Color Psychology Dan Resume

Setiap orang ada warna kegemaran mungkin kerana warna itu mengambarkan personaliti diri atau warna itu memiliki nilai sentimen pada sesebuah memori. Tetapi tahukah anda yang warna juga memainkan peranan penting dalam proses mencari kerja?

Jika dilihat pada sebuah resume warna adalah focal point utama yang menarik perhatian majikan dan perekrut. Dengan lambakan design template yang ada pelbagai jenis warna untuk resume, pasti menyukarkan anda buat keputusan, bukan?

Jadi perkongsian kali ini akan terangkan pasal color psychology dalam membina sebuah resume yang menarik. Apabila menggunakan warna yang betul ia dapat membantu anda menarik perhatian para interviewer.

Color Psychology

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa kebanyakan restoran guna warna merah? Atau kenapa warna biru sering kelihatan pada produk-produk perubatan?

Sebenarnya warna merupakan salah satu daripada alat komunikasi dan digunakan untuk beri isyarat bukan lisan, menerangkan mood serta menyampaikan maksud tersirat. Hal ini kerana warna boleh mempengaruhi reaksi fisiologi manusia.

Color psychology pula adalah kajian penggunaan warna yang mempengaruhi mood dan tingkah laku manusia. Lebih tepat color psychology mengkaji tindak balas emosi manusia terhadap warna dan bagaimana ia mempengaruhi keputusan fisiologi seseorang itu.

Disebebkan itu banyak jenama-jenama mengambil serius tentang pilihan warna untuk syarikat mereka. Pada sesetengah kes syarikat mempatenkan sesuatu warna bagi menghalang jenama lain daripada menggunakannya.

Color Psychology Pada Resume

Jadi untuk buatkan resume anda lebih menarik perhatian majikan atau perkrut dan outstand daripada resume-resume lain, penting untuk anda ambil masa memilih warna yang sesuai bagi mengambarkan diri.

Pemilihan warna pada resume ini sebenarnya, sebahagiannya bergantung kepada kerjaya pilihan anda. Tema warna yang dipilih mestilah seimbang dalam mengambarkan anda sebagai seorang yang profesional tetapi pada masa sama kreatif.

Elakkan daripada guna terlalu banyak warna dalam membina sebuah resume kerana objektif warna adalah untuk buat resume anda stand out, bukannya menjadi bahan laugh out load dan memeningkan ketika dibaca.

Oleh itu, penting untuk anda fahami color psychology ini dalam memilih tema warna pada resume.

  • Merah – power, passion, energy, love, excitement, anger, danger, aggression 
  • Biru – trust, loyalty, calmness, reliability, logic, coldness, emotionless, unappetizing 
  • Kuning – positivity, good energy, happiness, optimism, warmth, fear, anxiety, frustration
  • Oren – strength, courage, tenacity, confidence, ignorance, deprivation, sluggish, immature 
  • Hijau – health, nature, hope, growth, freshness, envy, boredom, blandness
  • Ungu – wisdom, wealth, imagination, spiritful, sophistication, moodiness, excess, suppression

Tip Pilih Color Untuk Resume

Kini anda sudah faham tentang color psychology, sekarang tinggal untuk pilih warna yang sesuai digunakan pada resume. Penting untuk anda tahu bahawa walaupun warna tidak boleh dibaca oleh sistem ATS, tetapi ia sangat berguna untuk menarik perhatian interviewer.

Terdapat beberapa tip yang boleh digunakan dalam memilih warna semasa membina resume antaranya,

  1. Gunakan Satu Warna Sahaja

Dalam sebuah resume yang hitam dan putih, memasukkan satu jenis warna bukan sahaja dapat tukar dinamiknya tetapi masa masa sama membuatkan ia menonjol. Penggunaan warna berlebihan boleh nampak serabut di mata.

  1. Piliah Gabungan Warna Bersesuaian

Tidak salah untuk gunakan lebih daripada 2 warna dalam resume asalkan ia dapat blend dengan baik dengan warna utama. Jika anda berjaya menggabungkan 2 warna, ia akan mengambarkan anda sebagai seorang yang kreatif.

  1. Pastikan Warna Dipilih Mudah Dibaca

Warna-warna seperti kuning, oren dan merah mungkin cantik untuk digunakan pada header resume, namun sangat tidak sesuai digunakan pada bahagian konteks. Gunakan warna mudah dibaca pada tulisan seperti hitam atau kelabu.

  1. Jangan Abaikan  Konteks Demi Estetika

Dalam menjadikan resume anda ada nilai estetika melalui pemilihan warna, anda tidak sepatutnya korbankan konteks yang menjadi tujuan utama dalam sesebuah resume. Pemilihan warna penting tetapi apa yang anda masukan dalam resume lagi penting.

  1. Guna Primary atau Secondary Color

Bagi yang tidak buka warna anda mungkin tahu terdapat pelbagai jenis warna yang ada dalam dunia ini. Tetapi anda juga dinasihatkan untuk pilih warna utama atau warna sekunder yang lebih general bagi memudahkan proses pembacaan.

Hantar Resume Anda Untuk Cari Kerja di MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, jangan dipandang remek pemilihan warna pada resume kerana warna juga boleh bantu anda untuk score ke peringkat interview. Harapnya tip yang diberikan ini dapat bantu anda dalam proses membina resume.

Jika anda sudah memiliki resume, jom mula memohon kerja dengan gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!