Kerja-Kerja Yang Sesuai Untuk Introvert

Individu introvert adalah mereka yang ada personaliti diri berfokuskan kepada pemikiran dan perasaan dalaman berbanding apa yang terjadi di luaran. Kebiasaannya individu introvert lebih suka luangkan masa bersendirian atau bersosial kurang dari 2 orang kawan.

Sinomimnya individu introvert akan dikaitkan dengan seseorang yang pemalu, pendiam dan suka menyendiri. Malah, stereotaip masyarakat akan cop mereka susah untuk mendapat kerja kerana tiada kemahiran berkomunikasi dan bersosial tinggi.

Tanggapan ini sebenarnya salah sama sekali kerana walaupun kebanyakan kerja perlukan daya komunikasi dan interaksi sosial yang tinggi, tetapi masih ada kerjaya di luar sana yang sesuai dengan keperluan individu introvert.

Introvert dan Dunia Pekerjaan

Sebenarnya tidak sukar untuk mencari kerja walaupun anda seorang introvert. Hal ini kerana zaman digital kini lebih banyak melibatkan interaksi online dan kebanyakan kerja sekarang juga tawarkan remote working.

Walaupun setiap personaliti introvert berbeza-beza, kes sama juga untuk extrovert, penting untuk mencari kerja yang dekat di hati dan kena dengan minat. Tolak tetapi dulu interaksi, seorang introvert juga boleh bekerja dalam laluan career orang extrovert jika ada minat.

Jadi senarai-senarai kerja dalam artikel ini adalah sekadar rujukan atas kajian yang dibuat. Ini tidak bermakna anda perlu ikut seratus peratus jika anda tidak berminat dalam bidang yang dinyatakan. Keputusan di tangan anda!

Kerjaya-Kerjaya Yang Sesuai Untuk Introvert

Ini adalah senarai beberapa kerjaya yang sesuai untuk individu-individu introvert.

  1. Akauntan atau Auditor

Pertama dalam senarai adalah kerjaya melibatkan pengiraan dan pengurusan dana yang perlukan kemahiran matemetik berbanding komunikasi. Jika anda menyukai nombor, cekap menganalisis dan mahir mengurus kewangan maka kerjaya ini sesuai untuk anda. Tidak dilupakan juga gaji yang ditawarkan untuk kerja ini tinggi!  

  1. Artkitek 

Kerjaya ini melibatkan perancangan dan reka bentuk bangunan dari rumah ke pejabat. Ia tidak memerlukan skill interaksi tinggi dalam kalangan pekerja dan sesuai untuk anda yang minat mereka bentuk dan melukis. Jika anda teringin pakai topi putih dan buat site visit mungkin boleh pertimbangkan kerja ini.

  1. Content Writer atau Editor

Laluan kerjaya ini melibatkan kerja belakang tabir dan hampir langsung tidak memerlukan interaksi dalam menjalankan tugasannya. Paling banyak anda mungkin perlu berjumpa dengan seorang atau dua individu untuk interview sahaja. Jika anda seorang introvert yang suka membaca dan menulis, kerjaya ini adalah pilihan terbaik.

  1. Digital Marketer

Berbekalkan marketing tool yang boleh didapati secara online dan percuma, ramai introvert kini beralih ke dalam bidang pemasaran yang luas dan versatile. Kerjaya ini melibatkan penciptan kandungan sehingga meningkatkan kesedaran jenama (brand awareness) yang boleh dibuat dari rumah sahaja.

  1. Graphic Designer

Jika anda seorang yang kreatif dan cekap menggunakan perisian reka bentuk komputer, maka kerjaya ini sangat sesuai untuk anda. Jumlah pendapatan sebagai graphic designer juga ‘masyuk’. Bagi yang introvert pula anda tidak perlu risau berinteraksi dengan orang lain kerana kebanyakannya dalam bentul digital.

  1. IT 

Sebuah bidang yang luas tetapi merangkumi dunia digital yang versatile. Laluan kerjaya IT merangkumi dati sata saintis ke cybersecurity yang melibatkan interaksi yang minimum. Jika anda cekap dan tech savy maka kerjaya ini adalah pilihan terbaik. Tidak dilupakan juga kebanyakan billionaire adalah dalam kalangan orang-orang IT.

  1. Pelukis Kandungan

Sama seperti content writer, kerjaya ini sangat sesuai untuk mereka yang introvert tetapi memberi pulangan pendapatan yang besar. Skop pelukis kandungan ini juga luas tidak hanya terhad kepada melukis komik sahaja. Jika anda mahir melukis namun cekap komputer untuk jadi graphic designer, maka ini kerjaya yang paling sesuai.

  1. Pilot

Kerjaya yang melibatkan anda berada di udara sekurang-kurangnya 12 jam ini sangat minimum interaksi sosialnya dan sangat sesuai untuk mereka yang introvert. Mungkin antara kerjaya dengan jumlah pendapatan tertinggi dalam senarai ini dan memerlukan skill penerangan yang agak mahal.

  1. Photographer

Anda suka ambil gambar tetapi pemalu? Macam mana pula kalau anda ambil gambar dan orang akan bayar anda? Ini adalah kerjaya idaman para introvert dengan jumlah interaksi yang minimum tetapi dibayar sangat tinggi. Bergantung kepada caj yang anda tetapkan jumlah pendapatan yang boleh diterima pada satu sesi sehingga RM2,500.

  1. Software Developer

Untuk kerjaya ini anda perlukan kemahiran komputer dan programming yang tinggi berbanding skill sosial. Laluan kerjaya ini merangkumi membina website sehingga ke aplikasi. Dengan banyak syarikat mula beralih ke arah digital tidak hairan makin ramai permintaan untuk software developer. Tidak dilupakan juga kerjaya ini antara yang paling mendapat permintaan tinggi.

Cari Kerja Mesra Introvert di MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, banyak kerjaya yang sesuai untuk orang introvert pada zaman sekarang ini. Stereotaip masyarakat yang mengatakan introvert sukar mendapat kerja boleh dianggap sudah tidak releven lagi. Introvert atau tidak jika sudah ditetap itu rezeki anda maka tidak salah untuk membuatnya.

Dalam pada itu, jika anda seorang introvert dan sedang mencari kerja yang sesuai dengan personaliti anda mari gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!