Apa Itu Career FOMO?
Istilah FOMO (Fear Of Missing Out) merujukan kepada suatu keadaan di mana seseorang individu itu tidak mahu terlepas peluang atau maklumat terkini. Mudah kata FOMO adalah fenomena di mana individu tidak mahu ketinggalan dalam trend semasa.
Lebih-lebih lagi dalam zaman media sosial kini, ramai orang sangat cepat menerima maklumat dan berasa takut jika tidak mengikut trend yang sama dengan orang lain. Tidak kira sama ada mengenai trend kehidupan atau perhubungan, ramai yang akan cuba masuk ke trend supaya kekal relevent.
Fenomena FOMO ini juga dilihat semakin berkembang dalam kalangan fresh grad, malah ada sesetangah pekerja berpengalaman juga sudah mula berasa bimbang jika mereka tidak mengikut trend pekerjaan semasa dalam perkembangan career masing-masing.
Kenali Career FOMO
Sebenarnya, career FOMO ini boleh berlaku kepada semua pekerja tanpa mengira status sama ada yang fresh grad atau berpengalaman bekerja berpuluh tahun. Hal ini kerana setiap kali kita melihat individu lain dapat kerja yang lebih baik, kita akan berasa bimbang dan mahukan perkara yang sama.
Contoh mudah untuk menerangkan fenomena career FOMO ini adalah apabila anda lihat rakan sekerja dinaikkan pangkat, kemudian anda akan berasa kurang keyakinan diri dan mula mempersoalkan hala tuju kerjaya sendiri.
Rentetan daripada itu anda akan berasa takut ketinggalan dalam dunia pekerjaan dan memilih untuk mencari jalan yang pantas untuk dinaikkan jawatan juga, selalunya berpindah ke syarikat lain atau job hopping.
Pada dasarnya career FOMO ini merupakan suatu perkara yang positif kerana ia boleh berfungsi sebagai pendorong motivasi diri untuk lakukan yang terbaik, namun jika tidak berjaya dikawal ia boleh mendatangkan kesan emosi yang buruk.
Hal ini kerana penyebab utama kepada FOMO adalah psikologi dan emosi. Selalunya emosi manusia cenderung untuk memiliki perkara yang sama dengan apa yang dilihat pada orang lain, dan psikologi manusia pula pengaruh tingkah laku untuk mencapainya.
Tip Atasi Career FOMO
Seperti dikatakan awal lagi, career FOMO ini boleh berlaku kepada semua orang tanpa mengira status. Tetapi pada kebanyakan kes career FOMO ini sering berlaku kepada pekerja baru yang baru menyertai syarikat.
Kebiasannya, pekerja baru ini ingin menunjukkan atau membuktikan kualiti diri kepada syarikat sehingga tanpa sedar mengambil terlalu banyak tugasan diluar kemampuan diri. Ini secara tidak langsung membebankan diri sendiri sehingga menganggu psikologi dan emosi.
Oleh itu, penting sebenarnya untuk belajar cara mengatasi masalah career FOMO ini kerana jika dibiarkan ia boleh mencetus isu lain pula seperti masalah toxic di tempat kerja. Antara tip dalam mengawal career FOMO adalah,
- Cabar Diri Keluar Dari Comfort Zone
Antara punca utama kenapa career FOMO boleh mendatangkan kesan negatif kepada diri adalah kerana kita membanding-bandingkan kemampuan diri dengan orang lain, namun tidak melakukan sesuatu untuk improve diri sendiri.
Jadi cara paling mudah untuk atas career FOMO adalah dengan keluar dari comfort zone dan cuba benda baru. Ia bukan sahaja bantu perkembangan career tetapi dalam masa yang sama tinggikan keyakinan diri.
- Berhenti Bandingkan Diri di Media Sosial
Punca utama kepada masalah FOMO adalah apabila kita terlalu membanding-bandingkan pencapaian orang lain di media sosial berbanding kejayaan diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja mencipta peer pressure tetapi turut menyebabkan masalah lain seperti iri hati.
Maka, cara terbaik untuk atasi masalah career FOMO atau mana-mana perasaan takut ketinggalan dalam trend adalah dengan take a break dari media sosial dan memberi fokus kepada perkembangan mengikut tempo diri sendiri.
- Wujudkan Career Map Sendiri
Selalunya sebelum mula menceburi dunia pekerjaan, kita pasti sudah tetapkan sasaran atau matlamat (career goal) sendiri. Tujuan ia dibuat adalah untuk pastikan kita dapat lihat progress kerjaya kita dari masa ke semasa.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk buat career map yang bersesuaian dengan diri sendiri dan cuba mengikutinya. Nasihatnya di sini adalah untuk jadi fleksibel kerana ada masa career anda akan memuncak dan akan juga ada masa ia memperlahan.
- Bina Networking
Networking sangat memainkan peranan di dalam dunia pekerjaan. Memiliki networking yang baik dapat bantu anda kembangkan career dengan lebih pantas. Ia juga dapat bantu anda dalam mengurangkan career FOMO.
Hal ini kerana memiliki networking yang baik membolehkan anda untuk beri fokus kepada career goal sendiri tanpa perlu bimbang akan persaingan mahupun peer pressure kerana mereka boleh bantu tingkatkan keyakinan anda.
- Belajar Skill Baharu
Cara paling mudah untuk atas career FOMO adalah dengan libatkan diri dalam kelas-kelas kemahiran baharu yang relevant dalam alam pekerjaan zaman sekarang. Hal ini kerana skill-skill baru ini bukan sahaja tingkatkan nilai pasaran diri tetapi keyakinan juga akan bertambah.
Masalah utama kena ramai orang jatuh dalam lembah career FOMO adalah kerana mereka takut ketinggalan dalam trend baru yang sangat cepat berubah-ubah. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk bekalkan diri dengan skill in demand semasa.
Tidak Perlu FOMO Untuk Dapatkan Kerja Idaman Di MySyarikat JOBS
Kesimpulannya, career FOMO ini memiliki kelebihan tersendiri untuk pastikan pekerja kekal berdaya saing dalam pasaran kerja semasa yang pantas berubah-ubah. Namun, jika tidak berjaya dikawal perasaan itu ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada perkembangan career diri sendiri.
Jadi tidak perlu bimbang apabila lihat orang lain post kejayaan mereka di media sosial, ikut sahaja tempo diri sendiri dan berusaha improve mengikut keperluan yang diperlukan oleh pekerjaan anda sahaja.
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja!
Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!