Perbezaan Universiti Awam dan Swasta

Antara debat paling hot dibincangkan adalah fresh grad manakah, universiti ‘awam’ atau ‘swasta’ lebih baik dan mudah dapat kerja lepas habis belajar. Pastinya setiap daripada kita anda stereotaip masing-masing apabila cakap tentang perkara ini.

Sebenarnya agak sukar untuk tentukan fresh grad dari universiti awam atau universiti swasta lagi mudah dapat kerja, kerana sistem pendidikan di Malaysia sekarang kini sudah diselaraskan dengan model kokurikulum antarabangsa untuk peringkat universiti.

Jadi bagi menjawab persoalan fresh grad manakah yang mudah dapat kerja lepas habis belajar antara universiti awam dan universiti swasta, mari ikuti kajian yang mempenagruhi faktor pekerja pada artikel ini.

Universiti Awam vs Universiti Swasta

Secara asasnya, agak sukar untuk membeza antara universiti awam dan universiti swasta kerana kedua-duanya kini menggunakan model kokurikulum pendidikan antarabangsa yang telah diselaraskan oleh kerajaan.

Kedua-dua fresh grad universiti awam dan universiti swasta ada kelebihan masing-masing dalam mendidik modal insan harapa bangsa dan negara. Untuk mengatakan salah satunya kurang baik adalah kenyataan yang salah.

Walaubagaimana pun, masih terdapat sedikit perbezaan antara universiti awam dan universiti swasta seperti,

  1. Bidang Pengajian

Bidang atau program yang ditawarkan universiti awam biasanya berdasarkan keperluan negara dan pasaran kerja semasa, sementara di universiti swasta pula ia menawarkan bidang atau program yang khusus dan spesifik.

  1. Tempoh Pengajian

Jangka masa pengajian di universiti awam biasanya lebih lama untuk ditamatkan kerana program ditawarkan lebih panjang, sementara di universiti swasta pula lebih singkat kerana bidang ditawarkan lebih pendek.

  1. Yuran Pengajian

Kos pengajian di universiti awam lebih murah kerana dibiayai pihak kerajaan berbanding universiti swasta yang dibiayai pihak swasta atau persendirian. Penanda aras kos pengajian ini sebenarnya sukar ditentukan kerana ada juga universiti swasta yang tawarkan program mahal.

  1. Bilangan Graduan

Faktor kos di atas juga boleh mempengaruhi bilangan graduan dari universiti awam dan universiti swasta. Namun, wang bukan penentu segala-galanya dalam bilangan graduan kerana penawaran bidang atau program juga perlu diambil kira.

Faktor Pengaruh Peluang Pekerjaan

Kini sudah tiba masa untuk mendalami faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang majikan itu dalam memilih pekerja. Tentunya, majikan juga ada universiti favourite mereka sendiri kerana faktor alumni dan sebagainya.

Namun, penting untuk anda tahu juga pengaruh peluang pekerjaan juga diukur melalui permintaan pasaran semasa. Jika pada zaman itu perlu lebih banyak graduan lepasan IT, maka majikan akan ambil mereka yang pakar IT.

Antara faktor lain yang pengaruhi majikan dalam mengambil fresh grad adalah,

  • Kemahiran dan Pengalaman

Seperti yang dikata atas faktor utama yang mempengaruhi keputusan majikan dalam memilih pekerja adalah kemahiran. Jika syarikat perlukan ramai pakar IT maka majikan akan cari graduan berkemahiran IT.

Selain itu, pengalaman juga menjadi penanda aras dalam pengambilan pekerja oleh majikan. Jika sesuatu universiti itu lebih banyak amalkan ‘do’ berbanding ‘learn’ jadi ramai graduannya memiliki pendedahan dan mengasas kemahiran.

  • Bidang Pengajian

Berdasarkan permintaan pasaran, majikan akan membuat keputusan mengikut bidang pengajian yang berkaitan rapat dengan kemahiran yang diperlukan. Sebab itu penting untuk pilih course yang betul semasa di peringkat universiti.

Di sini juga penting untuk diambil kira berkenaan persaingan kerana memiliki terlalu ramai graduan dalam bidang sama boleh meningkatkan pemilihan pekerja. Tentunya majikan mahu memilih yang terbaik daripada yang terbaik.

  • Kualiti Pengajian

Realitinya dalam pasaran kerja semasa kualiti universiti juga mempengaruhi keputusan majikan dalam mengambil pekerja bekerja. Jika universiti itu menduduki ranking tinggi maka ia beri gambaran bahawa graduannya berkualiti.

Namun, sukar sebenarnya untuk menilai kualiti kerana majikan tidak boleh memukul rata kesemua graduan dari universiti ranking tinggi itu bagus. Dalam sebakul epal mesti ada yang kecil dan kurang manis.

  • Reputasi Graduan

Mungkin antara faktor terbesar yang mempengaruhi keputusan majikan dalam mencari pekerja adalah attitude graduan universiti itu sendiri. Di Malaysia, sikap dan keperibadian memainkan peranan penting dalam membawa imej diri.

Jadi anda perlu juga ambil kira reputasi sesebuah univerisiti itu dalam judge jenis graduan dan pekerja yang bakal dihasilkan. Tetapi suka diingatkan jangan pukul rata semuanya kerana dalam sebijik durian ada rumah berbeza-beza.

Graduan Yang Tengah Cari Kerja Boleh Guna MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, sukar untuk tentukan antara universiti awam dan universiti swasta, manakah berjaya hasilkan graduan dengan daya kerja terbaik. Segalanya bergantung kepada fresh grad itu sendiri.

Adakah anda seorang fresh grad yang sedang mencari kerja? Atau anda seorang majikan yang sedang mencari pekerja?

Cepat gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!