Fahami Masalah Kesihatan Mental Yang Berlaku di Tempat Kerja
Menurut penetapan yang digariskan dalam Akta Kerja 1955, undang-undang yang mengawal selia hak bekerja di Malaysia, tempoh waktu bekerja seminggu telah dikurangkan kepada 45 jam berbanding 48 jam sebelum ini.
Pengurangan tempoh waktu bekerja ini telah dibuat selari dengan cadangan Reduction of Work Recommendation, 1962 (No,116) yang mengesyorkan setiap negara untuk peruntukan tempoh waktu bekerja seminggu kepada 45 jam.
Jadi ini bermakna tempoh waktu bekerja yang ditetapkan di Malaysia telah diubah seperti berikut,
- Pekerja tidak boleh bekerja lebih 5 jam tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit
- Pekerja tidak boleh bekerja kurang 8 jam sehari
- Pekerja tidak boleh bekerja lebih 10 jam sehari berturut-turut
- Pekerja tidak boleh bekerja lebih 45 jam seminggu
Antara sebab lain pengurangan tempoh waktu bekerja dibuat adalah untuk bantu rakyat Malaysia capai keseimbangan kerja dan kehidupan (work-life balance), memandangkan data menunjukkan rakyat negara ini paling banyak hadapi isu stress di tempat kerja.
Sebagai pengetahuan isu stress di tempat kerja merupakan salah satu gangguan masalah kesihatan mental. Hal ini kerana stress boleh menghalang produktiviti, kualiti kerja, kualiti kehidupan dan cetus gangguan mental.
Oleh itu, sebagai majikan dan pegawai HR atau pekerja penting untuk anda fahami masalah kesihatan mental di tempat kerja serta peranan masing-masing dalam membantu mencegahnya.
4 Tanda Masalah Kesihatan Mental Di Tempat Kerja
- Kelesuan (Burnout)
Topik tentang kelesuan atau burnout pernah dikongsikan sebelum ini. Ia merupakan antara masalah utama di tempat kerja yang bukan sahaja beri kesan kepada kesihatan fizikal tetapi mental jika tidak dicegah.
Ciri-ciri utama masalah burnout ini telah mula mengganggu kesihatan mental adalah,
- Rasa terbeban dengan kerja atau rakan sekerja
- Hadapai masalah gangguan tidur, makan atau kemurungan
- Keletihan melampau sehingga berlaku perubahan pada fizikal
- Penurunan Prestasi Kerja
Berlaku penurunan pada prestasi kerja juga adalah salah satu pertanda jelas masalah kesihatan mental di tempat kerja. Hal ini kerana kualiti tidak boleh diukur dengan nombor sebaliknya dari gerak kerja seseorang itu.
Ciri-ciri utama masalah penurunan prestasi mula mengganggu kesihatan mental adalah,
- Gagal untuk selesaikan tugasan ikut deadline
- Perubahan sikap dan membanding-bandingkan tugasan
- Hilang keyakinan kepada kemampuan diri
- Diskriminasi dan Toksik
Kes diskriminasi di tempat kerja juga merupakan salah satu tanda masalah kesihatan mental. Ini kerana bermula dari diskriminasi ia boleh cetus kepada masalah seperti persekitaran kerja toksik apabila berlaku ketidakpuas hatian antara satu sama lain.
Ciri utama masalah toksik mula mengganggu kesihatan mental adalah,
- Berlaku bias dan berpuak-puka
- Berlaku kes pembulian di tempat kerja
- Berlaku kes isolasi terhadap seorang pekerja dari para pekerja lain
- Hilang Motivasi Kerja
Cara paling mudah untuk kenal pasti masalah kesihatan mental di tempat kerja adalah apabila pekerja kehilangan motivasi bekerja. Sama ada disebabkan tiada prospek kerjaya atau melakukan tugasan yang berulang, ia boleh ganggu mental pekerja.
Ciri utama kehilangan motivasi kerja mula mengganggu kesihatan mental adalah,
- Bosan dengan tugasan kerja semasa
- Rasa diri tiada perkembangan kerjaya
- Tidak mahu melakukan tugasan tambahan
Cara Cegah Kesihatan Mental di Tempat Kerja
Suka diingatkan bahawa cara mencegah kesihatan mental yang dikongsikan dalam artikel ini adalah sekadar rujukan semata-mata, anda dinasihatkan untuk tidak ambilnya sebagai legal advise. Jika berlaku masalah kesihatan mental di tempat kerja anda dinasihatkan untuk berjumpa pakar kesihatan.
- Amalkan persekitaran kerja kondusif
- Fokus kepada pencegahan dari merawat
- Tinggalkan masalah kerja di tempat kerja
- Bincangkan masalah dan bebanan kerja dengan pihak majikan atau pegawai HR
- Didik pekerja tentang masalah kesihatan mental
Cari Kerja Yang Sesuai Untuk Anda Di MySyarikat JOBS
Secara amnya masalah kesihatan mental adalah perkara yang semua pihak sama ada majikan, pegawai HR dan pekerja perlu ambil maklum. Gangguan kesihatan mental ini bukan perkara main-main dan perlu dipandang serius.
Keharmonian tempat kerja bergantung kepada suasana kerja yang kondusif dan damai. Jika anda dapati berlaku masalah kesihatan mental di tempat kerja, dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan rawatan.
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja yang tidak stress dan menawarkan happy working experience kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!