Tutorial Self Market Diri Dengan Betul

Antara skill yang semua perlukan tidak kira fresh grad atau pekerja berpengalaman adalah kemahiran memasarkan diri (self marketing). Memiliki skill ini bukan sahaja dapat meningkatkan kebolehpasaran anda dalam dunia pekerjaan, malah tingkatkan kredibiliti diri sendiri.

Sama ada dalam situasi interview, menghadiri acara job fair mahupun ketika membina online present, kemahiran self marketing memainkan peranan penting untuk membezakan anda dengan calon-calon pekerja lain.

Penting Ke Belajar Cara Self Market?

Anda mungkin rasakan yang resume sahaja sudah cukup untuk bantu memasarkan diri kepada bakal majikan. Perkara ini tidak boleh dinafikan kerana langkah pertama dalam proses self marketing adalah dengan memiliki sebuah resume yang padu.

Namun, memiliki sebuah resume yang padu hanya suku sahaja daripada keseluruhan skill self marketing yang diperlukan pekerja. Hal ini kerana resume merupakan sehelai dokumen yang merumuskan pengalaman semata-mata, bukan mencerminkan kemampuan sebenar diri anda.

Oleh disebabkan itu majikan atau perekrut akan memanggil anda untuk hadiri interview bagi menilai kemampuan diri secara bersemuka. Dan bermula dari interview inilah anda perlukan skill self marketing yang power bagi membezakan diri daripada calon lain.

4 Skill Self Marketing Yang Pekerja Perlu Ada 

Perlu difahamkan bahawa tujuan utama self marketing adalah untuk membuktikan diri kepada bakal majikan yang anda merupakan pilihan terbaik untuk jawatan dimohon dan sesuai dengan agenda perkembangan syarikat.

Maka, ini adalah beberapa skill self marketing yang perlu pekerja kuasai bagi menonjolkan diri kepada majikan dan memberi tanggapan bahawa anda merupakan pilihan terbaik untuk jawatan yang dimohon.

  1. Kuasai Elevator Pitch

Untuk pengetahuan elevator pitch merupakan satu skill yang melibatkan seseorang pekerja itu  memperkenalkan diri, menyampaikan mesej dan mencipta perhubungan dengan seseorang individu lain dalam masa kurang daripada 30 saat (purata tempoh masa sebuah lif bergerak).

Dalam dunia pekerjaan elevator pitch sering digunakan pekerja untuk menyakinkan majikan tentang suatu idea dalam tempoh yang singkat. Ia juga sering digunakan oleh syarikat untuk menyakinkan pelabur untuk melabur ke dalam projek syarikat.

Kata kunci dalam elevator pitch ini adalah menyampai mesej dan menyakinkan individu lain dalam tempoh masa kurang 30 saat. Ini bermakna anda perlu kuasai 4 komponen berikut dalam menyakinkan majikan untuk ambil anda bekerja.

  1. Komponen 1 : Perkenalkan Diri
  2. Komponen 2 : Nyatakan Masalah Syarikat
  3. Komponen 3 : Nyatakan Solusi Kepada Masalah Syarikat 
  4. Komponen 4 : Pasarkan Kemahiran Diri
  1. Sentiasa Kemaskini Portfolio

Sama seperti mengemaskini resume, anda juga dinasihatkan untuk sentiasa mengemaskini portfolio. Hal ini kerana portfolio merupakan peralatan yang penting dalam personal branding dan memasarkan diri.

Terutamanya dalam industri kerja kreatif, portfolio memainkan peranan penting dalam membina first impression kepada majikan berbanding resume. Hal ini kerana majikan mahukan pekerja tunjukkan bukti hasil kerja yang pernah dilakukan sebelum ini.

Oleh itu, dalam memasarkan diri anda dinasihatkan untuk sentiasa mengemaskini segala maklumat yang diperlukan untuk memastikan diri anda kekal relevan di dalam pasaran. Anda juga boleh cipta porfolio melalui laman media sosial seperti LinkedIn.

  1. Perluaskan Networking

Seperti semua sedia maklum, networking memainkan peranan penting dalam dunia pekerjaan. Maksud networking di sini bukan hanya rakan-rakan tetapi perhubungan dengan orang-orang di dalam industri.

Terdapat banyak cara untuk kembangkan networking seperti menyertai career fair, connect  dengan rakan baru di LinkedIn dan libatkan diri dalam aktiviti sukarelawan. Pada kebanyakan kes perhubungan kerja dapat dicipta diluar situasi pejabat.

Apabila sudah memiliki networking kukuh anda akan dapat pasarkan diri dalam circle yang lebih kecil dan terjamin. Maka, ini secara tidak langsung juga dapat membuka lebih banyak peluang untuk diambil bekerja oleh orang yang anda kenal dan selesa.

  1. Sertai Program atau Kursus Latihan

Asas dalam self marketing adalah dengan membelajari skill-skill baru yang diperlukan dalam pasaran. Lebih banyak skill baru yang anda dalami, lebih besar peluang untuk diambil bekerja. Hal ini kerana majikan leih cenderung untuk memilih pekerja yang serba boleh.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk sertai program atau kursus latihan yang dapat meningkatkan skill-skill yang ada. Dapatkan sijil kemahiran dan letakkan dalam portfolio serta resume bagi meningkatkan lagi kredibiliti diri.

Tidak kira secara online atau fizikal, program-program yang disertai terdapat kelebihan masing-masing. Makin banyak skill yang anda perolehi, maka makin mudah untuk self market diri kepada majikan baru.

Masa Untuk Market Diri Dengan MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, asas kepada self marketing adalah memperkasakan diri dengan skill-skill yang diperlukan dalam pasaran kerja. Semakin banyak skill yang anda ada, lebih tinggi peluang untuk diambil bekerja.

Dalam pada itu, jika anda sedang sudah bersedia untuk market-kan diri dalam pasaran kerja kami syorkan untuk gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda! 

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!