Perlu Ke Ada 2 Kerja?
Berdasarkan keadaan ekonomi semasa, harga barangan dilihat terus meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Perkara ini secara tidak langsung mewujudkan satu cabaran baru bagi rakyat Malaysia terutamanya yang baru mula bekerja.
Oleh itu, tidak hairan ramai orang memilih untuk lakukan 2 kerja dalam satu masa bagi menampung kos kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menetap di kawasan bandar berpopulasi tinggi.
Persoalaan yang kian muncul atas hal ini adalah, adakah perlu bagi kita untuk bekerja dua kerja? Semestinya, perkara ini mempunyai punca dan sebab yang mendorong individu untuk push diri mereka untuk bekerja lebih dari yang sepatutnya.
Sebab Ada 2 Kerja
1. Menambah pendapatan
Punca utama untuk mencari 2 kerja adalah atas sebab mencari pendapatan yang lebih. Ini lebih benar untuk mereka yang berada di kawasan bandar kerana hendak menampung perbelanjaan kehidupan yang makin hari makin mahal.
Tambahan lagi, household yang bergantung kepada seorang sahaja untuk mencari pendapatan keluarga juga sering menggunakan jalan ini. Dengan adanya 2 pekerjaan bermakna mereka boleh hidup seperti mempunyai 2 sumber pendapatan.
Maka, salah seorang daripada mereka boleh menguruskan hal rumah dan menjaga anak-anak tanpa merisaukan hal kewangan. Seperti yang kita tahu, perbelanjaan untuk kehidupan berkahwin sangat lah keras tetapi penjagaan anak juga perlu dipentingkan.
2. Mengurangkan Beban Hutang
Ramai yang mencari 2 sumber pendapatan kerana mempunyai hutang untuk diselesaikan. Hutang seperti bayaran bulanan atau commitment peribadi sudah menelan jumlah yang besar dari pendapatan utama.
Maka, mencari kerja ke 2 adalah antara penyelesaian logical untuk memastikan hutang boleh dibayar tepat pada waktunya. Ini juga termasuk bayaran hutang seperti hutang kereta, motor dan rumah.
Cara ini paling berkesan demi mengelakkan kereta, motor dan rumah yang dimiliki tidak disita oleh bank. Oleh sebab itu, ramai yang tidak mempunyai cara lain memilih untuk korbankan masa dan tenaga mereka demi menyelesaikan hutang.
3. Mengasah Kemahiran
Antara perkara yang sering orang tidak diketahui adalah sesetengah individu memilih untuk melakukan 2 kerja untuk mengasah kemahiran dalam salah satu pekerjaan itu. Hal ini adalah kerana untuk membuat penyediaan sebelum menukar career.
Misalnya individu yang melakukan pekerjaan seperti menjadi talent di media sosial atau menubuhkan syarikat production sendiri. Disebabkan pekerjaan ini memerlukan masa untuk berlatih dan belajar, mereka memilih untuk menjadikannya sebagai pekerjaan ke 2 dahulu.
Bila masanya sudah tiba, individu seperti mereka ini akan beranjak ke pekerjaan yang seterusnya setelah yakin dan sedia untuk melakukan perubahan. Maka, mereka akan mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk standard pekerjaan itu.
Kesan Mempunyai 2 Kerja
Kekurangan Masa
Kekurangan masa dalam konteks ini adalah mengenai masa bersama keluarga dan masa untuk diri sendiri. Tugasan kerja memerlukan masa yang banyak contohnya, kerja office mengambil masa sekurangnya 8 jam sehari.
Ini tidak termasuk masa yang diperlukan untuk balik ke rumah dan masa untuk rehat. Pada akhirnya, masa untuk keluarga menjadi kurang dan tidak berkesempatan untuk meluangkan masa bersama.
Tambahan lagi, individu yang mempunyai 2 pekerjaan akan lebih merasai cabaran ini kerana masa yang diluangkan untuk menyelesaikan tugasan akan berganda. Sebagai seorang pekerja, kita perlu fikir masak-masak atas masalah ini sebelum membuat keputusan.
Kepenatan berterusan
Secara logik, semakin banyak masa yang dihabiskan bekerja, semakin penat badan kita. Atas sebab ini, kesihatan boleh terjejas dan mendatangkan pelbagai penyakit. Secara longterm tabiat ini adalah sangat berbahaya.
Tambahan lagi, melakukan secara berterusan tanpa rehat boleh menyebabkan kita “passed out” ketika bekerja. Bukan sahaja kita telah memudaratkan diri, malah kita menambah beban kepada orang disekeliing.
Dengan itu, kita dinasihatkan untuk bekerja mengikut kemampuan dan tidak memaksa diri untuk menjalankan kerja tanpa henti. Ingatlah bahawa kesihatan tubuh badan adalah lebih penting daripada pekerjaan.
Cari Kerja Sesuai Yang Tawarkan Gaji Ikut Kemahuan Anda Di MySyarikat JOBS
Kesimpulannya, keputusan untuk mempunyai dua pekerjaan adalah sesuatu yang sukar dan memerlukan pertimbangan yang teliti. Pendapatan tambahan, mengurangkan beban hutang dan peluang untuk mengasah kemahiran adalah antara sebab utama yang menarik, namun keburukan dari segi kekurangan masa dan kepenatan berterusan adalah aspek yang tidak boleh dipandang ringan.
Bagi yang tengah cari kerja boleh gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!