Kenapa Background Check Penting?

Dalam membina sebuah resume akan ada satu bahagian di mana anda perlu menyenaraikan rujukan (reference). Penyenaraian reference ini mungkin sudah jadi kebiasaan namun ia sebenarnya tidak diwajibkan dalam membina resume.

Hal ini kerana pada asalnya reference diletakkan di dalam resume bagi tujuan rujukan para perekrut melakukan background check. Namun pada zaman kini bahagian reference sering ditinggalkan bagi memberi lebih banyak ruang untuk mengisi kemahiran yang ada.

Akan tetapi ini tidak bermakna anda tidak perlu memberi reference kepada perekrut untuk buat background check. Malah, sesetengah perekrut akan membuat background check pada fasa akhir pengambilan pekerja.

Fahami Asas Background Check

Selalunya perekrut dan pihak majikan akan buat background check bagi mengetahui lebih lanjut latarbelakang seseorang pekerja itu. Ia dibuat bagi membantu perekrut dan majikan untuk lebih memahami perwatakan bakal pekerja serta kesesuaian mereka bekerja dengan syarikat.

Antara sebab lain perekrut dan majikan melakukan background check adalah untuk,

  • Mengesahkan identiti pekerja
  • Mengesahkan alamat persuratan
  • Mengesahkan latarbelakang pendidikan
  • Mengesahkan sejarah pekerjaan
  • Mengesahkan rekod jenayah (jika ada)
  • Mengesahkan ketepatan dokumen
  • Mengesahkan maklumat di dalam resume

Selain daripada itu melakukan background check juga dapat membantu syarikat dalam beberapa aspek seperti,

  1. Nak Taraf Kualiti Tenaga Kerja

Bagi memastikan dinamik kerja terjamin, perekrut dan majikan perlu mengenal pasti pekerja baru yang bakal sertai syarikat. Oleh itu, background check amat penting dalam mengetahui sama ada pekerja itu boleh masuk atau tidak dengan kumpula kerja syarikat.

  1. Lindungi Reputasi Syarikat

Background check juga sangat penting dalam memastikan reputasi syarikat terjamin, contohnya jika mengambil pekerja yang mempunyai rekod jenayah ia boleh menjejaskan reputasi dan jenama perniagaan.

  1. Lindungi Pelabur dan Pelanggan

Sama seperti di atas, background check juga dapat membantu melindungi pelabur dan pelanggan syarikat daripada sebarang risiko. Tentunya syarikat tidak mahu kehilangan pelabur atau pelanggan akibat daripada mengambil pekerja dengan rekod jenayah contohnya.

  1. Elak Penipuan

Penipuan dalam pekerjaan bukan perkara baru. Dari menipu di dalam resume hingga ke interview, background check dapat bantu perekrut dan majikan mengesahkan maklumat pekerja sebelum mereka menyertai syarikat.

  1. Patuhi Perundangan  

Secara asasnya tiada perundangan di Malaysia yang menetapakan keperluan untuk lakukan background check namun ia dapat membantu syarikat patuhi keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 sebagai sebahagian daripada melindungi data pekerja.

Adakah Background Check Beri Kesan Kepada Pengambilan Pekerja?

Jawapan ringkasnya ‘YA’ background check boleh beri kesan kepada proses pengambilan pekerja. Hal ini kerana ia sudah jadi amalan di Malaysia untuk perekrut dan majikan menghubungi reference bagi mendapatkan kepastian sebelum mengambil pekerja.

Oleh sebab itu anda dinasihatkan untuk tidak menipu dalam resume atau ketika interview kerana perkara ini boleh memberi tanggapan buruk jika maklumat yang diberikan itu tidak tepat atau tidak sama dengan apa yang diisi dalam dokumen.

Jom Hadiri Interview Dan Dapatkan Kerja Dengan MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, pekerja dinasihatkan untuk tidak menipu di dalam resume atau interview semasa memohon kerja. Hal ini kerana perekrut dan majikan disarankan untuk buat background check bagi mengelakan sebarang risiko dalam proses pengambilan pekerja.

Dalam pada itu, jika anda sedang sudah bersedia untuk hadiri interview kerja kami syorkan untuk gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda! 

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!