Kenal Pasti Pekerja Yang “Green Flag” Untuk Company Anda
Proses pengambilan kerja (hiring) perlukan penelitian dalam menilai setiap calon demi memastikan pekerja yang berkualiti. Terdapat pelbagai strategi dan cara yang boleh digunakan pegawai sumber manusia (HR) untuk menapis calon-calon dengan sebaiknya.
Dengan perkembangan teknologi terkini, pegawai HR memiliki tools yang boleh bantu menapis calon-calon pekerja berdasarkan keperluan syarikat terutamanya untuk tingaktkan produktiviti.
Mahupun begitu, tidak semua aspek calon boleh ditapis dan dikenal pasti menggunakan tools dan memerlukan penilaian dari mata manusia sendiri. Tetapi bagaimana nak kenal pastinya?
1. Skill Komunikasi Tinggi
Kemahiran berkomunikasi bukan sahaja tentang menyampaikan idea dengan jelas, tetapi juga menjadi pendengar yang baik. Pekerja perlu memiliki kemampuan untuk menjelaskan konsep rumit dalam bahasa mudah dan memastikan mesej diterima dengan tepat oleh pihak lain.
Kemahiran ini sangat penting dalam mengelakkan salah faham yang boleh bawa kepada konflik. Komunikasi yang berkesan juga membantu dalam membina hubungan yang kukuh dan saling mempercayai antara rakan sekerja.
2. Proaktif dan Berinisiatif (Initiator)
Pekerja berinisiatif adalah mereka yang tidak menunggu untuk diberikan tugasan. Mereka sering mencari cara untuk manyumbang kepada organisasi dengan mengenal pasti peluang untuk peningkatan. Sebagai contoh, mereka mungkin mencadangkan penyelesaian baru yang lebih efisien untuk menyelesaikan tugasan.
Selain itu, sikap proaktif mencerminkan komitmen mereka terhadap kejayaan syarikat. Pekerja seperti ini sering kali menjadi pemangkin perubahan positif dalam organisasi dan membantu syarikat untuk terus berkembang.
3. Mampu Beradaptasi dan Fleksibel
Dalam dunia yang sentiasa berubah, kebolehan untuk menyesuaikan diri adalah sangat penting. Pekerja yang pantas beradaptasi dapat adapt pada perubahan dengan tenang dan mencari jalan untuk menyesuaikan diri dalam situasi baru.
Pekerja seperti ini juga lebih cenderung untuk mengambil peluang yang mungkin diabaikan oleh orang lain dan menunjukkan kesediaan untuk mengubah cara kerja mereka demi mencapai hasil yang lebih berkualiti.
4. Berkemahiran Dalam Menyelesaikan Masalah
Pekerja yang bagus sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Mereka tidak fokus pada masalah, tetapi fokus pada cara untuk menyelesaikan masalah. Mereka juga cenderung untuk berfikir secara kritis dan kreatif, mencari penyelesaian inovatif.
Sikap ini memastikan bahawa kerja mereka sentiasa mempunyai progress dan masalah diselesaikan dengan pantas tanpa membuang masa. Oleh itu, workflow akan menjadi lebih lancar dengan setiap masalah dapat diselesaikan dengan segera.
5. Bersemangat Berpasukan (Team Player)
Kerjasama dalam pasukan adalah kunci kejayaan bagi sesebuah syarikat. Pekerja yang baik tahu bagaimana untuk bekerja dalam pasukan, menghormati opinion orang lain, dan menyumbang secara positif kepada team.
Mereka memahami bahawa kejayaan pasukan adalah keutamaan dan berusaha untuk memastikan semua anggota pasukan dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga tahu bila perlu mengambil peranan sebagai ketua dan bila perlu memberi sokongan.
6. Motivasi dan Dedikasi Tinggi (High Spirited)
Pekerja yang bermotivasi tinggi dan berdedikasi sering kali menunjukkan hasil kerja yang outstanding. Dedikasi ini bukan sahaja meningkatkan produktiviti tetapi juga memberi inspirasi kepada rakan sekerja mereka yang lain untuk turut bersemangat.
Pekerja yang bermotivasi juga cenderung untuk mengambil inisiatif dalam kerja mereka, mencari cara untuk memperbaiki prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada syarikat.
7. Mempunyai Etika Kerja yang Kuat
Pekerja dengan etika kerja yang kuat adalah aset yang berharga bagi mana-mana syarikat. Mereka jujur, boleh dipercayai, dan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik. Etika kerja yang kuat memastikan bahawa kerja mereka berkualiti dan bertangungjawab.
Mereka juga cenderung untuk mempengaruhi budaya kerja di sekeliling mereka, mewujudkan persekitaran yang positif dan berintegriti. Pekerja dengan etika kerja yang kuat sering kali menjadi contoh positif kepada rakan sekerja yang lain.
Kesimpulannya, memilih pekerja dengan ciri-ciri ‘green flag‘ ini boleh membantu syarikat untuk mencapai potensi perkembangan yang diinginkan. Ciri-ciri ini bukan sahaja memastikan produktiviti yang tinggi tetapi juga mewujudkan budaya kerja yang positif untuk semua.
Cari Kerja Idaman Anda Di MySyarikat JOBS Sekarang
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja!
Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!