Tips Jadi Pekerja Favorite Boss

Biasanya dalam satu company mesti akan ada seorang pekerja contoh yang jadi favorite para boss-boss. Tak kira sama ada pekerja baru masuk atau yang selalu perform, mesti akan ada seorang yang check all box pilihan majikan.

Sebenarnya bukan susah nak jadi pekerja favorite boss ni, asalkan anda bekerja keras dan mengikut arahan yang diberikan pasti majikan akan suka. Bila boss berpuas hati, gaji pun senang naik dan pekerja pun happy.

6 Tips Untuk Ubah Diri Jadi Pekerja Favorite

1. Jadi Professional

Rahsia utama nak jadi pekerja favorite bos adalah untuk pamerkan sikap professional di tempat kerja. Pakai pakaian yang kemas dan mengikut peraturan syarikat, pisahkan masalah kerja dengan peribadi dan menghormati setiap pekerja adalah cara paling mudah untuk tonjolkan sifat professional diri.

2. Terbuka Terima Teguran

Seorang pekerja yang mudah menerima teguran dan memperbaiki diri sangat diminati oleh majikan dan pihak pengurusan syarikat. Namun, perlu difahamkan kata kunci di sini adalah menerima teguran dan perbaiki diri bukan ambil teguran tetapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

3. Selalu On Time

Satu lagi cara paling mudah untuk jadi pekerja favorite boss adalah dengan menjadi seorang yang punctual. Pada kebanyakan kes boss-boss sangat menyukai pekerja yang on time dalam semua aspek dari menyiapkan tugasan sehingga menghadiri kerja. Nak jadi orang yang disukai kita mesti tepati masa.

4. Ada Ciri Kepimpinan

Cara terbaik untuk membeza anda seorang pekerja favorite boss atau tidak adalah majikan lebih cenderung untuk memilih pekerja yang ada ciri kepimpinan. Mereka yang ada ciri kepimpinan ini bukan sahaja jadi pilihan majikan malah pekerja lain.

5. Mesra dan Ringan Tulang

Mereka yang mudah mesra dengan pekerja lain dan menunjukkan sikap ringan tulang sangat diminati oleh mana-mana majikan dan syarikat. Mereka ini boleh mencipta suasana yang menyenangkan dan memiliki people magnet. Maka tidak hairan pekerja yang mudah mesra dan ringan tulang adalah pekerja favorite boss.

6. Pamer Prestasi Konsisten

Rahsia terakhir untuk jadi pekerja favorite boss adalah dengan pamer prestasi kosisten. Pekerja yang berjaya pamerkan prestasi kerja konsisten ini memberi bayangan seorang yang komited dan berdedikasi serta memiliki sedikit sifat kepimpinan termasuk professional. 

Jadi Pekerja Pilihan Dengan Mohon Kerja Di MySyarikat

Kesimpulannya, untuk menjadi pekerja favorite boss anda hanya perlu buat yang terbaik dan mencapai segala sasara kerja yang ditetapkan. Tidak perlu risau jika anda bukan pekerja favorite boss kerana tiada tiada sebarang kelebihan atau kekurangannya.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!