Tanda-Tanda Burnout Kerja Yang Ramai Tidak Tahu

Apabila sampai satu tahap anda mungkin berasa tidak seronok lagi untuk pergi bekerja, mungkin kerana anda mahukan cabaran baru atau mungkin juga anda sebenarnya sedang stress dan mengalami masalah burnout.

Jika anda sudah berasa bosan untuk pergi kerja dan mahukan cabaran baru ia adalah satu perkara normal dan semua pekerja melalui fasa tersebut dalam kerjaya mereka. Namun, jika kerana burnout cepatlah berjumpa pakar.

Sindrom Burnout

Masalah stress di tempat kerja atau burnout ini tidak boleh diambil ringgan oleh pekerja ataupun majikan. Ini kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf burnout sebagai satu masalah kesihatan yang memudaratkan.

Secara definisi, burnout adalah keadaan di mana seseorang pekerja itu mengalami tekanan atau stress yang kronik akibat daripada tugasan kerja sehingga boleh mencetus masalah kesihatan fizikal dan mental.

Ia dipanggil sebagai sindrom kenara jika dibiarkan terlalu lama tanpa rawatan, boleh menjadi satu penyakit yang memudaratkan. Pada sesetengah kes burnout boleh menjurumus kepada kemurungan (depression) dan kematian.

Contoh kes burnout boleh dilihat pada budaya kerja di Jepun, di mana terdapat banyak kejadian pekerja meninggal dunia kerana terlalu banyak bekerja tanpa rehat. Walaupun situasi di Malaysai tidak extreme seperti di Jepun, namun ia sangat membimbangkan.

Jika anda mendapati diri terlalu stress menyiapkan dan menjalankan tugasan sehingga mengabaikan kesihatan diri, maka anda mungkin sedang alami masalah burnout dan perlu segera berjumpa dengan pakar.

Tanda-Tanda Burnout

Gejala-gejala burnout ini sebenarnya mudah untuk dikesan namun sering diabaikan boleh pekerja itu sendiri dan orang sekelilingnya. Hal ini kerana pada luaran pekerja itu mungkin nampak seperti sihat tetapi dari segi mental dan spiritual tidak.

Antara gejala-gejala anda ataupun pekerja anda mengalami burnout adalah,

  • Stress Melampau dan Hilang Semangat Kerja

Simptom utama untuk kenal pasti jika seseorang itu alami burnout adalah mereka berasa stress atau takut untuk pergi ke tempat kerja. Di sini penting untuk anda faham takut pergi ke tempat kerja bermaksud hilang semangat kerja bukan malas bekerja.

Keadaan ini boleh menyebabkan mereka yang alami burnout hadir bekerja dengan perasaan marah, tertekan dan tidak bermotivasi. Jika anda dapati terdapat simpton seperti ini mungkin anda sedang mengalami burnout dan perlu dapatkan rawatan.

  • Kelesuan Mental dan Daya Tumpuan

Apabila seseorang individu itu sudah mula tidak bersemangat untuk bekerja, ia menandakan bahawa mereka sedang alami keletihan mentah dan kelesuan daya tumpuan. Boleh dikatakan mereka seolah-olah zombie yang datang bekerja tanpa jiwa.

Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh mencetus masalah lain kepada pekerja seperti micro-sleep dan ketidak tumpuan persekitaran. Pada sesetengah kes ia boleh menyebabkan kematian mental seperti apa yang berlaku di Jepun.

  • Gangguan Emosi dan Mood

Dengan keadaan mental yang tidak stabil, individu yang alami burnout juga gagal untuk mengawal emosi mereka dan seterusnya boleh menjerumus ke arah depression. Apabila sudah terjadi depression ia mungkin sudah terlambat untuk berubah.

Jadinya jika anda perasan mengalami perubahan emosi atau rakan sekerja atau pekerja di bawah anda ada masalah sama, cepat cari rawatan dan penyelesaiannya. Kebanyakan orang akan pandang remeh mood swing ini tetapi ia adalah masalah serius.

