Bilakah Masa Sesuai Untuk Tukar Kerja?
Untuk tujuan perkembangan career mungkin anda ada terfikir tukar kerja sama ada menyertai syarikat baru atau ceburi industri yang berbeza. Tidak menjadi kesalahan sebenarnya untuk menukar kerja demi career, namun persoalannya bilakah masanya yang sesuai?
Oleh kerana perkembangan career setiap pekerja berbeza-beza, agak sukar sebenarnya untuk pin point bila masa sesuai untuk tukar kerja. Akan tetapi artikel ini akan gariskan beberapa faktor yang boleh anda pertimbangankan untuk tukar kerja demi perkembangan career.
1. Tiada Career Growth Yang Jelas
Apabila anda sudah bekerja lama dengan sesebuah syarikat, pasti akan timbul satu perasaan di mana segala tugasan yang diberikan seolah-olah sama sahaja. Ataupun anda mungkin merasakan tiada skill baru yang diperolehi daripada tugasan yang dibuat.
Jika pernah terbit perasaan seperti itu mungkin sudah tiba masa untuk anda minta dinaikkan jawatan bagi menggalas tanggungjawab lebih besar. Hal ini kerana sifat manusia itu sendiri mahukan perkembangan dan penambahbaikan diri.
Tetapi jika tempat kerja anda tidak menawarkan kenaikan pangkat, salah satu keputusan yang boleh dipertimbangkan adalah dengan menyertai syarikat lain. Menukar syarikat juga dapat membantu anda ketahui harga pasaran semasa untuk sesuatu jawatan dimohon.
2. Apabila Syarikat Tidak Stabil
Satu situasi yang anda perlu pertimbangkan dalam membuat keputusan untuk tukar kerja adalah keadaan syarikat pada jangka masa pendek dan panjang. Hal ini kerana kita seboleh-bolehnya mahu bekerja dengan syarikat yang stabil.
Perlu diingatkan setiap perniagaan memiliki jangka hayatnya, ini bermakna akan sampai satu tahap syarikat mungkin sudah tidak mampu support jumlah pekerja yang ramai dan seterusnya membuat keputusan untuk kurangkan pemberian gaji.
Maka, bagi mengelakkan situasi syarikat terpaksa mengurangkan pembayaran gaji adalah dinasihatkan untuk anda mencari kerja yang lebih stabil. Jika syarikat menunjukkan tanda-tanda menghampiri hayatnya, pekerja sudah boleh berfikir untuk tukar kerja.
3. Berlaku Perubahan Minat
Selain daripada penawaran gaji, minat juga memainkan peranan dalam keputusan pekerja untuk bekerja. Jika diberi peluang kita tentunya mahu bekerja dalam industri yang diminati. Datang kerja pun happy saja setiap hari.
Disebabkan itu jika terdapat perubahan minat, anda dinasihati untuk menukar kerja. Pada sesetengah kes kerja yang baru mungkin bayar jumlah gaji yang kurang tetapi disebabkan oleh minat anda akan berasa lebih bersemangat untuk bekerja.
Penting untuk anda fahami bahawa perubahan minat ini boleh datang atas dari pelbagai faktor. Antaranya adalah tiada perkembangan career atau inginkan cabaran baru. Jadi jangan salah faham berkaitan perubahan minat ini.
4. Tiada Work-Life Balance
Jika syarikat tempat anda bekerja sering mengganggu hari cuti, sama ada pada hari hujung minggu atau semasa luar office hour, ia adalah tanda-tanda jelas yang memerlukan anda untuk tukar ke tempat kerja baru.
Hal ini kerana work-life balance adalah sangat penting dalam memastikan kualiti kerja dan kehidupan anda terjamim. Bayangkan setiap kali waktu tengah rehat, boss tiba-tiba minta buat kerja pasti anda rasa bengang.
Oleh itu, andai anda merasakan work-life balance terganggu dengan syarikat tempat kerja semasa ia adalah tanda-tanda utama untuk pertimbangkan penukaran kerja. Tanpa mengira industri setiap syarikat perlu hormati kehidupan peribadi pekerja.
5. Tiada Kenaikan Gaji Untuk Masa Lama
Bayangkan anda sudah lama bekerja tetapi gaji yang diterima masih sama, sedangkan pekerja yang baru sertai syarikat menerima pembayaran yang lebih tinggi. Perkara ini boleh mendatangkan perasaan tidak berpuas hati dan toxic di tempat kerja.
Bagi mengelakkan masalah toxic di tempat kerja ini daripada merebak, anda dinasihatkan untuk tukar kerja. Cari tempat kerja lain yang mampu berikan gaji yang lebih tinggi dan menghargai kesetiaan anda.
Elakkan daripada menyimpan perasaan tidak berpuas hati dan berharap. Sebagai pekerja anda perlu proaktif dalam menilaikan kemampuan diri sendiri. Jika syarikat gagal menghargai kemampuan diri anda, pasti akan ada tempat lain yang jauh lebih menghargai skill yang anda ada.
Bersedia Hadiri Interview Dengan MySyarikat JOBS
Kesimpulannya, dalam membuat keputusan untuk tukar tempat kerja anda perlu tanya kepada diri sendiri bilakah anda bersedia untuk tempuhi cabaran baru. Perlu diingatkan setiap orang memiliki sebab berbeza untuk tukar tempat kerja.
Anda mungkin tukar tempat kerja demi perkembangan career, manakala orang lain mungkin tukar tempat kerja kerana syarikat lama ada budaya toxic. Di sini tiada jawapan pasti dan segala-galanya bergantung kepada keperluan diri sendiri.
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari tempat kerja baru yang boleh bantu perkembangan career kami syorkan untuk gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!