Kelebihan Guna Portal Mencari Kerja Untuk Dapatkan Kerjaya Idaman

Portal mencari kerja adalah sebuah laman web atau aplikasi yang paparkan jawatan kerja kosong dan pencarian maklumat berkaitan resume. Ia diperkenalkan bagi memudahkan proses rekrut dan pengambilan pekerja oleh suatu syarikat seiring dengan peredaran zaman.

Melaluinya anda hanya perlu menghantar salinan soft-copy resume bagi jawatan yang dimohon, dan perekrut boleh menemui calon pekerja yang sesuai mengikut kriteria diperlukan di dalam satu tempat.

Berbanding cara tradisional seperti menghantar resume secara fizikal dari syarikat ke syarikat atau mencari jawatan kerja kosong di akhbar, portal mencari kerja telah memudahkan segala urusan tanpa menelan sebarang kos tambahan.

Kelebihan Portal Mencari Kerja

Tentunya kelebihan utama portal mencari kerja adalah ia mengumpulkan ratusan pembukaan kerja kosong oleh bermacam jenis syarikat dan berperingkat-peringkat jawatan dari pekerja separa masa ke pekerja tetap termasuk internship

Tetapi portal mencari kerja sebenarnya menawarkan lebih dari sekadar mengumpulkan pembukaan jawatan kerja kosong sahaja, ia juga:

1. Hantar Notifikasi Jawatan Kosong

Sebaik satu syarikat post tentang satu jawatan kosong, portal mencari kerja akan menghantar notifikasi pemberitahuan supaya anda boleh menjadi antara pemohon terawal untuk mendapatkan jawatan tersebut. Majikan juga akan dapat notifikasi sebaik calon pekerja memohon jawatan yang di post.

2. Dapat Analisis Jenis Jawatan

Kebanyakan portal mencari kerja menawarkan fungsi analisis kerjaya berdasarkan maklumat seperti kawasan tempat tinggal, jenis kemahiran, julat penawaran gaji, kelayakan dan sebagainya mengikut kriteria dipilih calon pekerja serta majikan. Ia memudahkan dan mengecilkan skop pencarian kepada jawatan lebih spesifik.

3. Platform Mencari Maklumat

Melalui portal mencari kerja, perekrut boleh mencari calon pekerja dengan lebih mudah apabila mereka dapat akses kepada resume calon mengikut keperluan tanpa perlu buat saringan besar-besaran yang menelan kos banyak. Calon pekerja juga boleh membuat perbandingan julat gaji untuk jenis jawatan yang dimohon.

4. Akses Template Resume Pekerja

Kelebihan utama ditawarkan portal-portal mencari kerja adalah fungsi generate resume dengan menyediakan templat terus untuk calon pekerja isi. Ini memudahkan calon pekerja untuk membina resume dengan pantas dan hantar terus kepada majikan tanpa perlu membuat kerja dua kali.

5. Platform Syarikat Promosikan Diri

Tidak dilupakan juga portal mencari kerja adalah platform terbaik untuk syarikat mempromosikan diri terutamanya bagi syarikat baru atau syarikat pemula. Dari sini juga syarikat boleh rekrut pekerja untuk berkembang perniagaan dan pada masa yang sama membina reputasi. Pekerja juga boleh menggunakannya untuk mempromosikan kemahiran diri.

MySyarikat JOBS – Portal Mencari Kerja Terbaik Untuk Pekerja dan Perekrut

Jadinya penting untuk semua pihak memanfaatkan pengguna portal mencari kerja bagi mendapatkan bakat yang dicari syarikat dan jawatan idaman pekerja. Kini, tidak perlu lagi pekerja atau majikan bersusah payah dan berbelanja besar untuk rekrut pekerja.

Gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja yang berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari jawatan idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Hanya perlu sign-up dengan MySyarikat JOBS, apply kerja dari ratusan jawatan kosong yang ditawarkan pada platform dan dapatkan kerja idaman tanpa perlu bersusah payah.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!