Tip Hadapi Bos Micromanage

Realiti semua pekerja harapkan adalah untuk dapat seorang boss yang cool, tenang dan beri kebebasan di tempat kerja. Namun, sayangnya sesetengah boss tanpa sedar mengawal setiap gerak-geri pekerjanya sehingga cetus perasaan tidak selesa.

Jika anda berada di situasi mana boss mengawasi setiap gerak-geri, mahukan update sepanjang masa dan buat keputusan tanpa dengar cadangan, maka anda mungkin sedang berhadapan dengan seorang micromanager.

Apa Indikator Micromanage?

Istilah micromanage ini sebenarnya merujuk kepada gaya kepimpinan (leadership) yang menyaksikan seorang ketua mengambil bahagian atau melibatkan diri dalam setiap peringkat tugasan yang diagihkan kepada pasukannya.

Orang yang memiliki sifat micromanage selalunya pentingkan kesempurnaan dan kelancaran kerja. Walaupun ia dapat bantu pasukannya bergerak lebih progresif dalam jangka pendek, tetapi ia boleh mendatangkan lebih banyak keburukan untuk jangka panjang. 

Kata kunci untuk micromanage ini adalah ‘control excessively’ atau dalam bahasa Malaysia pengawalan berlebihan. Bahasa mudahnya orang bersifat micromanage ini membuatkan orang lain rasa lemas dan memiliki ciri kepimpinan autoritarian.

Mereka mahukan orang lain ikuti cara mereka melakukan sesuatu kerja, ikuti arahan yang diberikan tanpa sebarang persoalan, sentiasa mahu kemaskini tugasan yang diberikan ahlinya dan sebarang keputusan yang dibuat mereka adalah muktamad.

Antara indikator jika seseorang itu memiliki sifat micromanage adalah,

  • Mereka perlu tahu segala-galanya dari A sampai Z
  • Mereka enggan agihkan tugasan secara adil (bias)
  • Mereka perlu dikemaskini sepanjang masa secara berlebihan
  • Mereka buat keputusan tanpa dengar cadangan orang lain
  • Mereka tentukan cara tugasan perlu dilakukan mengikut kehendak mereka
  • Mereka cenderung untuk buat tugasan dengan sendiri jika tidak berpuas hati dengan hasil kerja orang lain
  • Mereka memilik masalah mempercayai orang lain dan berasa was-was dengan kemampuan orang lain

Kenapa Boleh Jadi Micromanage?

Sebenarnya memiliki sifat micromanage ini tidak salah, lebih-lebih lagi bagi seorang ketua kerana ciri autoritarian diperlukan bagi mengekalkan aturan dalam kerja berpasukan. Malah, boss yang micromanage juga selalunya ada niat baik dan mahukan yang terbaik daripada pekerjanya.

Seseorang yang ada sifat micromanage mungkin berpandangan bahawa mereka dapat melakukan tugasan lebih efektif berbanding orang dan tiada orang yang lebih memahami kerja tersebut berbanding diri mereka sendiri.

Ia bukan melibatkan kes orang micromanage ini ada trust issues atau tidak, tetapi lebih kepada mereka lebih yakin dengan kemampuan diri sendiri dalam menjayakan tugasan yang diberikan. Kepercayaan kepada orang lain jatuh di tempat kedua.

Jika anda dapati berkerja dengan orang micromanage cuba fahami dan berbincang dengannya. Selalunya orang micromanage ini tahu apa yang berlaku di persekitaran mereka cuma perlu ‘disedarkan’ sahaja.

Pada sesetangah kes pula orang micromanage ini juga boleh terjadi disebabkan mereka tiada keyakinan terhadap sifat kepimpinan diri. Jadi bagi menebus kelemahan yang ada pada diri mereka menjadi micromanage untuk rasakan diri lebih function dan perform.

Cara Hadapai Orang Micromanage

Apabila dibiarkan micromanage di tempat kerja, ia bukan sahaja mencetus perasaan tidak selesa atau lemas dalam kalangan pasukan tetapi pada masa yang sama boleh mengakibatkan ramai pekerja berhenti kerja.

