Kenali 3 Jenis Syarikat Yang Jadi Pilihan Pekerja

Sama ada anda seorang fresh grad atau yang sudah lama bekerja pasti tidak asing dengan stereotaip syarikat-syarikat seperti MNC, GLC atau SME. Setiap jenis syarikat ini memiliki perbezaan dari cari corak perniagaan sehingga saiz tenaga kerja yang diperlukan.

Jadi sebelum mula bekerja penting untuk anda ketahui perbezaan di antara jenis-jenis syarikat ini, dan seterusnya membantu dalam buat keputusan tanpa prejudis. Ingat setiap syarikat memiliki kelebihan masing-masing dan bergantung dengan kemampuan anda menyesuaikan diri.

1. Multi-National Company (MNC)

Seperti namanya, multi-national company (MNC) adalah syarikat-syarikat antarabangsa yang menjalankan operasi perniagaan mereka di dalam Malaysia. Biasannya, syarikat MNC ini memiliki ibu pejabat (HQ) di satu negara dan buka pejabat serantau di negara lain.

Antara contoh syarikat MNC yang terkenal di Malaysia adalah,

  • Google
  • Panasonic
  • Honda
  • Intel
  • Sime Darby
  • Axiata

Jika dilihat betul-betul syarikat MNC ini boleh wujud dalam pelbagai industri berbeza seperti perkhidmatan teknologi, barangan elektrik, automotif, makanan dan mungkin juga fesyen. Ia tidak terhad kepada satu industri semata-mata.

Kelebihan bekerja dengan syarikat MNC ini tentunya adalah penawaran gaji yang agak tinggi, memandangkan mereka mampu untuk membuka cawangan pejabat serantau di negara lain dan sesetengahnya mengikut standard antarabangsa.

2. Government Link Company (GLC)

Government link company (GLC) adalah syarikat-syarikat yang dikawal selia oleh kerajaan sama ada secara langsung melalui kepentingan majoriti atau tidak langsung melalui kepentingan minoriti.

Mudah kata GLC ini adalah syarikat di mana pihak kerajaan mengiktirafnya dan menyalurkan dana untuk dijadikan sebagai infrastruktur yang membantu pembangunan ekonomi dan sosial rakyat Malaysia.

Antara contoh syarikat MNC yang terkenal di Malaysia adalah,

  • Maybank
  • Tenaga Nasional Berhad
  • Telekom Malaysia
  • Gamuda
  • Rapid KL
  • CIMB Bank
  • Petronas 

Bagi mereka yang buat pinjaman pelajaran Jabatan Perkhidmatan awam (JPA), pihak kerajaan ada memberikan bantuan pengurangan pembayaran dengan syarikat anda perlu bekerja dengan syarikat GLC yang diiktiraf kerajaan.

Manfaat bekerja dengan GLC ini tentunya penawaran gaji yang kompetitif, pengurangan pembayaran pinjaman pelajaran JPA dan peluang perkembangan kerjaya dalam pelbagai bidang serta latihan tambahan percuma.

3. Small and Medium Enterprise (SME)

Hampir 50% syarikat-syarikat di Malaysia datangnya dari jenis perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS) atau dalam bahasa English, Small and Medium Enterprise (SME). dari kedai makan hingga penjualan perkhidmatan, SME antara pemain utama pasaran perniagaan di Malaysia.

Sebagai pengetahuan, SME adalah perusahaan bersaiz kecil dan sederhana atau syarikat milik persendirian yang menjalankan perniagaan tempatan. Ia lebih besar dari syarikat pemula (start-up) tetapi lebih kecil dari MNC.

Jenis syarikat ini juga penting dalam pembangunan ekonomi tempatan kerana mereka membuka peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan sekaligus mengurangkan kadar pengangguran negara.

Walaupun hasil keuntungan syarikat SME tidak sebesar MNC atau GLC, ia masih mampu menawarkan gaji yang baik serta memacu perkembangan ekonomi dalam pelbagai industri pada pasaran perniagaan kompetitif.

Mulakan Langkah Kerjaya Anda Di MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, setiap jenis syarikat sama ada MNC atau GLC atau SME memiliki kelebihan masing-masing. Tiada satu pun syarikat yang anda sertai boleh mengekang perkembangan career dan pertumbuhan diri.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari syarikat MNC atau GLC atau SME kami syorkan untuk gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda! 

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!