Gandakan Gaji Dengan Job Hopping
Dunia pekerjaan kini mempunyai banyak trend yang diamalkan dalam kalangan pekerja demi melangsungkan kehidupan mereka. Antara trend yang popular dalam kalangan pekerja sekarang adalah job hopping.
Apa itu job hopping? Secara dasarnya. Job hopping itu adalah amalan pekerja melompat kerja dari satu syarikat ke syarikat yang lain. Kebiasaannya, amalan ini berlaku kerana tawaran jawatan yang lebih menarik atau gaji yang lebih tinggi.
Tambahan lagi, job hopping ini berlaku dalam tempoh yang singkat. Pekerja akan melompat kerja dalam tempoh satu tahun atau dalam beberapa bulan sahaja sebelum melompat ke syarikat yang lain.
Job hopping juga selalu dijadikan sebagai cara untuk pekerja menggandakan gaji mereka. Pengalaman dan ilmu pekerja adalah asbab yang membuatkan syarikat sanggup menawarkan gaji yang tinggi demi mendapatkan talent yang berkemahiran tinggi.
Strategi Dalam Job Hopping
- Perancangan Yang Teliti
Sebelum kita job hopping ke syarikat yang lain, kita perlu tentukan terlebih dahulu haluan kita. Kita perlu gambarkan masa depan yang kita mahu seperti future kerjaya kita, circle rakan-rakan kita dan suasana kehidupan yang di inginkan.
Dengan matlamat yang jelas ini barulah kita boleh merancang dengan teliti untuk melompat ke syarikat yang mempunyai value sama dengan kehendak kita. Tanpa perancangan yang jelas, kerjaya kita boleh terkesan dalam jangka masa yang lama.
- Menjaga Reputasi
Menjaga nama dalam syarikat adalah sangat penting terutamanya untuk kita yang merancang untuk job hopping. Majikan memilih pekerja mereka berdasarkan prestasi dan kualiti seseorang individu itu
Jika rekod kita menunjukkan prestasi yang kurang enak di mata majikan, kebarangkalian untuk kita dipilih sebagai pekerja adalah sangat rendah. Maka, menjaga rekod kita di syarikat yang sekarang adalah sangat penting.
- Pelbagaikan Kemahiran
Manfaatkan setiap peluang untuk mempelajari kemahiran baru di tempat kerja. Semakin banyak kemahiran yang kita miliki, semakin tinggi peluang untuk mendapatkan tawaran pekerjaan yang menguntungkan.
Misalnya, pekerja yang mempunya satu kemahiran sahaja dipandang sebagai pekerja biasa dalam kalangan calon pekerja yang lain. Namun, pekerja yang mempunyai pelbagai kemahiran adalah sangat bernilai dalam tenaga kerja.
- Bina Profile Yang Mantap
Membina resume dan portfolio yang mantap dapat meningkatkan peluang dalam job hopping. Dengan itu, kita haruslah meletakkan semua pencapaian dan kemahiran kita untuk memudahkan majikan menilai diri kita.
Selain itu, portfolio merupakan jalan efektif untuk memberi demo kepada majikan untuk menunjukkan kemahiran yang kita boleh tawarkan kepada syarikat mereka untuk jadi lebih maju.
- Komunikasi Terbuka
Jika kita sudah membuat keputusan yang muktamad, wajar untuk kita berkomunikasi dengan cara baik dengan majikan yang sedia ada. Perlu diingatkan supaya sentiasa berbincang dengan minda yang terbuka dan sentiasa jujur dalam berkomunikasi.
Seterusnya, sediakan notis kepada majikan seawal mungkin dan berikan sebab-sebab untuk penukaran kerja itu. Harus kita berbicara dengan matang dan memberitahu sebab-sebab kita ingin menukar kerja.
- Evaluasi Tawaran Kerja
Sebelum menerima tawaran pekerjaan baru, pastikan kita menilai dengan teliti semua aspek termasuk gaji, faedah, keadaan kerja, dan peluang pembangunan kerjaya.
Jangan terlalu tergesa-gesa dalam membuat keputusan, berikan diri kita masa yang mencukupi untuk buat keputusan yang tepat.Jika tidak, kita pasti akan menyesal dengan keputusan yang dibuat tanpa penilaian yang sewajarnya.
Akhir kata, job hopping bukanlah strategi yang sesuai untuk semua orang. Namun, bagi sesetengah individu yang berani mengambil risiko dan mempunyai kebolehan untuk beradaptasi dengan cepat, ia boleh menjadi jalan pintas untuk meningkatkan pendapatan dan memajukan kerjaya kita.
Ingatlah untuk membuat penilaian yang bijak dan teliti sebelum membuat keputusan untuk bertukar pekerjaan. Jangan menjadi buta kerana gaji semata-semata dalam memilih kerjaya yang seterusnya.
Peluang Kerja Terbaik Menanti Anda Di MySyarikat JOBS
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja baru yang best-best kami syorkan untuk gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!