Jadi tanpa mengira sama ada orang micromanage itu boss anda atau rakan sekerja, ada caranya dalam berurusan dengan mereka. Penting untuk anda tahu bahawa dalam memadamkan api jangan sesekali curahkan lagi minyak.

Antara cara dalam menghadapi boss atau ketua, malah rakan sekerja yang micromanage adalah,

  1. Berbincang dan Berkomunikasi Secara Profesional

Dalam berurusan dengan orang micromanage anda perlu adakan meeting secara profesional untuk berbincang dan fahami sebab kenapa mereka berlaku seperti itu. Amalkan cara komunikasi yang positif dalam address masalah micromanage tersebut.

Sebagai majikan pula anda dinasihatkan untuk mendengar pandangan dan ambil kritikan membangun yang diberi pekerja. Jika anda mahu pekerja ikut cara anda, anda juga perlu dengar cadangan mereka! 

  1. Ambil Langkah Penyelesaian

Bagi pekerja yang menghadapi situasi micromanage ambil langkah penyelesaian seperti menyelesaikan tugasan sebelum dateline atau berjumpa dan luahkan ketidakpuas hatian dengan majikan.

Majikan juga perlu memainkan peranan dalam mencari solusi bagi mengurangkan micromanage. Ambil pendekatan mudah seperti berikan tugasan yang ringan dan berperingkat berikan tugasan berat untuk melihat kemampuan pekerja.

  1. Tunjukkan Prestasi Kerja Memuaskan

Pepatah Inggeris berkata – fighting fire with fire, di mana pekerja boleh cuba menyelesaikan tugasan sebelum sempat orang micromanage meminta kemaskini. Dengan cara ini juga dapat meningkatkan kepercayaan kepada boss.

Pihak majikan juga mestilah jangan berkeras kepala dan mengiktiraf pencapaian pekerja. Mengakui kerjayaan atau pencapaian pekerja dapat merendahkan perasaan micromanage dalam diri dan buatkan orang lain lebih selesa. 

  1. Amalkan Kepercayaan dan Semangat Berpasukan

Apabila bekerja dalam sesebuah organisasi penting untuk anda amalkan semangat berpasukan, dan melalui penerapan ini boleh terciptanya hubungan kepercayaan di antara satu sama lain terutamanya dalam menjalankan tugasan.

Di sini pihak atas terutamanya pegawai sumber manusia (HR) perlu memainkan peranan penting dalam memupuk semangat berpasukan dalam budaya kerja syarikat. Nilai kepercayaan dan kesetiaan akan menyusul jika semangat berpasukan tinggi!

  1. Tetapkan Sasaran

Langkah paling mudah dalam berurusan dengan orang micromanage adalah memahami kehendak dan sasaran ditetapkan. Selepas itu anda boleh berusaha mencapai sasaran yang ditetapkan tersebut.

Selalunya dalam setiap tugasan pasti ada end goal yang ditetapkan, maka cuba selarikannya dengan ketua anda dan berusaha mencapai sasaran tersebut. Boss pasti tiada masalah kalau anda selalu perform!

  1. Minta Diberi Ruang dan Peluang

Nasihat kepada anda sebagai boss atau pekerja adalah untuk sentiasa berikan ruang dan peluang. Ini termasuk beri ruang dan peluang untuk melakukan kesilapan kemudian memperbaikinya.

Seorang ketua yang baik akan menerima segala kekurangan diri atau pasukannya, dan berusaha bersama-sama memperbaiki diri ke arah lebih baik. Bak kata orang Inggeris – don’t be too hard on yourself!

Cari Majikan Yang Sesuai di MySyarikat JOBS

Suka diingatkan sekali lagi bahawa tiada salah dalam menjadi seorang micromanage tetapi anda perlu berpada-pada. Jika pasukan anda gembira bekerja dengan anda pasti tugasan tersebut akan dapat disiapkan dengan lebih pantas. 

Adakah anda sedang mencari pasukan atau syarikat bagus untuk bekerja? Sudah tiba masa untuk gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!