Apa Itu Constructive Criticism Dan Kenapa Ia Penting Untuk Kerjaya Anda?
Antara perkara yang paling sukar dalam dunia ini adalah untuk memberi dan menerima kritikan. Tidak kira sama ada anda seorang pekerja atau boss, skill memberi dan menerima kritikan ini perlu dipelajari kerana ia merupakan salah satu daripada alat berkomunikasi.
Lebih-lebih lagi dalam alam pekerjaan, kritikan sangat penting untuk perkembangan dan penambahbaikan diri. Selalunya boss akan berikan maklum balas terhadap sebarang prestasi, pencapaian atau permasalahan yang timbul kepada pekerja semasa year-end performance review.
Jadi artikel ini akan membincangkan tentang cara memberikan kritikan membangun (constructive criticism) yang efektif dan menerangkan kelebihannya dalam konteks dunia pekerjaan serta cara untuk react selepas menerimanya.
Apa Itu Constructive Criticism?
Kita mungkin selalu dengar istilah constructive criticism digunakan dalam konteks pekerjaan, tetapi apakah ia sebenarnya? Menurut definisi constructive criticism adalah satu penilaian prestasi atau tingkah laku seseorang.
Ia selalunya diberikan oleh individu yang memiliki kuasa ke atas individu yang lain tetapi boleh juga terjadi kepada mana-mana orang tanpa mengira taraf, status dan peringkat. Mudah kata boss boleh beri constructive criticism kepada pekerja, dan pekerja mengikut situasi juga boleh berikan constructive criticism.
Tujuan constructive criticism ini adalah untuk membantu individu itu menambah baik atau memperbaiki diri. Ia merupakan salah satu daripada alat komunikasi yang berfokus untuk menyampaikan teguran dalam bentuk jelas, ringkas dan formal.
Antara elemen penting dalam memberikan constructive criticism adalah,
- Berniat baik
- Bermanfaat kepada penerima
- Spesifik
- Maklum balas
- Fokus untuk capai solusi
Berbeza dengan kritikan merosakkan (destructive criticism) yang tidak berfokuskan untuk mencapai solusi, matlamat constructive criticism lebih untuk membangunkan individu yang menerima teguran itu.
Disebabkan juga penggunaan criticism yang sinonim dengan perkara negatif, ramai antara kita mungkin menganggap segala bentuk kritikan adalah sama iaitu untuk menjatuhkan atau menyatakan ketidakpuashatian.
Manfaat Constructive Criticism
Constructive criticism ini banyak kelebihan dan manfaatnya berbanding bentuk teguran negatif lain. Hal ini kerana fokus utama si pemberi adalah untuk menawarkan solusi berbanding menunding jari semata-mata.
Terutamanya dalam konteks kerja constructive criticism dapat membantu pekerja untuk,
- Meningkatkan Kemahiran dan Prestasi
Melalui teguran yang baik dan membantu, pekerja akan tahu kelemahan yang ada pada diri dan seterusnya berusaha memperbaikinya. Jenis kritikan ini juga boleh jadi sebagai pushing factor untuk pekerja mengekalkan prestasi.
- Menjadi Pemangkin Pertumbuhan Peribadi dan Profesionalism
Constructive criticism bukan sahaja dapat memperbaiki kelemahan kerja tetapi pasa masa yang sama dapat membantu membina jati diri seseorang. Contohnya menegur pekerja untuk tepati deadline boleh bantu mereka membina sifat tepati masa dalam diri.
- Membantu Bentuk Semangat Berpasukan dan Organisasi
Salah satu manfaat constructive criticism yang sering terlepas pandang adalah kelebihannya untuk membentuk semangat berpasukan dan keorganisasian. Hal ini kerana teguran yang diberikan adalah mungkin kerana tindakan mereka memberi kesan kepada syarikat.
- Memupuk Budaya Kerja Terbuka Terhadap Kritikan
Open working culture ini penting dalam sesebuah syarikat kerana pertumbuhan dan perkembangan akan lebih cepat terbina apabila semua orang tahu cara menerima teguran, seterusnya memperbaiki kelemahan diri.
Cara Bertindak Balas Dengan Constructive Critisicm
Tentunya apabila menerima teguran kita sebagai pekerja pasti berasa marah, tidak berpuas hati ataupun kecewa. Tetapi perlu diingatkan constructive criticism ini diberikan dengan niat baik dan bukannya untuk menjatuhkan anda.
Oleh itu sebagai pekerja anda boleh ikuti langkah berikut selepas menerima constructive criticism.
- Dengar dengan hati dan pemikiran terbuka
- Ambil maklum masalah yang digariskan
- Perbaiki kelemahan yang ditegur
- Konsisten memperbaiki diri
- Beri sebab kepada tingkah laku (jika ada)
Kesimpulannya, kita memang tidak boleh lagi dari memberi atau menerima constructive criticism dalam konteks alam pekerjaan ini. Sebagai majikan yang baik anda perlu belajar cara beri constructive criticism yang boleh menaikkan semangat pekerja.
Manakala, bagi pekerja pula anda perlu belajar cara menerima constructive criticism dan memperbaiki kelemahan diri. Perkembangan syarikat bergantung kepada keharmonia diantara boss dan pekerja.
Dalam pada itu, jika anda mahu timba pengalaman kerja yang bermanfaat kami syorkan anda untuk untuk cuba MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari ekrja dan pekerja di hujung jari!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari jawatan idaman dengan mudah, semuanya dalam satu aplikasi sahaja!
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratursan perkerjaan idaman kepada ribuan bakal berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan kerjayaan idaman anda sekarang!