Boleh ke Belajar Course Lain Tapi Kerja Bidang Lain?

Mencari kerja adalah satu cabaran yang perlu dihadapi setiap fresh grad lepasan universiti (fresh grad). Antara cabaran yang perlu dihadapi adalah mencari kerja yang sesuai dan selaras dengan kursus yang dipelajari.   

Mahupun begitu, terdapat sesetengah fresh grad yang memilih untuk menceburi alam pekerjaan dalam bidang kerja yang tiada kaitan dengan kursus pelajari. Hal ini berpunca daripada peningkatan daya saing yang kuat dalam arena pekerjaan dan pembelajaran.

Maka, bagi fresh grad yang kurang bernasib baik pula mereka perlu membina kerjaya dengan ceburkan diri dalam dunia yang berbeza. Persoalannya, wajarkah tindakan ini dan bagaimana fresh grad boleh menyesuaikan diri untuk perform dalam bidang berbeza? 

Cabaran Fresh Grad Menyesuaikan Diri

Cabaran utama bagi fresh grad yang memilih untuk meneruskan kerjaya dalam bidang yang berbeza daripada yang dipelajari adalah untuk menyesuaikan diri dengan perkara-perkara baru seperti lingo, budaya dan dinamik dalam sesuatu bidang itu. 

Semestinya, menyesuaikan diri dengan perkara-perkara baru akan mengambil masa yang lama untuk seseorang itu betul-betul familiar dengan bidang diceburi. Mudah kata, demi memastikan kerja yang efisien, pekerja itu perlu aware dengan konteks bidang kerja mereka. 

Memahami konteks ini dapat membantu untuk memudahkan proses pekerjaan dan melancarkan lagi workflow. Kegagalan fresh grad untuk memahami konteks ini boleh mencetus beberapa masalah seperti:

  1. Salah faham dalam berkomunikasi antara pekerja
  2. Membantutkan workflow pekerjaan
  3. Kesilapan yang boleh membawa kerugian
  4. Sukar dapat kepercayaan dari majikan
  5. Menjejaskan kesihatan mental dan fizikal
  6. Burnout dan gagal capai expectation ditetapkan

Cara Tempuhi Bidang Pekerjaan Berbeza 

Tindakan yang wajar untuk di buat adalah untuk belajar dan perlahan-lahan blend in dalam komuniti pekerjaan baharu ini. Cukuplah dengan belajar perkara asas sebagai permulaan dan rajin bergaul supaya mereka juga akan familiar dengan kita. 

Sebagai fresh grad, kita perlu buat research untuk catch up dengan pekerja lain. Siapa lagi yang akan bantu kita jika bukan diri sendiri. Bukan sahaja kita dapat membantu diri sendiri malahan membantu orang lain untuk buat kerja dengan lebih pantas dan cekap. 

Selain itu, implementasikan program mentor-mentee juga dapat membantu kita improve diri di samping belajar untuk menambah baik kualiti kerja. Ia juga secara tidak langsung dapat membina hubungan yang erat semasa bekerja. 

Salah satu aspek yang sering dilupakan dalam apa jenis bidang yang kita ceburi adalah untuk kita reflect diri. Penilaian diri yang kerap harus dipraktikkan demi mencari ruang-ruang yang perlu ditambah baik. 

Kelebihan Bekerja Bidang Lain

  1. Mendapat Perspektif Lain Dalam Hal Pekerjaan
  • Bekerja dalam bidang lain membolehkan kita melihat dan memahami cara kerja yang berbeza. Ini membantu untuk memperluaskan pemahaman dan pandangan mengenai dunia kerja secara keseluruhan.
  1. Meraih Kemahiran Baru
  • Apabila seseorang bekerja dalam bidang yang berbeza, mereka boleh meraih kemahiran dan pengetahuan baru. Ini memberi peluang untuk mengembangkan kemahiran yang mungkin tidak akan diperolehi jika bekerja hanya dalam satu bidang.
  1. Berkenalan Dengan Orang Yang Mempunyai Latar Belakang Berbeza
  • Interaksi dengan individu yang datang dari latar belakang yang berbeza boleh meningkatkan skill komunikasi dan pemahaman dengan budaya kerja yang lain. Ini juga membuka pintu untuk networking yang lebih luas.
  1. Mempunyai Pilihan Kerja Yang Lebih Banyak
  • Dengan memiliki pengalaman dalam beberapa bidang berbeza, kita boleh memiliki lebih banyak pilihan pekerjaan. Ini memperluas peluang career dan membolehkan individu mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan minat mereka.
  1. Mengajar Diri Untuk Fleksibel
  • Bekerja dalam bidang yang berbeza memerlukan fleksibiliti untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Ini dapat membantu dalam membangunkan kemampuan mengadaptasi dan ketahanan dalam menghadapi cabaran.

Kesimpulannya, janganlah berfikiran bahawa bekerja dalam bidang yang berbeza dengan kursus kita adalah satu perkara yang buruk. Ia dapat memperluaskan pengalaman dan faedah baru berbanding dengan hanya bekerja dalam satu bidang sahaja.

Jom Dapatkan Kerja Dengan MySyarikat JOBS

Dalam pada itu, jika anda sedang sudah bersedia untuk hadiri interview kerja kami syorkan untuk gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda! 

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!