Persiapan Sebelum Mula Kerja: Langkah Penting Untuk Graduan Baru

Dalam mempersiapkan diri sebelum memasuki dunia pekerjaan, banyak perkara perlu diambil perhatian bagi meningkatkan peluang anda untuk menjadi calon pekerja pilihan syarikat-syarikat besar di luar sana.

Mungkin bagi yang berpengalaman mereka sudah tahu langkah-langkah dan perkara yang perlu dibuat sebelum mula bekerja, tetapi bagaimana pula dengan graduan baru yang pertama kali nak mula bekerja?

Jadi bagi mempersediakan anda sebagai garduan baru untuk memasuki alam pekerjaan, mari ikuti beberapa langkah persiapan penting di bawah supaya anda tidak ‘blur’ untuk mula bekerja. Pekerja berpengalaman juga boleh ambil maklum untuk perbaiki diri apabila hendak tukar kerja nanti.

Persiapan Sebelum Mula Bekerja

Kemaskini Resume, Portfolio dan Cover Letter

Perkara pertama yang anda dinasihatkan buat sebelum mula memohon sebarang pekerjaan adalah membina kredibiliti diri dengan memperagakan segala skill dan pengalaman dalam resume dan portfolio.

Suka diingatkan resume adalah sehelai dokumen yang mengandungi ringkasan maklumat diri calon pekerja untuk proses permohonan kerja, sementara portfolio pula adalah dokumen sokongan yang memaparkan pencapaian lepas calon pekerja.

Jika sebelum ini anda sudah memiliki resume atau portfolio, maklumat dalamnya perlu dikemaskini supaya up-to-date kerana anda mesti tidak mahu berikan bakal majikan informasi lapuk dan sudah tidak releven.

Ambil masa untuk kumpulkan segala maklumat kemudian bina sebuah resume dan portfolio, bagi mereka yang tiada portfolio, kerana sehelai dokumen tersebut boleh menjadi penentu anda dipanggil ke sesi interview atau tidak.

Aktif Dalam Laman Mencari Kerja

Apabila sudah memiliki resume dan portfolio, tugasan seterusnya adalah untuk menjadi aktif di laman mencari kerja. Tentunya laman mencari kerja yang percuma dan paling banyak digunakan perekrut adalah LinkedIn.

Jadinya anda boleh bergerak aktif dalam LinkedIn dengan memuat naik resume, endorsement post, buat posting atau follow page syarikat-syarikat. Ini kerana kebanyakan syarikat besar sangat aktif di LinkedIn dalam mencari calon pekerja.

Selain itu, anda juga boleh bergerak aktif di laman media sosial lain untuk meningkatkan online presense dan kredibiliti diri. Tetapi yang penting adalah anda perlu sentiasa aktif melayari portal mencari kerja seperti MySyarikat JOBS yang selalu paparkan jawatan kosong dari syarikat-syarikat di luar sana.

Buat Research Maklumat Pasaran dan Syarikat

Langkah ini mungkin adalah yang paling penting selepas membuat resume. Ini kerana rata-rata calon pekerja yang hadiri interview gagal disebabkan tidak membuat research mengenai jawatan dimohon atau berkenaan syarikat.

Bayangkan interviewer mengajukan soalan -’What do you know about this company?’- kemudian anda yang tidak membuat sebarang kajian terhadap reputasi syarikat itu pasti terpingga-pingga menjawab.

Disebabkan itu penting untuk anda buat background check terhadap syarikat yang bakal anda hadiri interview supaya anda kelihatan bersedia dan bersemangat untuk menyertai syarikat tersebut.

Persiapan Hadiri Interview

Sama seperti topik di atas anda dinasihatkan untuk membuat persiapan dari segi mental dan fizikal sebelum hadiri interview. Kebanyakan calon pekerja selalunya ‘kantoi’ ketika interview walaupun memiliki portfolio padu disebabkan tidak bersedia.

Boleh jadi calon pekerja yang hadiri interview terlalu nervous sampai gagal menjawab soalan diajukan dengan baik atau tiada persiapan rapi dan main redah sahaja sehingga gagal beri tanggapan yang baik di mata bakal majikan.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk persiapan dari pemakaian, gaya percakapan dan kemahiran berfikir sebelum menghadiri interview. Ini kerana first impression adalah sangat penting berbanding pencapaian yang ada dalam resume anda.

Cara Respond Kepada Perekrut

Perkara terakhir yang anda perlu ambil perhatian adalah cara untuk memberi respond kepada emel yang dihantar oleh perekrut. Perkara ini ramai calon terlepas pandang sehingga memberi gambaran buruk terhadap imej graduan baru.

Apabila menerima emel dan maklum balas tentang interview yang anda hadiri, tidak kira sama ada diterima kerja atau tidak, anda perlu memberi respons secara professional dengan memberi salutasi serta ucapan terima kasih.

Ingat, proses memohon kerja tidak berakhir sehingga anda memberi respons kepada emel diberikan perekrut. Dengan memberi respons secara professional mungkin hati perekrut akan terbuka untuk reconsider anda untuk jawatan lain di dalam syarikat.

Mula Mohon Kerja Dengan Mudah Bersama MySyarikat JOBS

Jika anda sudah bersedia untuk memasuki alam pekerjaan, mari cari jawatan idaman anda di MySyarikat JOBS! Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari jawatan idaman dengan mudah, semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!