Tip Job-Hunting Untuk Fresh Grad Dan Pekerja Pada Tahun 2024

Istilah job hunting selalunya merujuk kepada mereka yang sedang dalam proses mencari kerja, tidak kira sama ada anda seorang fresh grad atau ingin mengembangkan kerjaya dengan menyertai syarikat baru.

Semasa zaman mak bapak kita dulu proses job hunting ini memerlukan mereka naik turun bas, melawat pejabat ke pejabat dan drop resume secara manual kepada pegawai di bahagian HR. Tetapi, prosesnya kini jauh lebih mudah dengan segalanya terletak di hujung jari sahaja.

Jadi persoalannya jika zaman sekarang lebih mudah kenapa untuk  job hunting kenapa ramai masih sukar untuk mendapatkan pekerjaan? Oleh itu artikel kali ini ingin membincangkan beberapa strategi  job hunting yang anda perlu tahu!

Strategi Job Hunting

Penting untuk anda memiliki perancangan teliti dan mengetahui kaedah yang betul dalam mencari kerja. Hal ini kerana prosesnya memakan masa yang panjang dan memerlukan daya usaha tinggi untuk menjamin anda peroleh pekerjaan yang dimahukan.

Dengan adanya strategi yang betul tempoh masanya dapat dipercepatkan dan lebih mudah. Mari ikuti beberapa stategi yang boleb digunakan dalam proses job hunting di bawah.

  1. Tingkatkan Networking

Dalam dunia pekerjaan networking memainkan peranan penting dalam menghubungkan anda dengan individu-individu profesional. Jika ada memiliki network yang sangat besar ia boleh memudahkan anda untuk mengetahui jika sesuatu syarikat itu sedang mencari pekerja.

  1. Aktif di Laman Mencari Kerja

Seperti dikatakan awal tadi zaman sekarang ini lebih mudah, anda boleh mencari kerja tanpa perlu bergerak dan segalanya berada di hujung jari. Manfaatkan kemudahan yang ada ini contohnya MySyarikat JOBS – portal cari kerja yang mudah digunakan! 

  1. Sertai Career Fair

Untuk membina networking anda perlu rajin menyertai career fair yang banyak diadakan disekitar Malaysia ini. Ambil peluang untuk kenali syarikat, jenama dan mungkin contact number perekrut semasa menyertai career fair.

  1. Bina Resume ATS-Friendly

Tentunya dalam proses job hunting anda memerlukan sebuah resume yang padu untuk dilihat para majikan atau perekrut. Selain itu, anda juga perlu membina sebuah resume yang ATS-friendly kerana kebanyakan syarikat mengguna sistem tersebut untuk menyaring resume.

  1. Rajin Melihat Website Syarikat

Selain portal mencari kerja, anda juga boleh selalu melayari website-website syarikat untuk melihat jawatan kosong yang ditawarkan. Hal ini kerana sesetengah syarikat mendahulukan penyertaan dari mereka yang apply direct dengan mereka.

  1. Buat Follow Up

Proses job hunting tidak berakhir selepas anda menghantar resume kepada syarikat, sebaliknya anda dinasihatkan untuk membuat follow up sama ada dalam bentul emel atau call syarikat untuk tahu update permohonan yang dibuat.

  1. Guna Referral Kerja

Referral ini tidak sama dengan networking walaupun secara dasarnya kedua-dua istilah merujuk kepada objektif yang sama. Referral di sini dalam bahasa mudahnya ‘cable’ yang boleh anda tanya ahli keluarga atau rakan jika syarikat tempat mereka bekerja ada jawatan kosong.

  1. Connect Dengan Perekrut

Jika anda memiliki media sosial ini bermakna anda pasti tidak asing dengan laman media sosial mencari kerja LinkedIn. Manfaatkan laman tersebut untuk connect dan bina networking dengan jutaan perekrut di seluruh dunia untuk tingkatkan pengetahuan anda berkenaan pasaran tenaga kerja.

Larangan Ketika Job Hunting

Terdapat beberapa petua dalam mencari kerja yang anda tidak patut langgar. Jangan risau ini bukan perkara mistik sebaliknya sainstifik. Mari kita lihat beberapa perkara yang anda perlu ambil maklum dalam proses job hunting.

  • Jangan Gopoh dan Harapkan Tuah Semata-mata

Anda tidak boleh mengharapkan tuah datang bergolek semata-mata apatah lagi apply sahaja kerja tanpa tengok kelayakan yang diperlukan untuk jawatan tersebut. Banyak kes pekerja main apply saja jawatan walaupun position tersebut hanya terbuka kepada mereka yang ada PhD.

  • Jangan Hadkan Skop Pencarian

Pastikan anda tidak hadkan skop pencarian kepada satu jawatan spesifik sahaja. Hal ini kerana jika anda terlalu rigid ia akan menyukarkan anda untuk mendapat kerja lebih-lebih lagi jika jawatan yang dimohon itu banyak persaingan.

  • Jangan Anggap Anda Seorang Sahaja Yang Memohon

Penting untuk anda tahu untuk sesuatu jawatan itu pasti akan ada beraturs orang lain apply. Jadi untuk menjadikan anda lebih menonjol dalam kalangan yang lain, resume dan portfolio kena padu bagi menyakinankan perekrut anda adalah yang terbaik.

  • Jangan Lupa Untuk Kemas Kini Portfolio

Kemas kini resume satu hal tetapi jangan dilupa untuk update juga portfolio anda. Sesetengah jawatan mungkin mencari skill-skill tertentu jadi anda boleh memperkasakan diri dengan pelbagai skill bagi meningkatkan kredibiliti.

  • Jangan Lupa Untuk Persiapkan Diri Untuk Interview

Antara destinasi terakhir dalam job hunting adalah interview. Jadi anda perlu bersiap sedia untuk hadiri interview jika seperti mempelajari soalan dan jawapan yang sering ditanya perekrut atau cara grooming diri.

MySyarikat JOBS – Portal Mencari Kerja dan Bakat Terbaik Untuk Anda!

Kesimpulannya, proses job hunting ini mengambil masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Anda dinasihatkan untuk membuat perancangan seawal pada tahun akhir jika anda seorang fresh grad.

Bagi anda yang berpengalaman pula dinasihatkan untuk membuat persediaan dan melihat keperluan tempoh notis sebelum bekerja kerja untuk menyertai syarikat baru. Kami harapkan anda berjaya mencapai kerjaya yang diimpikan.

Perkembangan kerjaya anda tidak seharusnya sukar dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja di hujung jari!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari jawatan idaman dengan mudah, semuanya dalam satu aplikasi sahaja!

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratursan perkerjaan idaman kepada ribuan bakal berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan kerjayaan idaman anda sekarang!