AI tool Yang Pekerja Perlu Kuasai

Dengan perkembangan teknologi semasa, menguasai peralatan berasaskan teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligent (AI) sangat penting. Lebih-lebih lagi dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar dan kompetatif.

Atas faktor itu terdapat beberapa AI tool yang wajib setiap pekerja kuasai, walaupun sekadar mengetahuinya secara asas bagi meningkatkan kebolehpasaran serta bantu meningkatkan produktivit semasa bekerja.

Berikut merupakan beberapa AI tool yang perlu pekerja kuasai dalam membantu meningkatkan kebolehpasaran dalam dunia pekerjaan moden.

  1. Alat Pemprosesan Bahasa Semulajadi

Pemprosesan Bahasa Semulajadi atau Natural Language Processing (NLP) merupakan alatan AI yang membolehkan sistem komputer memahami, menafsir dan menghasilkan bahasa seolah-olah manusia.

Peralatan ini sangat membantu pekerja dalam pelbagai bidang seperti penulisan, perkhidmatan pelanggan sehingga bahagian sokongan. Tetapi penggunaannya lebih daripada sekadar itu sahaja dengan banyak tugasan lain turut mengaplikasikan penggunaannya.

  • ChatGPT

Model bahasa AI ini tidak perlu pengenalan lagi. Ia mampu menghasilkan teks berdasarkan input (prompt) yang diberikan. Janaan konteks seolah-olah perbualan dan memberikan jawapan yang relevan serta bermakna.

  • Grammarly

Tool ini merupakan alat penulisan yang berasaskan AI. Ia mampu memeriksa tatabahasa, ejaan dan gaya penulisan secara automatik. Kemudian melaluinya juga ia mampu berikan cadangan untuk memperbaiki kesalahan dan meningkatkan kejelasan penulisan.

  1. Alat Analitik Data

Data memainkan peranan penting dalam membuat keputusan. Disebabkan itu banyak peralatan AI berasaskan pengumpulan, pengiraan dan merumuskan data dicipta untuk kemudahan membuat keputusan.

  • Tableau 

Tableau merupakan alat visualisasi data yang membolehkan penggunanya mencipta graf, carta, dan peta interaktif yang mudah untuk dibaca. Ia menghubungkan kepada palbagai sumber data untuk menggabungkan data dan membuat analisis mendalam.

  • Python dan R 

Kedua-dua tool ini merupakan peralatan AI bahasa pengaturcaraan serba guna yang sangat popular dalam analisis data dan pembelajaran mesin. Ia sering digunakan dalam proses visualisasi, analisis dan manipulasi data.

  1. Alat Reka Bentuk dan Kreativiti

Peralatan visual dan kreatif memainkan peranan penting dalam proses reka bentuk grafik. Dengan penggunaan AI, ia dapat memudahkan lagi tugasan seperti design dan meningkatkan produktiviti hasil kerja pekerja.

  • Canva 

Apabila bercakap tentang AI tool melibatkan design dan kreatif, Canva merupakan platform utama dalam membantu tugasan seperti bahan visual contohnya poster, risalah, posting media sosial dan pelbagai lagi.

  • Adobe

Tool AI profesional dalam reka bentuk dan kreativiti tentunya tidak lengkap tanpa Adobe. Kemampuan sistem untuk automasikan proses kreatif ini membolehkan pereka grafik mempercepatkan tugasan mereka dan mudah untuk edit semula pada bila-bila masa.

Cari Kerja Idaman Anda Di MySyarikat JOBS Sekarang

Kesimpulannya, mengusai AI tools ini bukan sahaja penting dalam meningkatkan kemahiran teknikal pekerja tetapi mempersiapkan pekerja untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja dinamik dan berasaskan teknologi. 

Untuk jangka panjang, kemahiran menguasai AI tools ini juga boleh membuka peluang yang lebih luas dan meningkatkan lagi kebolehpasaraan pekerja ke dalam pelbagai jenis industri baharu.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!