Tips Elak Pekerja Cepat Berhenti

Mengikut trend semasa seorang pekerja biasanya akan kekal bekerja dengan syarikat sama sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 ke 3 tahun sebelum job hopping ke tempat baru. terutamanya dalam kalangan fresh grad yang mahukan fast lane dalam bina career.

Kalau diikutkan tidak salah sebenarnya untuk pekerja tukar-tukar tempat kerja, namun ia akan mendatangkan masalah kepada syarikat kerana kos perbelanjaan untuk mencari pekerja sangat besar dan mahal.

Oleh itu, penting untuk para boss-boss mencari alternatif terbaik untuk mengekalkan pekerja (employee retention) daripada terus henti setiap tahun. Kuncinya adalah menawarkan apa yang dimahukan oleh pekerja tetapi dalam masa saya selari dengan keperluan syarikat.

6 Tips Elak Pekerja Dari Cepat Berhenti

Suka diingatkan tujuan utama kenapa pekerja sering berhenti adalah kerana syarikat gagal memenuhi kemahuan dan kehendak career mereka. Namun ia bukan salah syarikat seratus peratus dan terdapat beberapa tip untuk penuhi kemahuan dan kehendak pekerja secara percuma.

Antara tip dalam memenuhi kemahuan dan kehendak career pekerja dan mengelakkan mereka dari mudah berhenti adalah seperti berikut:

  1. Hargai Pencapaian Pekerja

Cara paling mudah dan percuma untuk elakkan pekerja dari cepat berhenti adalah mengenal pasti (recognise) pencapaian mereka. Setiap pekerja tanpa mengira status fresh grad atau berpengalaman sangat mahukan pencapaian mereka dipuji.

Jadi tidak salah untuk boss puji pencapaian yang dibuat oleh pekerja. Apabila pekerja happy dan berpuas hati maka mereka akan rasa dihargai dan mengurangkan risiko untuk berhenti kerja. 

  1. Amalkan Komunikasi Efektif

Satu lagi cara yang paling mudah untuk memastikan pekerja berpuas hati bekerja dengan syarikat adalah dengan amalkan cara berkomunikasi yang efektif. Pada kebanyakan kes pekerja mudah berhenti kerana syarikat gagal berhubung dengan baik.

Oleh itu, boss perlu pastikan cara perhubungan yang diamalkan lancar dan telus. Dengan cara ini pekerja akan berasa lebih selesa untuk bekerja dan mengurangkan ketidakpuasan hati yang mendorong kepada pemberhentian.

  1. Tunjukkan Penghargaan

Sama seperti mengenal pasti pencapian pekerja, boss juga boleh tunjukkan penghargaan kepada pencapaian yang diperolehi oleh pekerja. Apabila boss mengiktiraf dengan menunjukkan penghargaan ini maka pekerja juga akan berasa lebih gembira.

Tidak perlu risau kerana cara paling mudah untuk tunjukkan penghargaan adalah dengan boss boleh sambut hari lahir pekerja, berikan hari cuti khas semasa birthday, mengadakan jamuan makan berkala atau semudah memberikan sijil atas pencapaian pekerja.

  1. Berikan Ruang Improvement

Salah satu sebab utama kenapa pekerja cepat berhenti adalah kerana syarikat gagal untuk berikan ruang pertumbuhan career atau peluang improvement kepada pekerja. Seperti semua sedia maklum pekerja tentunya mahu improve diri dari masa ke semasa.

Jadinya, boss boleh menghantar pekerja hadiri kursus latihan atau beri pekerja ruang untuk tambah skill baru. Apabila kualiti diri pekerja bertambah baik maka syarikat juga akan mendapatkan manfaatnya.

  1. Dengar Input dan Pandangan Pekerja

Apabila bekerja dalam sebuah organisasi, setiap pandangan dan input adalah sangat penting walaupun ia datang dari pekerja fresh grad yang masih setahun jagung. Hal ini kerana setiap maklumat yang dibentangkan pasti bertujuan untuk penambahbaikan.

Maka, boss-boss dinasihatkan untuk menerima segala pandangan dan input secara terbuka. Ia bukan sahaja dapat tambah keyakinan pekerja tetapi memastikan kepuasan diri kepada pekerja apabila mengetahui syarikat mudah untuk menerima pandangan mereka.

  1. Tawarkan Faedah Kompetatif

Langkah terakhir untuk mengekalkan pekerja terus bekerja untuk tahun-tahun mendatang adalah dengan memberikan faedah yang kompetatif mengikut nilai pasaran. Pekerja bukan sahaja menitik beratkan soal gaji semata-mata, tetapi turut lihat faedah yang ditawarkan.

Dari faedah kerja fleksibel hingga bonus atau elaun yang boleh ditawarkan syarikat kepada pekerja, semua perkara memainkan faktor kepada kepuasan bekerja. Oleh itu, boss dinasihatkan lihat penawaran dari syarikat-syarikat lain di pasaran.

Kaji Nilai Pasaran Semasa Di MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan boss untuk memastikan pekerja tidak cepat berhenti kerja. Bergantung kepada polisi syarikat itu sendiri, boss boleh pilih cara yang percuma seperti tunjukkan penghargaan atau menawarkan gaji yang kompetatif.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!