Kelebihan dan Kekurangan Ada 2 Kerja

Akibat daripada pandemik kebanyakan rakyat di Malaysia mula membuat 2 kerja demi menyara kehidupan yang semakin ‘keras’. Ada yang bekerja office pada waktu pagi kemudian jadi rider belah malam.

Tapi trend pekerja buat 2 kerja sebenarnya bukan benda baru kerana sebelum ini memang sudah ada mereka yang melakukannya demi mencari duit lebih untuk menampung kos perkahwinan atau membayar pinjaman pendidikan.

Menurut data keputusan utama kebanyakan pekerja membuat 2 kerja sejak 2020 adalah disebabkan kos sara hidup yang tinggi dan dijangka mereka yang buat 2 kerja akan meningkat 2 kali ganda untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Kelebihan dan Kekurangan Pekerja Ada 2 Kerja

Semua sedia tahu pekerja yang buat 2 kerja ini biasanya adalah pekerja tetap yang memasuki sektor ekonomi gig pada waktu lapang mereka untuk menggandakan sumber pendapatan sedia ada.

Ekonomi gig ini secara ringkasnya adalah industri pekerjaan freelance yang tidak diikat kontrak tetap. Pekerja ekonomi gig bebas untuk tentukan waktu bekerja, hari bekerja atau tempat kerja. Contoh pekerja ekonomi gig adalah e-hailing dan p-hailing.

Suka diingatkan buat 2 kerja, sama ada pada belah malam atau hujung minggu, bukan perkara mudah. Malah, ada sesetengah syarikat mungkin tidak membenarkan langsung pekerjanya membuat 2 kerja.

Jadi mari lihat apakah kelebihan dan kekurangan membuat 2 kerja di Malaysia.

Kelebihan Buat 2 Kerja

  1. Dapat 2 sumber pendapatan

Tentunya apabila buat 2 kerja anda akan menerima gaji dari 2 sumber yang berbeza. Bayangkan sebagai pekerja tetap anda terima gaji sebanyak RM2,500 sebulan tambah buat kerja sebagai rider setiap hujung minggu dan peroleh RM1,000 bulan.

Free-free sahaja anda meraih RM3,500 pada bulan itu daripada membuang masa dan tidak buat apa-apa pada waktu hujung minggu.

  1. Banyak pilihan dan kebebasan

Menariknya tentang ekonomi gig ini adalah kebanyakan kerja yang ditawarkan boleh dibuat dari rumah atau mengikut masa anda sendiri. Berbeza dengan waktu kerja normal yang memerlukan anda bekerja dari 9 pagi sehingga 5 petang setiap hari.

Disebabkan itu ramai yang memilih untuk jadi rider atau buka car boot sale pada hujung minggu kerana apabila sudah mencapai sasaran nilai yang dimahukan, anda boleh berhenti.

  1. Kembangkan network

Salah satu kelebihan mereka yang bekerja 2 kerja ini adalah network. Anda boleh dapat lebih banyak kenalan berbanding bekerja 1 kerja sahaja dan ini secara tidak langsung membantu anda apabila network lebih besar.

Tengok sahaja bertapa besarnya komuniti rider di Malaysia. Mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain walaupun diluar waktu kerja.

  1. Peroleh skill baru

Seperti istilah jauh perjalanan, luas pandangan mereka yang buat 2 kerja ini boleh menambah skill baru. Bayangkan anda ada skill pengurusan di pejabat kemudian ditambah skill tawar-menawar kerana berniaga.

Penambahan skill ini sangat berguna lebih-lebih lagi untuk membina kredibiliti semasa anda mahu mencari kerja baru atau menukar bidang kerja.

Kekurangan Buat 2 Kerja

  1. Ganggu work-life balance

Kelemahan utama apabila buat 2 kerja adalah ia akan mengganggu keseimbangan hidup anda. Bayangkan anda bekerja setiap hari sehingga hujung minggu, pasti masa bersama keluarga atau untuk diri sendiri perlu dikorbankan.

Bagi yang kerja keduannya terikat kepada masa, pasti boleh menimbulkan masalah dan anda mungkin terpaksa membuat pilihan yang sukar.

  1. Risiko burnout tinggi

Apabila keseimbangan hidup mula terganggu anda akan mula berasa penat dan tertekan. Kerja kedua yang sepatutnya menjadi sampingan, bertukar menjadi komitmen yang boleh mencetus masalah kesihatan kerana kekurangan rehat.

Perlu diingatkan kerja kedua adalah kerja sampingan yang anda boleh buat untuk tambah pendapatan. Ia bukan sumber pendapatan utama.

  1. Boleh cetus conflict of interest

Bagi sesetengah syarikat mereka mungkin tidak suka anda membuat kerja lain tidak kira sama ada bercanggah atau tidak dengan kerja tetap. Ini kerana ia boleh cetus masalah di tempat kerja seperti anda sakit atau terlalu penat untuk bekerja.

Atas faktor itu juga kebanyakan syarikat menyertakan sekali perihal conflict of interest  dalam kontrak kerja.

  1. Prestasi kerja menurun

Tujuan utama kenapa syarikat tidak mahu anda memiliki 2 kerja adalah kerana mereka takut prestasi kerja anda menurun. Membuat 2 kerja pada satu masa boleh mengganggu konsentrasi apabila badan tidak cukup rehat.

Jadinya jangan hairan kenapa ada orang yang sanggup meninggalkan salah satu daripada 2 kerja yang dibuat demi menyelamatkan kerjaya diri.

Cari Kerja Sesuai Yang Tawarkan Gaji Ikut Kemahuan Anda Di MySyarikat JOBS

Walau apa pun keputusan anda sama ada mahu buat 2 kerja atau tidak, fikirkannya dengan betul-betul mengikut keperluan. Jika anda rasa mampu untuk buat 2 kerja lakukan tetapi jika rasa tidak mampu bahagikan masa lupakan. 

Bagi yang tengah cari kerja boleh gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!