Cara Betul Jawab Soalan ‘Where Do You See Yourself in 5 Years?’

Dalam banyak-banyak soalan interview, satu soalan yang sering ditanya dan paling ramai calon pekerja ‘kantoi’ untuk menjawab adalah, ‘where do you see yourself in 5 years?’. Soalan yang nampak mudah tetapi memerlukan skill pemikiran kritikal tinggi.

Disebabkan itu artikel kali ini akan berkongsi jawapan-jawapan sesuai untuk menjawab soalan  ‘where do you see yourself in 5 years?’ supaya anda nampak ‘kritikal’ di depan mata perekrut atau pegawai sumber manusia (HR).

Tujuan Soalan ‘Where Do You See Yourself in 5 Years?’

Pada asasnya perekrut atau pegawai HR tanyakan soalan ‘where do you see yourself in 5 years?’ ini adalah untuk melihat matlamat profesional jangka panjang pekerja, sama ada ia sesuai dengan objektif company atau tidak.

Sebenarnya tiada jawapan tepat, betul atau salah untuk soalan ‘where do you see yourself in 5 years?’ ini. Ia bergantung seratus peratus kepada anda sendiri berdasarkan research yang dibuat terhadap jawatan dimohon dan latarbelakang company.

Tip untuk menjawab soalan ‘where do you see yourself in 5 years?’ ini adalah dengan cuba selaraskan career goal anda dengan jawatan yang dimohon. Selalunya perekrut atau pegawai HR mahu lihat sama ada anda berfikiran jauh dan memiliki pemikiran jangka panjang.

Terdapat 4 perkara yang sebenarnya perekrut atau pegawai HR mahu dengar daripada jawapan anda terhadap soalan ‘where do you see yourself in 5 years?’ ini.

  • Komitmen 

Adakah anda sanggup beri komitmen jangka panjang untuk bekerja dengan syarikat atau sekadar memohon jawatan semata-mata untuk dapat kerja sahaja?

  • Keikhlasan

Adakah anda mahu bekerja dengan company kerana ia merupakan impian anda atau sekadar bekerja kerana status syarikat yang kukuh?

  • Kesetiaan

Adakah anda ingin bekerja untuk satu tempoh masa lama untuk berkembang bersama-sama company atau sekadar menjadikan syarikat batu loncatan untuk mulakan career sahaja?

  • Semangat Kerja

Adakah anda benar-benar mampu berikan yang terbaik untuk company atau sekadar mahuka benefit yang ditawarkan sahaja?

Jawapan Soalan ‘Where Do You See Yourself in 5 Years?’

Kini kita akan masuk cara menjawab soalan ‘where do you see yourself in 5 years?’. Suka diingatkan bahawa jawapan-jawapan ini adalah rujukan semata-mata, semuanya bergantung kepada anda sendiri untuk impress-kan perekrut atau pegawai HR.

  1. Jawapan Generik

“Buat masa ini, matlamat utama saya adalah untuk mengembangkan dan mengasah kemahiran saya dalam (bidang kerja dimohon) sehingga sampai satu tahap saya dapat menjadi contoh kepada yang lain. Saya kuat merasakan syarikat ini adalah pilihan terbaik untuk saya dan saya percaya mampu berikan semula kepada syarikat jika diberi peluang.”

  1. Jawapan Realistik

“Saya dapat melihat diri saya berkembang di bawah syarikat ini kerana berdasarkan kajian yang saya lakukan, ini adalah tempat terbaik untuk saya bina kemahiran dan belajar perkara baru. Untuk tempoh masa panjang saya percaya diri saya mampu berkembang seiring perkembangan syarikat kerana matlamat akhir kita selari antara satu sama lain.”

  1. Jawapan Jujur

“Sejujurnya, saya masih baru dalam industri (bidang kerja dimohon) tetapi saya percaya syarikat ini adalah pilihan terbaik untuk saya mencapai matlamat kerjaya yang saya impikan. Berdasarkan kajian yang saya buat saya percaya kemahiran yang saya ada dapat dimanfaat oleh syarikat dan secara tidak langsung membina laluan kerjaya yang saya pilih.”

Bersedia Untuk Tempuhi Alam Pekerjaan? Apply Kerja Dengan MySyarikat JOBS Sekarang

Seperti dikatakan awal lagi jawapan kepada soalan ‘where do you see yourself in 5 years?’ tiada salah atau betul, semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. Perkara yang perlu diambil perhatian adalah memberi jawapan yang win-win kepada kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja idaman kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!