Soalan-Soalan Interview ‘Hot’ Dan Sering Ditanya HR
Kebanyakan dari kita mesti pernah hadiri interview walaupun sekali dalam seumur hidup, bukan? Bagi yang ‘kaki lompat-lompat’ kerja pula mungkin sudah lali dengan situasi interview sampaikan ada antara mereka lebih pakar dari para perekrut sendiri.
Namun, satu perkara yang tidak boleh dinafikan walaupun untuk mereka yang memiliki banyak pengalaman hadiri interview adalah perasaan berdebar campur sedikit ketakutan semasa menjawab soalan-soalan yang ditanya perekrut.
Walaupun soalan yang ditanya itu mungkin mudah seperti ‘perkenalkan diri anda’ tetapi apabila perasaan berdebar mula menyerang diri, maka keluarlah jawapan-jawapan yang merepek! Oleh itu, artikel ini akan kumpulan beberapa soalan interview yang ‘Hot’ serta cara menjawabnya.
10 Soalan Interview ‘Hot’ dan ‘Unik’
Suka diingatkan bahawa senarai soalan-soalan dan jawapan dalam artikel ini adalah sekadar panduan semata-mata. Anda boleh mengubah suai jawapan mengikut situasi, keadaan dan apa yang dirasakan sesuai.
Tanpa membuang masa mari lihat soalan-soalan interview berikut:
- Apakah yang buatkan anda unik berbanding calon lain? (What makes you unique compare to other candidate?)
Soalan ruji yang sering ditanya oleh para perekrut kepada setiap calon pekerja ketika interview. Apabila anda diajukan soalan seperti ini jangan sesekali panik tetapi pada masa yang sama juga jangan memberi jawapan terlalu bangga diri.
Cara terbaik untuk ‘tackle’ soalan ini adalah pertama senaraikan skill yang anda ada kemudian berikan contoh atau situasi yang boleh menyokong jawapan anda. Ingat, jangan sesekali merendahkan calon lain tetapi upsale diri sendiri.
- Apakah yang mendorong anda untuk bekerja? (What motivates you?)
Jawapan kepada soalan ini tentunya adalah wang tapi dalam interview jangan pula anda mengatakannya. Para perekrut sudah tahu motivasi utama pekerja tentunya wang tetapi mereka bertanya soalan ini adalah untuk menguji anda.
Cara berbaik untuk menjawab soalan pancing ini adalah kaitkan motivasi dengan laluan kejaya idaman anda. Contohnya anda boleh katakan motivasi utama anda suatu jawatan atau kemahiran yang ada percaya boleh bantu diri berkembang.
- Apakah pencapaian terbesar anda? (What is your greatest accomplishment?)
Sepanjang jangka hayat anda pasti terdapat satu pencapaian yang dirasakan besar dan sangat bermakna kepada diri. Jangan takut untuk menceritakan pencapaian yang berjaya anda raih walaupun dirasakan tiada kaitan dengan jawatan yang dimohon.
Motif kepada soalan ini adalah para perekrut ingin melihat keyakinan diri dan cara anda membawa diri. Anda mungkin boleh pilih untuk stay humble dengan senaraikan pencapaian yang dirasakan berkaitan dengan jawatan atau ‘langgar’ dengan berikan pencapaian besar walaupun tiada kaitan.
- Bagaimanakah cara anda respond kepada tekanan dan perubahan (How do you respond to stress and changes?)
Satu lagi soalan ruji dalam interview dan anda tidak perlu panik untuk menjawabnya. Jawapan kepada soalan ini sebenarnya tiada yang betul dan tiada yang salah, segalanya terletak kepada cara anda dalam menguruskan stress diri.
Tipnya adalah anda perlu beri contoh situasi atau keadaan bagi memberikan gambaran tentang cara anda tangani stress dan perubahan. Memang pada soalan anda perkataan stress tetapi anda yang ingin menjawab tidak perlu stress juga.
- Bagaimana anda menentukan kejayaan? (How you define success?)
Pernahkah anda terfikir bagaimana cara untuk mengukur sesuatu kerjaya dalam kehidupan? Jika pernah maka anda sudah memiliki jawapan kepada persoalan interview ini! Ingat soalan seperti ini juga tiada jawapan yang tetap atau salah.