  • Kualiti Kerja Menurun Dengan Drastik

Jika ketiga-tiga point sebelum ini berfokus kepada masalah dalaman, dua dalam senarai seterusnya adalah cara untuk kenal pasti masalah burnout dari luaran. Cara paling mudah adalah dengan melihat prestasi kerja seseorang itu.

Setiap individu memiliki had kapasiti bekerja mereka sendiri tetapi apabila dipaksa untuk buat lebih kerana kejar deadline, ia boleh mengakibatkan kualiti hasil kerjanya menurun. Dan ini adalah simptom burnout luaran yang sangat jelas.

  • Konflik Dalaman Diri dan Tempat Kerja

Perhubungan pekerja di tempat kerja juga boleh menjadi indikator untuk menilai keadaan seseorang itu. Andai rakan sekerja anda alami burnout mereka akan lebih suka menyendiri atau kurang gemar untuk bersosial.

Pada sesetengah kes individu yang alami burnout mungkin ada konflik dalaman apabila mereka mempersoalkan kredibiliti diri dalam menjalankan tugas. Jika pekerja itu putuskan untuk berhenti kerja tiada masalah tetapi jika suffer in silence itu yang berbahaya.

Cara Atasi Burnout

Kini sudah tiba masa untuk anda belajar cara atasi masalah burnout di tempat kerja. Jika anda sendiri, rakan sekerja atau pekerja di bawah anda alami burnout jangan dibiarkan. Kalau sudah keterlaluan anda dinasihatkan untuk berjumpa pakar dengan segera.

Ini adalah beberapa tip dalam mengatasi masalah burnout di peringkat awal.

  • Ambil Masa Untuk Rehat dan Cuti

Jangan takut ambil masa untuk berehat dan manfaatkan feadah cuti yang ada. Anda perlu tahu kerja itu penting tetapi kesihatan diri jauh lebih utama. Apabila tidak berehat kualiti kerja akan menurun dan ia boleh menambahkan stress kepada anda.

  • Tinggalkan Masalah Kerja di Tempat Kerja

Jangan sesekali bawa masalah di tempat kerja ke luar daripada offiece. Apa yang berlaku di pejabat, habis di pejabat. Anda sepatutnya enjoy dengan kehidupan sendiri tanpa perlu fikirkan sebarang masalah apabila berada di luar pejabat.

  • Kongsikan Masalah Dengan Orang Lain

Jangan pendam masalah yang ada, kongsikan dengan orang yang anda percayai. Masalah tidak akan selesai jika ia dipendamkan sehingga menjadi barah. Ambil langkah untuk luahkan sebarang masalah dengan mereka yang dapat membantu anda.

  • Beriadah dan Bersukan

Aktiviti mengeluarkan peluh dapat bantu anda untuk menstabilkan mood dan emosi, jadi bersenam sentiasa. Dalam kesibukan menjalankan tugas penting juga untuk anda pastikan badan dan minda kekal cergas supaya dapat berfungsi di tahap terbaik.

  • Hadkan Masa Kerja

Pernah dengar orang kata kalau habis kerja pukul 6, balik terus pukul 6? Jangan sesekali cuba untuk menyiapkan tugasan melebihi kapasiti diri dan masa yang ada. Kerja yang anda tinggalkan tetap akan ada pada keesokannya.

  • Cari Punca dan Langkah Pencegahan

Perkara paling penting adalah untuk anda kenal pasti punca masalah burnout dan ambil langkah pencegahan awal. Ingat, cegah lebih baik dari merawat. Jangan biarkan dan jika sudah terlampau cari rawatan kepada masalah anda.

Kerja Bersesuaian dan Stress Free Ada di MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, jika anda rasa stress sehingga burnout cepat-cepat cari rawatannya. Jangan biarkan masalah burnout tidak dirawat sehingga mencetus masalah yang lebih besar pada kemudian hari.

Jika anda sedang mencari kerja baru atau fresh grad yang mahukan kerja stress free dan seronok, mari gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!