Kerja-Kerja Yang Diramal Tidak Akan Di Gantikan Dengan AI

Kemunculan platform yang dijana kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) dilihat semakin bertambah setiap hari. Kemampuan AI untuk ‘melakukan’ kerja harian telah mencetus kerisauan pekerja tentang prospek kehilangan sumber pendapatan.

Tetapi sejauh manakah kemampuan platform AI dalam menjalankan tugasan harian pekerja? Benarkah pengenalan platform AI bakal menggantikan manusia dalam dunia pekerjaan?

Landskap AI Dalam Dunia Pekerjaan

Secara asasnya dunia pekerjaan sentiasa berevolusi dari masa ke semasa. Semakin besar kemajuan yang dicapai semakin tinggi kemahiran yang diperlukan, dan secara tidak langsung membuka lebih banyak peluang pekerjaan. 

Ambil contoh pekerjaan seperti social media manager atau cybersecurity yang mula wujud ekoran daripada perkembangan teknologi digital atas talian (online). Mungkin sedekad lalu anda tidak terfikir dapat gelaran pengurus dengan hanya ‘bermain’ media sosial.

Maka, seiring perkembangan teknologi wujudnya keperluan automasi yang memudahkan tugasan rumit dan melancarkan kerja berulang yang memakan masa. Dari sini automasi berkembang kepada AI untuk memudahkan lagi tugasan harian tersebut.

Kata kuncinya adalah memudahkan tugasan harian, ia tidak semestinya menggantikan pekerja. Menurut pakar AI adalah sebuah sistem atau platform yang memerlukan pengendalian walaupun ia memilki kemampuan untuk berlajar dengan sendirinya.

Contoh mudah untuk mengambarkan situasi di atas adalah penggunaan ChatGPT. Ia adalah modal bahasa yang boleh hasilkan teks seperti manusia berdasarkan konteks serta perbualan masa lalu namun masih perlukan manusia untuk bertanyakan soalan kepadanya.

Sama juga dengan Chatbots yang digunakan pada bahagian perkhidmatan pelanggan, di mana kemampuan AI untuk menjana jawapan yang ditanya terhad kepada program yang diletakkan oleh penggunanya iaitu manusia.

Adakah AI Bakal Gantikan Manusia?

Tidak dinafikan mungkin ada sesetengah jawatan kini menggunakan AI tetapi ini juga tidak bermakna kehadiran manusia dalam dunia pekerjaan akan berkurangan. Ini adalah beberapa sektor pekerjaan yang dijangka tidak akan digantikan dengan AI.

  1. Sektor Pertanian

Setakat ini bidang pertanian antara sektor yang masih lagi belum ‘dicemari’ dengan kehadiran AI. Mungkin wujudnya jentera yang memudahkan proses pertanian tetapi ia jauh sekali untuk menggantikan manusia, malah perlukan sentuhan benda hidup.

  1. Sektor Pendidikan

Kewujudkan AI dapat dikesan pada sektor ini dengan adanya pelbagai platform pendidikan online yang memudahkan urusan pembelajaran. Tetapi sentuhan manusia masih diperlukan lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkembangan minda insan itu sendiri.

  1. Sektor Pengeluaran dan Logistik

Sektor ini antara yang paling banyak menggunakan mesin automasi dalam tugasan hariannya, namun buat masa ini industri pengeluaran masih memerlukan manusia terutama untuk mengendalikan serta menyelia mesin-mesin tersebut.

  1. Sektor Kaunseling dan Terapi

Satu lagi sektor yang mungkin masih belum ‘dicemari’ dengan kewujudan AI. Bidang ini memerlukan kefahaman sifat manusia yang kompleks, menyukarkan AI untuk tembusinya apatah lagi cuba memberi nasihat emosi kepada kita. 

  1. Sektor Kesihatan

Bidang kesihatan mungkin antara yang paling aktif menggunakan AI dalam mencari penawar kepada penyakit. Tetapi ia juga masih memerlukan sentuhan manusia kerana hanya manusia sahaja yang tahu bagaimana sistem badan berfungsi.

  1. Sektor Kebajikan Sosial

Pekerjaan dalam sektor ini mungkin tidak akan pernah ‘dicemari’ AI kerana ia memerlukan perhubungan dan interasi manusia ke manusia (human-to-human) yang tinggi. Setakat ini kebanyakan pekerja kebajikan sosial adalah manusia dan bukanannya robot.

Cari Bidang Kerja Yang Sesuai Dengan MySyarikat JOBS

Walaupun terdapat kebimbangan terhadap peningkatan penggunaan AI dalam kehidupan, ia masih jauh untuk menggantikan manusia dalam dunia pekerjaan. Penting untuk anda faham bahawa AI adalah untuk memudahkan pekerjaan sahaja.

Oleh itu, tidak perlu risau untuk mencari kerja gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!