Checklist Diri Sebelum Pergi Interview
Nak pergi interview memang boleh buat kita rasa berdebar, tapi dengan persediaan yang betul, confirm kita akan lebih ready dan confident. Tak kira korang baru je grad atau tengah cari peluang baru, persediaan yang rapi adalah kunci utama untuk berjaya.
Jom kita tengok apa yang kita boleh buat sebelum interview untuk bagi yang terbaik.
1. Selidik Tentang Syarikat
Sebelum pergi interview, pastikan korang buat research sikit tentang syarikat. Tengok website, baca tentang visi, misi, produk atau servis yang mereka offer, dan budaya kerja. Semua info ini boleh buat korang nampak lebih pro masa interview nanti.
Kalau syarikat tu ada media sosial, follow dan baca posting terbaru untuk dapat gambaran lebih jelas. Ini semua boleh jadi bahan masa korang jawab soalan atau masa tanya soalan dekat interviewer.
2. Fahamkan Peranan dan Tanggungjawab
Pastikan korang betul-betul faham tentang job yang korang apply. Baca job description dengan teliti dan cuba kaitkan pengalaman dan skill korang dengan apa yang job tersebut. Sediakan contoh-contoh yang relevan dari pengalaman korang sebelum ini.
Jangan lupa untuk highlight pencapaian korang yang berkaitan dengan job tersebut. Lagi spesifik contoh yang korang bagi, lagi senang interviewer nampak betapa sesuai korang untuk jawatan tersebut.
3. Sediakan Dokumen Penting
Pastikan semua dokumen penting macam resume, sijil akademik, dan surat sokongan siap dan tersusun kemas. Buat salinan kalau perlu dan letak dalam satu fail yang senang nak capai.
Selain resume, korang mungkin perlu sediakan portfolio kalau jawatan itu berkaitan dengan bidang kreatif macam design atau penulisan. Kalau ada testimoni atau recommendation letter dari bos lama atau client, itu pun boleh bantu kuatkan application korang.
4. Latih Soal Jawab
Latih diri jawab soalan-soalan yang mungkin ditanya masa interview. Antara soalan biasa termasuk tentang background korang, kenapa korang nak kerja dekat situ, strengths dan weaknesses, dan situasi-situasi tertentu yang pernah korang selesaikan.
Soalan situasi ni penting sebab interviewer nak tengok macam mana korang selesaikan masalah atau cabaran. Sediakan jawapan yang menggunakan teknik STAR (Situation, Task, Action, Result).
5. Penampilan Diri
Pakai baju yang kemas dan sesuai dengan budaya syarikat dan jawatan yang korang apply. Pastikan baju bersih dan disetrika. Jaga kebersihan diri, potong rambut dengan kemas, dan pastikan kuku bersih.
Untuk lelaki, pakai kemeja dan seluar slack yang sesuai. Kalau syarikat tu lebih formal, tambah tie dan blazer. Untuk perempuan, pakai blouse dengan skirt atau seluar yang sesuai. Make sure make-up dan aksesori simple je.
6. Rancang Perjalanan
Plan perjalanan korang ke tempat interview. Pastikan korang tahu dekat mana lokasi syarikat dan cara nak ke sana. Beri masa yang cukup untuk perjalanan supaya korang tak terlambat. Kalau perlu, buat trial run beberapa hari sebelum interview.
Selain tu, sediakan plan B kalau-kalau ada masalah macam traffic jam atau masalah pengangkutan awam. Save nombor telefon syarikat atau orang yang interview korang, mudah jika ada sebarang masalah seperti korang terlewat dan perlu maklumkan.
7. Persediaan Mental dan Emosi
Stay calm dan confident adalah kunci masa interview. Amalkan teknik pernafasan dalam untuk kurangkan stress. Bayangkan diri korang berjaya dalam interview untuk meningkatkan confidence. Tidur yang cukup malam sebelum interview juga penting.
Korang boleh juga buat aktiviti yang relax sebelum interview, macam dengar muzik yang tenang atau buat meditasi. Jangan overthink tentang interview tu sampai korang tak boleh tidur. Ingat, korang dah buat persediaan yang terbaik, so percayalah pada diri sendiri.
8. Tunjukkan Adab dan Etika
Sentiasa bersikap sopan, berjabat tangan dengan interviewer, dan ucapkan terima kasih lepas interview. Sikap positif dan profesional akan tinggalkan kesan yang baik. Jangan lupa senyum dan maintain eye contact masa interview.
Ini boleh tunjukkan yang korang confident dan approachable. Lepas interview, hantar email terima kasih kepada interviewer. Ini langkah kecil tapi boleh bagi impak besar dalam meninggalkan impression yang baik.
Kesimpulannya, dengan persediaan yang menyeluruh, korang akan lebih ready dan confident untuk hadapi interview. Ini bukan sahaja boleh tingkatkan peluang korang dapat job, tapi juga boleh bantu bina keyakinan diri dan skill komunikasi untuk masa depan
Bersedia Untuk Bekerja? Jom Apply Dengan MySyarikat JOBS Sekarang
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja idaman kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!