Jika anda tidak pernah terfikir cara mengukur kejayaan dalam kehidupan, anda boleh menjawab soalan ini dengan menceritakan kejayaan yang ada capai dalam bentuk yang boleh dikira seperti dalam tempoh 5 tahun lagi anda mahu jadi ketua bahagian di tempat kerja.
- Bagaimana anda menggambarkan hari yang sempurna? (How would you describe a perfect day?)
Kini kita masuk ke dalam bahagian soalan-soalan interview yang unik. Bagi menjawab soalan seperti ini anda hanya perlu bayangkan apa yang boleh membuatkan anda berasa gembira atau apakah pencapaian yang besar anda pernah dapat.
Selepas mendapat jawapan tersebut akan boleh kaitkannya dengan bagaiman perkara tersebut membantu anda jalani kehidupan seharian tatkala anda sedang alami bad day. Betul, gunakan reverse psychology untuk menceritakan bagaimana kenangan ceria anda mengubati hari duka.
- Apakah perkara yang anda kagum tentang diri sendiri? (What do you admire about yourself?)
Satu lagi soalan ‘pancing’ yang sering digunakan oleh para perekrut untuk melihat cara anda membawa diri dan keyakinan diri. Sama seperti soalan di atas tiada jawapan yang betul atau salah, semuanya terletak kepada cara anda berjaya menyakinkan diri sendiri dan perekrut.
Anda boleh senaraikan skill diri yang dirasakan unik walaupun ia tiada kena-mengena dengan jawatan yang dimohon. Tetapi adalah lebih baik jika skill tersebut berguna untuk jawatan yang dimohon kerana ia boleh meningkatkan kredibiliti diri kepada perekrut.
- Apakah inspirasi anda untuk memasuki bidang ini? (What inspired you to enter this field?)
Soalan ini famous dalam kalangan syarikat-syarikat di Barat, mereka suka menguji calon dengan bertanyakan apa yang membuatkan memutuskan untuk memasuki sesuatu bidang. Boleh jadi kerana minat atau dorongan dari ahli keluarga.
Jika anda perasan juga sebenarnya soalan ini tiada beza dengan soalan pada nombor 2 di atas, maka bagi menjawab soalan ini elakkan dari menyebut pasal wang tetapi ketengahkan topik minat atau skill yang ada.
- Bagaimana cara anda berehat? (How do you relax?)
Setiap daripada kita perlukan rehat dan masa lapang tersendiri. Objektif kepada soalan ini bukanlah untuk mengetahui apa yang ada lakukan semasa sedang berehat atau hobi anda di luar waktu kerja.
Ia mahu melihat approach yang anda ambil dalam memastikan anda berjaya dapat waktu rehat. Mungkin anda lebih mudah berehat selepas menyiapkan segala tugasan atau anda ambil masa untuk recharge sebelum menyambung sesuatu tugasan.
- Jika anda seekor haiwan, anda ingin menjadi haiwan apa? (If you were an animal, which one would you want to be?)
Apabila ditanya soalan ini anda mungkin akan berasa kelakar atau mungkin juga anda akan rasa risau. Tapi jangan bimbang apabila diajukan soalan yang ‘pelik’ seperti ini kerana ia sekadar ditanya bagi membolehkan perekrut mengenal personaliti diri.
Sekiranya anda menjawab ‘arnab’ atau ‘kancil’ ia boleh memberi bayangan bahawa anda seorang yang pasif dan lemah lembut. Sekirannya anda menjawab ‘singa’ atau ‘helang’ ia memberikan gambaran bahawa anda seorang yang agresif dan tegas.
Sudah Bersedia Untuk Interview? Jom Apply Kerja Dengan MySyarikat JOBS!
Kesimpulannya, setiap soalan-soalan interview yang diajukan tiada jawapan yang betul atau salah. Ia sekadar ditanya bagi membolehkan perekrut lebih mengenali calon pekerja. Jika anda bakal hadiri interview dalam masa terdekat ini kami sarankan untuk anda baca artikel contoh soalan interview yang pernah diterbitkan sebelum ini.
Sebaliknya, jika anda masih belum dipanggil untuk interview kami syorkan kepada anda untuk cuba MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari ekrja dan pekerja di hujung jari!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari jawatan idaman dengan mudah, semuanya dalam satu aplikasi sahaja!
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratursan perkerjaan idaman kepada ribuan bakal berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan kerjayaan idaman anda sekarang!