Tentunya, anda pasti lebih tahu kemampuan diri sendir lebih daripada orang lain. 

  • Buat research tentang bidang yang ingin diceburi

Langkah ini adalah yang paling penting tetapi juga yang paling bahaya dalam memilih kerjaya yang ingin anda ceburi. Seperti yang dikatakan di atas dalam memilih kerja yang bersesuaian, anda tidak dinasihatkan untuk mengikut pendapatan orang lain.

Buat research berkenaan kerjaya pilihan anda seperti tawaran gaji median, peluang pekerjaannya luas atau tidak dan bagaimana situasi kerja tersebut. Zaman moden ni anda boleh cari segala maklumat di hujung jari sahaja.

Suka diingatkan walau apa kerjaya pilihan anda pasti terdapat pros dan cons yang perlu dihadapi. Tapi ini tidak bermakna keputusan yang anda buat salah kerana tiada kerja yang mudah dalam dunia ini. Semua bergantung kepada usaha anda sendiri. 

  • Ambil kira segala risiko dan impak yang bakal terjadi

Walau apa pun keputusan anda buat tentang kerjaya yang bakal diceburi pasti terdapat risikonya. Tiada benda yang perfect dalam dunia pekerjaan dan risiko pasti ada di mana-mana. Jadi sama ada anda roll with the flow atau pilih kerjaya yang rendah risikonya.

Boleh jadi kerjaya pilihan anda itu menawarkan gaji yang tinggi dalam pasaran tetapi risikonya anda mungkin perlu berjauhan dengan keluarga untuk tempoh lama atau terdedah kepada risiko bencana. Jadi sebarang keputusan terletak di tangan anda.

Tetapi jangan dilupakan juga impak kerjaya pilihan anda kepada prospek masa depan. Mungkin untuk tempoh 2 ke 3 tahun pertama anda akan struggle tetapi peluang kenaikan pangkatnya mudah dan diberikan setiap tahun. 

  • Tetapkan matlamat yang jelas

Perkara terakhir yang perlu dibuat dalam memilih kerjaya adalah set matlamat yang boleh memacu motivasi anda bekerja. Matlamat itu boleh jadi gaji, jawatan ataupun tempoh bekerja asalkan ia boleh dicapai.

Contohnya anda boleh tetapkan bahawa selepas 3 tahun bekerja anda akan peroleh pendapatan sebanya ini, atau anda ingin jadikan kerja tersebut sebagai batu lonjatan untuk ke syarikat lebih baik, atau sekadar ingin menambah skill pada bidang tertentu.

Kebanyakan pekerja ‘tumbang’ selepas memasuki alam pekerjaan kerana tidak memiliki matlamat yang jelas. Mereka sekadar bekerja demi dapat wang semata-mata jadinya hilang kegembiraan dalam bekerja. Ingat, kerja juga adalah ibadah yang boleh datangkan pahala.

Dapatkan Kerjaya Pilihan Anda Di MySyarikat JOBS

Harapnya tip ini dapat memberikan gambaran tentang cara mengurus kerjaya dan masa depan anda. Tidak kira apa keputusan yang dibuat anda perlu melakukan yang terbaik dan bagi 100% komitmen kerana tiada keputusan yang salah dalam memilih kerjaya.

Bagi yang masih tercari-cari kerja yang sesuai dengan kerjaya pilihan mari gunakan MySyarikat JOBS,portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!