Apa Itu Job Hopping?

Istilah job hopping sangat tidak asing dalam dunia pekerjaan. Ia diamalkan di seluruh dunia dari mereka yang berjawatan rendah sehingga ke yang memegang portfolio pengurus dan ketua pegawai eksekutif (CEO) sesuatu syarikat.

Sebagai pengetahuan job hopping merujuk kepada trend pekerja melompat-lompat kerja dari satu syarikat ke satu syarikat lain dalam tempoh waktu singkat. Senang cerita pekerja kerap bertukar-tukar syarikat serta jawatan.

Pada kebanyakan kes pekerja akan job hopping selepas setahun bekerja, tetapi ada juga yang buat keputusan untuk tukar kerja selepas beberapa bulan. Andai anda sudah terima tawaran kerja tapi pilih untuk bekerja dengan tawaran lain, ia juga dikira sebagai job hopping.

Jadi persoalannya kini kenapa ramai pekerja buat job hopping dan apakah risikonya terhadap kerjaya seseorang individu itu? 

Kenapa Nak Job Hopping?

Terdapat banyak sebab kenapa seorang pekerja itu job hopping, boleh jadi kerana dapat tawaran yang lebih baik dan kena dengan minat di hati atau kerana tidak menyukai tempat kerja semasa serta skop kerjanya.

Walau apa keputusan yang membuatkan seseorang itu untuk job hopping ia dilihat sebagai satu trend yang tidak baik di mata majikan. Bayangkan anda sebagai majikan pastinya tidak suka apabila pekerja bekerja 2 ke 3 bulan lepas itu berhenti.

Sungguhpun begitu trend job hopping terus meningkat dengan kajian terbaru mendapati Gen Z adalah yang paling banyak job hopping dengan jumlahnya dilihat berganda sejak penularan Covid-19 pada tahun 2020.

Ini adalah beberapa faktor yang menyumbang kepada keputusan job hopping.

  • Gaji Lebih Tinggi

Faktor utama kenapa seorang individu itu bertukar kerja pasti berkait rapat dengan penawaran gaji yang lebih tinggi dan baik oleh syarikat lain. Tentunya jika anda mendapat tawaran gaji yang lebih baik pasti anda akan memilih untuk pergi bekerja untuk syarikat itu bukan?

Jadinya antara penyebabkan utama kepada meningkatan trend job hopping dalam kalangan Gen Z adalah penawaran gaji beserta insentif-insentif kewangan lain yang dianggap kompetatif.

  • Jawatan Lebih Tinggi

Mungkin bagi kebanyakan graduan baru faktor jawatan yang lebih tinggi tidak menjadi faktor utama kepada keputusan untuk tukar kerja. Tetapi perlu diingatkan bahawa mereka yang berada dalam lingkunan umur ini sudah menghampiri usia 30-an.

Atas faktor itu tidak hairan jika mereka mahu career advancement serta jawatan lebih tinggi, dan cara paling cepat untuk naik jawatan adalah bekerja untuk syarikat lain.

  • Lokasi Kerja Lebih Baik

Sejak penularan Covid-19 lalu ramai antara kita lebih memilih untuk work-from-home jika diberi peluang. Malah, kebanyakan syarikat sekarang juga mula memperkenalkan polisi tersebut sebagai daya penarikan untuk pekerja.

Bagi pekerja yang mahukan fleksibaliti bekerja tersebut mungkin akan mencari syarikat baru yang menawarkannya berbading memaksa syarikat kini mengamalkannya.

  • Perubahan Minat

Apabila melakukan tugasan yang sama berulang-ulang kali untuk tempoh masa yang panjang, anda pasti berasa bosan dan mahu mencari cabaran yang baru. Hal ini turut menyumbang kepada faktor job hopping oleh kebanyakan individu Gen Z.

Selain itu, tidak dilupakan juga faktor perubahan minat dalam kalangan individu muda. Ramai antara mereka suka ‘try’ dulu dan jika tidak sesuai, pilih untuk bertukar.

Walaupun job hopping kedengaran baik namun jangan dilupakan terdapat risiko yang perlu dipertimbangkan oleh pekerja. Antaranya, 

  • Kehilangan Kepercayaan Majikan

Disebakan kerap bertukar-tukar kerja, seorang majikan pasti akan berfikir banyak kali untuk ambil anda bekerja. Tentunya majikan mahukan pekerja yang mampu beri komitmen dalam jangka masa panjang bukan sementara.

  • Pengalaman Tidak Konsisten

Antara kelemahan utama job hopping adalah pengalaman yang tidak konsisten. Bayangkan anda hanya bekerja sebagai admin 3 bulan sahaja walhal jawatan untuk kerja tersebut perlukan pengalaman setahun. 

  • Kehilangan Faedah Ditawarkan Syarikat

Kekerapan bertukar-tukar kerja juga boleh menyebabkan pekerja hilang kelayakan faedah diberikan syarikat. Contohnya syarikat lama anda mungkin beri makan tengah hari percuma sementara syarikat baru mungkin perlu bekerja lebih masa setiap hari.

  • Tertekan dan Ketidakpastian

Dalam era semua orang ingin bekerja, anda boleh ketinggalan kerana majikan kini lebih mementingkan pengalaman. Tidak guna ada banyak jawatan disandang dalam tempoh setahun kalau ia berbeza-beza dan tidak cukup tahun.

Dapatkan Kerja Terbaik Yang Memuaskan Hati Anda Di MySyarikat JOBS

Dinasihatkan untuk anda buat keputusan sebaik-baiknya sebelum job hopping. Ia adalah kelebihan yang mampu berikan anda kepuasan tetapi terdapat juga risiko yang besar jika tidak berjaya.

Walaubagaimana pun, jika anda mahukan kerja yang terbaik dan memuaskan hati boleh gunakan MySyarikat JOBS,portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh  mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!