Faedah Kursus Latihan Kepada Pekerja dan Fresh Grad
Dalam alam pekerjaan, kita sering terikat dengan melakukan tugasan yang sama setiap hari sehingga tanpa sedar boleh cetus rasa bosan. Maka, kita dinasihatkan untuk mencuba perkara-perkara baharu yang dapat tingkatkan skill diri.
Sehubungan dengan itu, kursus latihan boleh dijadikan sebagai cara yang sesuai untuk menambahkan skill sambil mengelakkan diri daripada berasa bosan. Dengan secara tidak langsung, kita juga dapat memenuhi kepuasan diri.
Kepentingan Hadiri Kursus Latihan
Terdapat perbezaan antara kemahiran (skill) dan pengetahuan (knowledge). Kebiasannya, fresh grad yang baru mula mencari kerja hanya dibekalkan dengan ilmu sahaja. Manakala, pekerja berpengalaman sedang berlumba untuk melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran.
Misalnya, kursus latihan yang membina skill seperti kemahiran untuk menggunakan software. Kemahiran ini tidak dimiliki oleh semua orang tetapi, amat diperlukan. Maka, pekerja yang bukan dari bidang komputer juga belajar kemahiran software untuk kekal bersaing dalam industri kerja.
Manfaat Hadiri Kursus Latihan
- Tambah Input Pada Resume Supaya Lebih Mengagumkan Majikan
Dengan menghadiri kursus latihan, kita akan dapat skill baru yang boleh dimasukan ke dalam resume untuk menjadiknanya lebih menarik. Terutamanya dalam bahagian kemahiran di dalam resume. Majikan juga lebih cenderung untuk memilih individu yang mempunyai kemahiran extra untuk diambil kerja.
- Tingkatkan Peluang dan Memperbanyakan Pilihan Kerja
Sebagai seorang individu yang mempunyai pelbagai kemahiran, scope pekerjaan akan menjadi lebih luas. Sejurus dengan itu, pelbagai bidang dapat diterokai termasuk industri pekerjaan bebas (freelance).
- Lebih Mudah untuk Dinaikkan Gaji dan Pangkat
Selepas hadiri kursus latihan, semestinya kualiti kerja akan bertambah baik. Hasil daripada latihan tersebut ia akan meningkat reputasi kita sebagai pekerja yang bagus.Maka ini secara tidak langsung menyakinkan majikan untuk mengambil kita bekerja dengan lebih pantas.
- Biasakan Diri Diluar Zon Keselesaan
Kadangkala, persekitaran yang menyebabkan kita susah untuk keluar dari zon selesa. Dengan itu, seeloknya kita tempuhi jalan baharu untuk mengukuhkan jati diri. Di samping itu, kita berkemungkinan untuk unlock kemampuan yang terpendam dalam diri selama ini.
- Dapat Kepercayaan Majikan Untuk Kendalikan Kerja
Dalam dunia pekerjaan, amatlah sukar untuk menjumpai orang yang boleh dipercayai. Atas faktor itu, memiliki skill baru dan berkualiti dapat membantu meningkatkan kepercayaan diambil bekerja oleh majikan.
- Mendapat kenalan baru
Dalam masa mengunjungi dan menyertai kursus semestinya kita akan mengenali orang baru dari pelbagai latar belakang. Ini adalah sangat membantu kerana dapat mengenali orang luar daripada bubble sendiri.
- Ilmu Sepanjang Hayat
Perkara yang dipelajari semasa kursus adalah ilmu yang tidak ternilai. Ada masanya ilmu yang dipelajari itu akan jadi berguna kepada kita. Kursus latihan adalah pelaburan yang akan kekal memberi manfaat sepanjang kehidupan kita dan lebih lagi apabila dikongsi bersama orang lain.
Kursus Latihan Membina Ketahanan Diri
Mempelajari sesuatu skill merupakan usaha untuk menolong diri sendiri menjadi lebih baik. Ia memberi peluang untuk diri kita melonjakkan lagi kemampuan, kekuatan dan ketahanan diri dalam pasaran kerja yang kompetatif.
Kesimpulannya, masa dan wang ringgit hanyalah sedikit korbanan atau dengan lebih tepat, perbelanjaan yang setimpal dengan ilmu dan pengalaman kita dapat perolehi. Janganlah kita segan untuk menghadiri kursus latihan kerana ia bakal membantu kita kelak hari.
Mulakan Career Anda Dengan MySyarikat JOBS
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja idaman kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!