Kenapa Interview Ada Peringkat-Peringkat?

Interview merupakan satu prosedur asas bagi mana-mana syarikat sebelum mengambil seseorang individu bekerja. Malah, interview juga dijalankan oleh sesetengah badan atau organisasi bagi proses permohonan seperti scholarship atau pinjaman perbankan.

Bergantung kepada polisi syarikat ataupun organisasi, sebuah proses interview boleh makan masa berbulan-bulan lamanya dan ada juga yang dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi menyaring calon-calon yang ditemuduga.

Kepentingan Interview

Secara umumnya interview memainkan peranan penting dalam membantu proses menyaring, mengenal pasti dan membuat keputusan dalam memilih calon yang sesuai. Ia merangkumi proses menyaring resume sehingga pekerja onboard bersama syarikat.

Memandangkan proses interview ini boleh memakan masa yang panjang rata-rata syarikat akan membuatnya secara berperingkat-peringkat (multi-stage). Tetapi ini bergantung juga kepada polisi dan bajet syarikat tersebut.

Peringkat Dalam Interview

Pada asasnya interview dijalankan oleh syarikat bagi memberi ruang kepada pegawai sumber manusia (HR) atau perekrut untuk mengenali, menilai dan membuat keputusan terhadap seorang calon pekerja yang memohon suatu jawatan.

Atas faktor itu terdapat beberapa peringkat dalam interview terpaksa dijalankan bagi memudahkan tugasan pegawai HR atau perekrut dalam mengambil seorang pekerja. Antara pringkat asas interview yang sering dijalankan adalah seperti berikut.

  1. Menyaring Permohonan

Pada pringkat awal dalam proses interview adalah bahagian sumber manusia atau perekrut akan membuat saringan permohonan. Dalam peringkat ini selalunya syarikat akan lihat resume dan cover letter yang dihantar oleh permohonan.

Perlu difahamkan di sini bahawa peringkat ini mungkin memakan masa yang panjang kerana ia melibatkan sejumlah permohonan yang banyak. Oleh itu, bahagian sumber manusia boleh menggunakan sistem ATS untuk bantu saring resume dengan lebih pantas.

  1. Screening/Phoning 

Peringkat seterusnya dalam proses interview merupakan peringkat yang melibatkan interaksi awal diantara bahagian sumber manusia dan permohon. Ia selalu dilakukan dalam bentuk  menelefon (phoning) untuk menetapkan tarikh interview sebenar.

Untuk peringkat ini selalunya bahagian sumber manusia ingin mengesahkan sama ada permohon ada memohon jawatan dan ingin mengetahui latarbelakang ringkas mereka. Ia selalunya dilakukan dalam masa kurang 15 minit.

  1. Interview Pertama

Proses interview ini merupakan langkah kebiasaan yang mana ia melibatkan calon pekerja ditemuduga secara depan-depan (face-to-face) ataupun online dengan bahagian sumber manusia atau perekrut.

Ini juga merupakan peringkat di mana calon pekerja perlu up-sale diri, bersedia untuk menjawab soalan-soalan interview dan mendengar tawaran yang dibuat oleh syarikat jika ada. Bagi pihak syarikat pula mereka perlu menyediakan diri untuk temuduga calon pekerja.

  1. Assessment

Bergantung kepada syarikat, selalunya selepas sesi interview pertama calon pekerja akan diberikan tugasan untuk dilengkapkan. Tugasan ini boleh jadi dalam pelbagai bentuk sama ada ujian kemahiran atau ujian personaliti.

Tujuan tugasan ini diberikan adalah untuk syarikat melibat kemahiran yang dimiliki oleh calon pekerja. Melaluinya bahagian sumber manusia boleh membuat keputusan selepas menilai hasil kerja yang dibentang oleh calon pekerja itu.

  1. Interview Kedua/Ketiga

Peringkat terakhir sebelum calon pekerja ditawarkan sesuatu jawatan adalah untuk menghadiri satu lagi sesi interview. Dikenali sebagai interview kedua, ia akan melibatkan calon pekerja ditemuduga oleh pegawai dengan jawatan lebih tinggi dalam syarikat.

Walaupun jarang untuk ada interview ketiga, namun bergantung kepada polisi syarikat dan juga tahap jawatan yang dimohon ia boleh dijalankan bagi memastikan calon pekerja itu benar-benar sesuai untuk diambil bekerja atau tidak.

Bersedia Untuk Bekerja? Jom Apply Dengan MySyarikat JOBS Sekarang

Kesimpulannya, peringkat-peringkat dalam interview ini bukan sahaja penting dalam membantu bahagian sumber manusia membuat keputusan tetapi dalam masa sama memberikan ruang untuk mencari calon yang benar-benar sesuai bekerja dengan syarikat.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja idaman kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!