Tip Tulis Description Kerja: Internship

Latihan industri (internship) atau ada sesetangah panggil praktikal merupakan salah satu requirement yang perlu dilaksanakan oleh pelajar universiti untuk grad. Ia berikan pendedahan awal kepada pelajar tentang alam pekerjaan.

Melalui internship ini juga intern dapat meraih pengalaman bekerja, kenal selok-belok kerjaya dan bina skill-skill yang perlu untuk berjaya dalam alam pekerjaan. Bagi pihak majikan pula internship dapat tambah tenaga kerja muda tanpa perlu mengeluarkan belanja besar.

Ia adalah situasi win-win di mana intern dapat pendedahan awal alam pekerjaan dan majikan dapat faedah tenaga kerja untuk syarikat. Dengan ada banyak pilihan internship di pasaran, ini adalah cara menulis deskripsi untuk interns dan majikan.

Infomasi Asas Yang Perlu Ada

Sama seperti menulis sebuah resume, deskripsi kerja untuk intern juga memerlukan keyword. Hal ini kerana kebanyakan syarikat di Malaysia minta intern untuk hantar resume, jadi terdapat kebarangkalian tinggi majikan akan guna sistem ATS untuk buat saringan.

Jadi sebagai intern anda perlu tahu dan kenal pasti keyword-keyword yang penting untuk

meningkatkan kadar keberkesanan sistem ATS membaca, sementara syarikat juga perlu tahu

kata kunci yang relevan supaya sistem dapat menyaring resume dengan lebih tepat.

Antara maklumat asas yang perlu diletakkan adalah,

  • Tanggungjawab (Responsibilities)
  • Kemahiran dan Keperluan Skill (Skills dan Requirements)

Cara Tulis Description Kerja – Intern

Bagi pihak majikan yang mencari intern, bawah adalah contoh penerangan kerja yang boleh ditulis. Suka diingatkan ini adalah panduan semata-mata, anda boleh mengubahnya mengikut keperluan syarikat.

Kami mencari pelatih intern yang dinamik dan bertenaga yang ingin belajar mengenai syarikat dan selok-belok alam pekerjaan. Anda akan bekerjasama rapat dengan bahagian (bahagian yang perlukan intern) dan melakukan tugasan seperti (senaraikan tugasan yang boleh dibuat).

Untuk jawatan ini anda perlukan kemahiran berpasukan, kemahiran mendengar arahan dan sentiasa bersedia untuk bantu menyelesaikan tugasan yang diberikan supervisor. Anda juga akan terlibat untuk bantu dalam beberapa projek dan kempen syarikat.

Seterusnya, mari lihat cara tulis responsibilities dan skills kerja untuk jawatan sebagai intern.

  • Tanggungjawab (Responsibilities)
    • Menyelesaikan tugasan yang diberi supervisor atau ketua bahagian
    • Menghadiri mesyuarat dan menulis laporan minit mesyuarat
    • Melakukan penyelidikan seperti yang diarahkan
    • Mengemaskini laporan dan melaporkan masalah kepada supervisor atau ketua bahagian
    • Melibatkan diri dalam semua aktiviti, projek dan kempen syarikat
    • Membantu supervisor dalam menyelesaikan tugasan diberikan syarikat
  • Kemahiran dan Keperluan Skill (Skills dan Requirements)
    • Pelajar tahun akhir atau graduan baru
    • Pelajar dari jurusan (nyatakan jurusan yang diperlukan)
    • Tidak perlu memiliki pengalaman kerja profesional
    • Bersemangat untuk belajar benda baru dan bekerja dengan bahagian berbeza-beza dalam syarikat
    • Memiliki kemahiran berkomunikasi dan penulisan yang baik
    • Mahir menggunakan Microsoft Office 
    • Boleh muultitask
    • Mampu adaptasi kepada tekanan kerja

Cari Tempat Intern Sekarang di MySyarikat JOBS

Dalam mencari intern penting untuk majikan dan pelajar tahu akan hak masing-masing. Ini kerana intern tidak seperti pekerja lain yang berhak dilindungi oleh perundangan kerja seperti Akta Kerja 1955.

Oleh itu, sebelum mengambil intern syarikat perlu kaji dahulu keperluan dan bebanan kerja yang ada sementara pelajar pula perlu lihat jika tempat melakukan internship itu sesuai atau tidak dengan kerjaya pilihan.

Jika anda sedang mencari tempat melakukan internship kami syorkan untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!