Kenapa Fresh Grad Susah Dapat Kerja?

Apabila sebut pasal fresh grad anda mungkin akan terbayang individu lepasan universiti yang memiliki potensi dan menjadi harapan bangsa serta negara. Tetapi jika anda seorang majikan pula mungkin lihat fresh grad dengan perasaan bercampur.

Memang tidak boleh dinafikan sejak kebelakangan ini banyak kes fresh grad menganggur atau susah cari kerja kerana majikan lebih suka untuk ambil pekerja yang sudah lama dalam industri. Persoalannya kenapa majikan enggan ambil fresh grad bekerja?

Antara faktor utama kenapa majikan enggan ambil fresh grad bekerja adalah kerana mereka kekurangan pengalaman dan dicop terlalu ‘demand’. Adakah benar kenyataan ini? Mari ikuti perkongsian artikel ini dalam membincangkan punca fresh grad susah dapat kerja.

Betul Ke Fresh Grad Terlalu ‘Demand’?

Secara amnya, kebanyakan fresh grad masa kini terlalu demand namun bukan kesemua seperti itu. Peningkatan kos sara hidup serta perubahan zaman yang menyaksikan lebih ramai orang sedar dengan kelebihan diri mungkin menjadi punca fresh grad lebih demand.

Di sini sebenarnya tidak salah untuk fresh grad jadi demand jika mereka percaya dengan kemampuan diri, namun yang salah adalah bila terlalu demand sehingga tidak masuk akal sedangkan mereka tiada pengalaman untuk menyokong kemampuan diri itu.

Ini belum lagi ditambah dengan attitude segelintir fresh grad yang memang ke laut sehingga membuatkan para majikan memukul rata untuk semua lepasan universiti. Lebih-lebih lagi dalam era online ini lagi mudah untuk mengesan attitude seseorang itu melalui cara posting-nya.

Berbalik semula ke tajuk asal, ini adalah beberapa punca kenapa fresh grad susah untuk dapat kerja. Jika anda dapati punca tersebut ada pada anda, mungkin sudah tiba masanya untuk ambil pendekatan untuk memperbaiki diri.

  1. Permintaan Gaji Tidak Masuk Akal

Kebanyakan fresh grad masa kini demand gaji yang terlalu tinggi, tidak realistik dan tidak masuk akal. Tolak dulu soal peningkatan kos sara hidup, dalam dunia pekerjaan pengalaman adalah benda pertama yang dilihat sebelum kemahiran dan pencapaian.

Bayangkan anda sebagai fresh grad minta gaji tahap manager sedangkan tiada pengalaman dalam pengurusan langsung, tetapi individu yang ada pengalaman manager pula minta gaji yang lebih setimpal.

Maka, secara realistiknya majikan akan pilih pekerja yang terbukti berpengalaman serta dalam julat gaji setimpal berbanding mereka yang langsung tiada pengalaman dan terlalu berisiko kepada syarikat. 

  1. Lemah Dalam Komunikasi

Selain daripada minta gaji tidak masak akal, masalah utama lain yang dihadapi majikan dalam mengambil fresh grad adalah kelemahan mereka dalam berkomunikasi. Anda mungkin terbayang dekat universiti selalu buat presentation tak akan ada masalah komunikasi pula?

Sebenarnya, konteks komunikasi ini bukan hanya diukur tentang cara pembawakan diri tetapi turut dinilai melalui cara berinteraksi dengan orang lain. Masalah utama fresh grad yang tidak mahir bertutur bahasa korporat menyukarkan mereka untuk yakinkan majikan.

Contoh mudah kelemahan fresh grad dalam berkomunikasi adalah ketika berada dalam interview. Selalunya, dalam perekrut bukan sahaja nilai cara bercakap tetapi lenggok badan dan komunikasi bukan lisan lain seperti pandangan dan cara berfikir.

  1. Terlalu Memilih Laluan Kerjaya

Antara masalah besar fresh grad adalah mereka mahu bekerja dalam bidang sama dengan apa yang mereka belajar. Mentaliti fresh grad menetapkan kalau sudah bertahun belajar dan habiskan duit dalam bidang tersebut, maka kerja juga perlu dalam bidang itu.

Walaupun tiada salahnya pada mentaliti tersebut tetapi sebagai fresh grad anda tidak seharusnya terlalu memilih dalam kerjaya. Ramai yang sangkut kerana tolak tawaran kerja bagi menantikan tawaran yang sama dalam bidang mereka belajar.

Mudah kata sebenarnya fresh grad tidak mahu mula dari zero dan sanggup tunggu tawaran yang sama dalam bidang dimahukan, seterusnya menghalang perkembangan pekerja untuk perolehi kemahiran baru dan pengalaman kerja.

  1. Kurang Pengalaman dan Masalah Attitude

Tentunya majikan lebih memilih pekerja berpengalaman bagi kurangkan risiko dari fresh grad yang hampir langsung tiada pengalaman dan berisiko tinggalkan syarikat untuk jangka pendek.

Masalah attitude juga jadi punca majikan enggan ambil fresh grad kerana sikap memainkan peranan penting apabila bekerja dalam satu kumpulan. Jika attitude out, ia boleh beri gambaran bagaimana hasil kerja seseorang itu.

Jadi fresh grad perlu perbetulkan attitude dengan dalami cara bertutur secara profesional dan amalkan sikap rendah diri. Tidak kira walau yakin macam mana sekali pun terhadap kemampuan diri fresh grad masih zero dimata majikan.

  1. Kemahiran Personal Branding Yang Lemah

Personal branding adalah perkara paling penting kepada seseorang individu dalam mencari kerja. Ia merangkumi segala aspek seperti resume, curriculum vitae (CV), cara menjawab soalan interview dan attitude.

Sayangnya, fresh grad tiada kemahiran bina personal branding yang baik. Suka diingatkan personal branding dan online presence adalah 2 benda berbeza. Post gambar pada media sosial adalah online presence tetapi bina networking pada media sosial adalah personal branding.

Amalkan networking pada media sosial dengan paparkan pencapaian diri atau kerjayaan yang boleh menyokong portfolio pekerjaan, bukan hanya post  gambar bercuti semata-mata. Ingat majikan kini juga menggunakan sosial media untuk nilai pekerja.

  1. Sia-Sia Peluang dan Inisiatif Yang Ada

Zaman kini banyak inisiatif yang diberikan kerajaan dalam mengurangkan jumlah pengangguran dalam negara. Inisiatif-inisiati ini telah diusahakan dengan pelbagai syarikat besar sehingga kecil-sederhana.

Namun, kebanyakan fresh grad sia-siakan peluang yang ada kerana mungkin tawaran gaji yang rendah atau jauh dari bidang yang dipelajari. Tidak dilupakan juga faktor terlalu memilih syarikat dan hype inisiatif juga jadi penanda aras bagi fresh grad untuk memohon.

Ini sebenarnya berbalik kepada attitude fresh grad itu sendiri sama ada mahu atau tidak. Ada sesetengah yang bergantung kepada ‘cable’ berbanding berusaha dengan sendiri untuk mendapatkan kerjaya yang dimahukan.

Jangan Sia-Siakan Lagi Peluang, Guna MySyarikat JOBS Sekarang!

Kesimpulannya, terdapat banyak punca mengapa ramai fresh grad sudah untuk dapat kerja dan menganggur. Tetapi punca paling besar mungkin adalah kerana fresh grad gagal memanfaatkan peluang yang ada dalam secure kerja.

Jadi mari grab peluang pekerjaan yang ada dengan gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!