Tip Hadapi Probation Period Secara Profesional

Tidak kira sama ada anda fresh grad yang baru masuk alam pekerjaan atau pekerja berpengalaman manager, setiap kali menyertai syarikat baru mesti kena lalui probation period sekurang-kurangnya untuk 3 bulan.

Sebenarnya probation period tidak disebut dalam buku perundangan kerja Malaysia, Akta Kerja 1955 tapi boleh dikatakan hampir semua syarikat amalkannya. Amalan ini dah macam jadi polisi wajib setiap syarikat. 

Untuk makluman probation period adalah satu tempoh antara 3 ke 6 bulan bergantung kepada syarikat bagi menilai pekerja yang baru menyertai mereka. Semasa dalam tempoh ini segalanya akan dilihat dari segi prestasi sampai ke interaksi pekerja dalam syarikat.

Jadi mari belajar beberapa tip yang boleh anda lakukan semasa berada dalam probation period di bawah.

Tip Berguna Semasa Probation Period

  1. Dalami Visi dan Misi Syarikat

Perkara pertama yang anda boleh buat sebaik masuk bekerja adalah cuba fahami visi dan misi syarikat. Setiap pekerja ada matlamat serta motivasi berbeza tetapi visi dan misi syarikat ini yang menyatukan semua untuk bergerak ke satu arah yang sama. 

Jadi gunakan tempoh ini untuk menyesuaikan diri dan mengenal pastikan potensi diri yang boleh disumbang untuk kemajuan diri serta syarikat. Nama pun probation period iaitu tempoh suai kenal.

  1. Pamerkan Prestasi Diri

Antara sebab kenapa ia dipanggil probation period adalah untuk memberi masa kepada majikan menilai prestasi anda. Jadi gunakan peluang ini untuk tunjukkan kepada majikan yang keputusan mereka untuk ambil anda bekerja tepat.

Jangan segan untuk tonjolkan kemahiran diri yang bukan berkaitan dengan kerja. Anda boleh up-sale kemahiran seperti public speaking atau membancur kopi. Jika bernasib baik mungkin majikan akan naikkan gaji selepas probation period tamat nanti. 

  1. Jadi Aktif Di Tempat Kerja

Memandangkan anda baru sertai syarikat penting untuk anda kenal budaya dan pekerja lain. Tidak perlu untuk kenal semua cukup sekadar mengetahui semua dan senyum apabila berselisih di tempat kerja.

Selain itu, bila anda aktif di tempat kerja ia memberi impresi bahawa anda berminat dengan syarikat dan tidak berasa kekok untuk berinteraksi. Tapi penting untuk anda ambil masa sendiri jangan gopoh, anda ada masa.

  1. Hormat Pekerja Lain

Penting untuk anda tunjukkan rasa hormat terhadap pekerja lain lebih-lebih lagi yang senior daripada anda. Biasanya boss akan bertanya pendapat pekerja senior tentang anda memandangkan mereka lebih dekat.

Anda tidak perlu sampai buatkan pekerja senior air untuk diminum, cukup sekadar ambil maklum perkara yang diberitahu dan laksanakan tugasan anda dengan baik. Review baik daripada senior ini adalah satu bonus.

  1. Jangan Buat ‘Palatau’

Benda paling penting sekali semasa probation period atau sudah lama bekerja adalah jangan besar kepala dan sentiasa rendah diri. Tiada sesiapa yang suka orang ‘palatau’ di tempat kerja walaupun jika orang itu berjawatan tinggi.

Tidak menjadi kesalahan untuk anda mengaku salah atau tidak tahu sesuatu perkara lebih-lebih lagi jika anda baru sertai syarikat. Anda pasti tidak mahu rakan kerja anda berasa menyampah setiap kali berjumpa anda bukan, jadi bersifatlah rendah diri.

Sudah Bersedia Hadapi Probation Period? Jom Cari Kerja di MySyarikat JOBS

Perlu diingatkan probation period adalah tempoh suai kenal jadi tidak menjadi kesalahan jika anda rasa diri tidak perform. Tenang, walaupun bermakna habis probation period anda akan diberhentikan kerja.

Jika anda sudah bersedia untuk memasuki alam perkerjaan mari gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!