Cara Market Diri Di Media Sosial Untuk Cari Kerja

Pada zaman ini, ramai bertungkus-lumus untuk mencari kerja yang bersesuaian dengan bidang dan kemahiran masing-masing. Tetapi, hakikat untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini adalah sangat susah.

Mahupun begitu, terdapat beberapa cara untuk meningkatkan potensi kita diambil bekerja dengan menaik taraf diri. Terutamanya dalam membina online presence di media sosial untuk mempromosikan diri dengan lebih kreatif dan menarik. 

Tambahan lagi, media sosial telah menjadi alat dan juga ‘platform’ yang sudah dibiasakan di dalam masyarakat. Media sosial merupakan alat yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat dan juga menjadi platform yang biasa digunakan dalam seharian.    

Media Sosial Sebagai Instrumen Market Diri

Kemajuan teknologi terutamanya sejak kewujudan media sosial membenarkan kita menggunakannya sebagai alat yang membantu hidup seharian kita. Misalnya, kegunaannya untuk mengkongsi berita di mana-mana sahaja tidak mengira masa dan tempat.           

Sebagai pengguna,kita haruslah memanfaatkan kemudahan dan menggunakannya atas manfaat yang ia beri. Lebih-lebih lagi, hampir semua orang mempunyai telefon sendiri. Maka, kebolehcapaian alat ini kepada orang awam bukanlah masalah.  

Tambahan lagi, sebab utama mengapa market diri di media sosial begitu penting adalah “reachability”  yang luas. Platform seperti Facebook, LinkedIn, dan Twitter mempunyai jutaan pengguna aktif di seluruh dunia. Dengan memanfaatkan platform ini, mencari kerja dapat dipermudahkan.

Cara Market Diri Guna Media Sosial

Walaupun kita sudah mempunya tools untuk market diri di media sosial, kita juga perlu mengetahui kaedah untuk menggunakan alat-alat tersebut dengan cara yang betul. Jika tidak, penggunaan media sosial itu akan menjadi sia-sia sahaja.

1. Self Branding

Antara cara yang paling berkesan ketika mencari kerja adalah dengan membina self branding. Branding sangat penting apabila mempromosikan diri di media sosial kerana ia membantu anda menonjolkan diri dari pesaing lain, menarik perhatian orang interviewer serta membina hubungan yang kukuh dengan mereka.

Oleh itu, branding yang mantap berpotensi untuk menarik perhatian majikan dan pelanggan. Ini dapat membuka peluang lebih besar untuk score pekerjaan, projek, dan perniagaan baru yang mungkin tidak akan tersedia jika anda tidak mempunyai self branding yang power di media sosial.

2. Networking

Networking berfungsi sebagai jambatan untuk berhubung dengan orang-orang tertentu. Misalnya, membina networking dalam bidang bisnes dapat membuka peluang untuk kita berkenalan dengan supplier yang berpotensi untuk menolong kita di masa hadapan. 

Selain itu, networking juga boleh membantu kita untuk mengembangkan bisnes dan meningkatkan reputasi. Ini adalah kerana orang akan mempromosikan kita secara tidak langsung kepada rakan-rakan mereka yang lain.

3. Asah Kemahiran

Antara kebaikan media sosial adalah kita boleh belajar skills yang orang kongsikan secara online dan berkongsi kemahiran kita dengan orang lain. Secara tidak langsung, kita dapat belajar dan mengasah kemahiran yang sedia ada.

Di samping itu, kemahiran yang dipelajari boleh menjadi modal untuk market diri ketika mencari kerja. Lebih-lebih lagi, banyak bidang pekerjaan yang memerlukan individu yang mempunyai kemahiran yang cekap dalam industri tersebut.

4. Posting Secara Berkala

Online presence”’ adalah sangat penting untuk mengekalkan relevan kita dalam market pekerjaan. Jika berhenti, orang akan terlupa tentang kita dan mungkin dianggap kita sudah berhenti.

Oleh itu, posting secara berkala dapat membantu untuk kita membina audience dan membantu menaikkan engagement di media sosial. Sehubungan dengan itu, misi untuk mencari pekerjaan akan menjadi lebih mudah dengan bantuan profil kita yang padu di media sosial.

5. Menjaga Penampilan

Pernah dengar cinta pandangan pertama? Begitu juga dengan syarikat-syarikat yang mencari pekerja, penampilan adalah sangat penting. Penampilan seseorang boleh menggambarkan sikapnya.

Oleh itu, amatlah penting untuk kita menjaga penampilan walaupun di media sosial. Lebih-lebih lagi, perkara yang kita tunjuk di media sosial adalah yang membentuk persepsi orang tentang kita.

Media Sosial dan Kerja

Di sini jelas menunjukkan bahawa media sosial boleh dijadikan sebagai alat untuk membantu kita mencari kerja dan membina imej di laman maya. Objektifnya adalah bertujuan untuk menunjukkan kemampuan dan kemahiran kepada majikan semasa pemilihan calon.

Akhir kata, mencari pekerjaan di zaman sekarang telah menjadi lebih mudah setelah wujudnya tools ini yang dapat membantu kita. Dengan itu, kita perlu menggunakannya dengan bijak demi menghasilkan keputusan yang cemerlang.

Market Diri Dan Dapat Kerja Dengan MySyarikat JOBS

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja idaman kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!