Kerjaya-Kerjaya Paling Popular Di Malaysia Sepanjang Zaman
Dalam menentukan laluan career anda, penting untuk buat research menyeluruh dan ketahui semua pilihan yang ada di pasaran. Sungguhpun anda sudah memiliki kerjaya impian diimpikan tidak salah untuk explore kerjaya lain.
Tentunya dalam memilih laluan career objektif utama adalah penawaran gaji. Anda pasti mahu pekerjaan yang bayar gaji ‘masyuk’ setimpal dengan usaha kerja diberi. Tidak kurang juga ada yang ‘selek’ dalam pemilihan career supaya sama dengan keinginan hati.
Oleh itu, artikel kali ini akan senaraikan career-career paling popular dan menawarkan gaji lumayan yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia sepanjang zaman. Suka diingatkan career-career ini dibuat berdasarkan kajian dan jumlah penawaran gaji mungkin berbeza mengikut peredaran zaman.
- Bidang Kesihatan dan Perubatan
- Doktor
Career sebagai doktor ta lapuk dek hujan, tak lekang dek panas yang sentiasa menjadi pilihan oleh ramai anak muda. Laluan career mungkin sukar namun gaji seorang doktor sangat tinggi. Malah, doktor sangat dipandang tinggi oleh semua orang.
- Pakar Bedah
Di Malaysia kita kekurangan pakar bedah dan atas faktor itu permintaan pakar bedah sangat tinggi. Ini secara tidak langsung menaikkan penawaran gaji untuk pakar bedah di dalam negara, melebihi gaji doktor biasa.
- Ahli Farmasi
Antara career yang semakin popular di Malaysia adalah menjadi ahli farmasi. Kerjaya ini agak mencabar dan perlu mendapatkan sijil penjualan ubat-ubatan yang sah, namun penawaran gaji ahli farmasi agak tinggi dalam pasaran.
- Bidang Pendidikan dan Akademik
- Guru Sekolah
Tanpa seorang guru maka runtuhlah bangsa dan negara. Peranan guru sangat penting dan terus kekal relevan sepanjang zaman. Penawaran gaji sebagai guru mungkin biasa namun insentif yang ditawarkan agak lumayan.
- Pensyarah Universiti
Sama seperti guru, career sebagai pensyarah tidak kurang pentingnya kepada masyarakat. Mereka ini adalah individu-individu yang bertanggungjawab mendidik anak bangsa. Sesetengah pensyarah boleh terima gaji tinggi bergantung dengan sijil pendidik diperolehi.
- Pengurus Pusat Pendidikan
Pusat tuisyen berlamak di Malaysia, menandakan ia mendapat permintaan yang kukuh dalam negara. Penawaran gaji untuk pengajar di pusat tuisyen juga boleh tahan kompetatif jika dibanding dengan guru sekolah biasa.
- Bidang Teknologi dan Kejuruteraan
- Software Developer
Dengan perkembangan dunia digital kini career sebagai pembangunan perisian sangat diperlukan oleh banyak company. Penawaran gaji untuk sofware developer juga agak tinggi hampir menyamai gaji engineer.
- Jurutera Awam
Asalkan ada title jurutera pasti kita akan terpegun dan mula membayangkan gaji puluhan ribu. Ada betulnya tanggapan ini kerana penawaran gaji untuk engineer agak kompetatif dalam pasaran tanpa mengira zaman.
- Pengurus IT
Peralihan ke era digitalisasi kini memperlihatkan permintaan kepada career dalam IT meningkat. Kemahiran IT tidak terhad kepada pakar dalam kendalian komputer sahaja tetapi merangkumi semua aspek berkaitan teknologi seperti pengurusan teknologi maklumat.
- Bidang Kewangan dan Bisnes
- Akauntan
Sebut sahaja Akauntan pasti kita terbayang seorang pakar kewangan yang tauliah dan berkarisma. Career ini sangat mencabar dan memakan masa yang panjang namun penawaran gaji seorang akauntan sangat tinggi.
- Penganalisis Kewangan
Career sebagai penganalisis kewangan semakin mendapat permintaan lebih-lebih dalam dengan wujudkannya banyak bisnes baru di Malaysia. Penawaran gaji sebagai penganalisis kewangan ini boleh jadi setinggi atau lebih daripada seorang akauntan.
- Pengurus Bank
Sektor perbankan adalah industri pilihan utama ramai anak mudah. Daripada yang berjawatan rendah sehingga ke pengurus bank, penawaran gajinya kekal kompetatif dalam pasaran. Tidak dilupakan guna terdapat banyak faedah bekerja dalam sektor ini.
- Bidang Jualan dan Pemasaran
- Pengurus Jualan
Untuk sesebuah syarikat itu berjaya meraih keuntungan besar ia memerlukan pengurus jualan yang bagus. Bukan mudah untuk menjadi pengurus jualan, ia memerlukan pengalaman dan kemahiran menjual yang tinggi.
- Pengurus Pemasaran
Bagi membantu penjualan, pemasaran amat penting dalam memastikan pelanggan mengenali produk company. Maka tidak hairan kenapa career dalam pemasaran semakin mendapat minat dalam negara.
- Pakar SEO
Membantu 2 pilihan career di atas mencapai output optimum adalah pakar search engine optimisation (SEO) yang memastikan pengguna mudah membuat pencarian berkenaan produk company dalam internet.
Mulakan Career Anda Dengan MySyarikat JOBS
Walau apa pun pilihan career anda, penting untuk difahamkan bahawa setiap kerja diceburi memiliki cabarannya tersendiri. Bukan semuannya indah sungghpun career dipilih itu dekat dengan hati.
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja idaman kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!